^^Diari Nad^^

^^Diari Nad^^

Tuesday, May 31, 2011

Sayang..oh sayang

Assalammualaikum,

Apakhabar sahabat-sahabat..moga sihat hidup diberkati Allah,

Beberapa hari ini, saya sebenarnya tak ke mana..cuma banyak menghabiskan masa membaca buku-buku tentang kehidupan, merehatkan diri dari melayari internet buat seketika..bukan apa sekadar mahu merehatkan jari-jari dan minda.

Alhamdulillah pagi ini terasa ceria..anak-anak menceriakan saya. Bila dah ceria ni baru ada mood nak buat n3 baru. Pagi ini saya ada terbaca satu kisah yang saya kira agak lucu juga, ingin saya kongsikan bersama sahabat-sahabat.

**********************
Sekadar bercerita..

Kamal diundang kawannya makan malam..

Mizal si tuan rumah memanggil si isterinya dengan kata-kata Sayang..Manis..Cintaku..Sayangku..Kasihku dan seumpamanya.

Kamal memandang Mizal dengan berkata, "Romantis sekali, setelah berpuluh tahun menikah, kau tetap memanggil isterimu dengan kata-kata itu."

Mizal mengangkat bahu lalu berbisik, "Sebenarnya aku lupa namanya sejak tiga tahun lalu."

***********************

Haha..sabar je lah ye..ada tak para suami yang macam ni..cer tanya suami kita."Bang, siapa nama isteri abang nih?" Kalau dijawapnya, "Sayang..oh sayang." Ha..lupalah tuuu!

Kalau dijawapnya nama lain selain nama kita??? Huhu..sendiri mahu ingatlah ye.

Pagi ini, saya call hubby kat office dia dan cuba tanya soalan di atas..nak tahu dia jawap apa? "What kind of question is this..why?" Haha itulah jawapannya..disoalnya saya balik..saya cakap " Saja je tanya..haha" Lepas tu dengan lurus hubby bagi tahu lah nama penuh saya..haha saya gelak.

Anak sulung saya Tasha pun gelak aje bila dengar soalan saya.."Apalah mama ni..haha."

Bukan apa saja nak menceriakan diri dan hubby almaklumlah minggu lepas kami baru je menyambut hari ulangtahun perkahwinan yang ke 14 tahun..Alhamdulillah.


Thursday, May 26, 2011

Main Waktu Senja

Assalammualaikum..

Sekadar berkongsi,

Pernah tak anda ditanya dengan soalan seperti ini? Mengapa kita tidak boleh bermain pada waktu senja atau apabila matahari terbenam?

Nah, sepotong hadis Nabi S.A.W menerangkan bahawa iblis dan syaitan keluar berkeliaran pada waktu senja atau menjelang Maghrib.

Selain melekakan manusia daripada menunaikan kewajipan kepada Allah, mereka juga mahu memusnahkan manusia dengan cara menakut-nakutkan dan menyihirkan manusia.

Dalam hal ini, kanak-kanak dan orang yang lemah iman menjadi sasaran utama mereka.

Nabi S.A.W menyebutkan iblis yang suka mengganggu anak-anak pada waktu ini dengan nama Ummu Sibyan.

Maka ibu bapa hendaklah mendoa serta membacakan ayat-ayat suci Al-Quran sebagai pendinding untuk anak-anak mereka selain segera menyuruh mereka untuk bersiap sedia menunaikan solat Maghrib.

Sahabat-sahabat ingin menambah jawapan kepada soalan ini? Sudi-sudikanlah. Syukran.

Tuesday, May 24, 2011

Fobia dengan bunyi motor

Assalammualaikum..

Sekadar berkongsi..

Sejak akhir-akhir ini fobia sungguh bila dengar bunyi motor..kesian Nyssa dia pun turut rasa fobia, mungkin saya selalu menasihatkan kakak-kakaknya supaya berhati-hati bila dengar bunyi motor. Macam-macam pertanyaan dari Nyssa yang saya kena jawab.

"Mama, kenapa mama, orang tu buat apa mama" tanya Nyssa.

"Orang tu jahat..dia nak simbah asid kat orang pompuan yang pakai tudung." biasalah Teli memang suka menjawab sebelum mama dia jawab.

"Mama, asid tu apa mama?" tanya Nyssa lagi.

Dan seperti biasa juga Teli akan menerangkan dan terus bercerita kepada adiknya tentang kejadian orang bermotosikal yang gila agaknya suka-suka saja simbah asid pada orang perempuan yang bertudung.

"Ha..sebab tu lah mama suruh kita jaga-jaga bila dengar bunyi motor." Teli menghabiskan ayatnya.

"Oooo."kata Nyssa memahami .

Pagi tadi, bila saya menghantar Nyssa sampai ke tadika, Nyssa terus berpesan "Mama, hati-hati tau..bila dengar bunyi motor je, cepat-cepat buka payung tutup muka tau, jangan lupa baca ayat kursyi tau"
Amboi, dia pula yang menasihati mama dia.

Jadi, dalam perjalanan pulang..bila terdengar saja bunyi motor dari belakang..cepat-cepat saya membuka payung dan bila motor dah berlalu pergi saya tersenyum keseorangan . Agaknya orang yang bermotosikal itu pun pelik tengok saya mana tidaknya pagi-pagi hari tak de hujan dan panas tetiba buka payung pulak. Nasiblah tu yang penting keselamatan diri.

*********************************************************************************
Berhati-hati ye wahai sahabat-sahabat sekalian. Jom, kita amalkan doa pendinding diri ini pagi dan petang sebanyak tiga kali. InsyaAllah, kita tidak akan ditimpa apa-apa keburukan pada hari itu.



Sunday, May 22, 2011

Ini saja.

Assalammualaikum,

Sekadar bercerita..

Tidak ada yang lebih menggembirakan melainkan orang yang kita sayang pulang dengan selamat.

"Papa, dah balik yeah..yeah" kata Nyssa penuh gembira menyambut kepulangan papanya dari India.

Seperti biasa kalau papa dia pergi ke mana-mana pasti ada sesuatu yang dibawa pulang. Antaranya ialah kubah Taj Mahal.

"Ini saja yang dapat papa belikan untuk isteri dan anak-anak papa ye." kata hubby.

"Tak pe lah papa asalkan papa dah balik dengan selamat, saya rinduu papa" kata Nyssa

Terharu pula saya dengan apa yang dikatakan oleh Nyssa. Hubby tersenyum lalu memeluk erat Nyssa. Kami anak-beranak terharu.

Ok, inilah antara ole-ole yang dibeli dari India.
Ini kubah Taj Mahal


Ini kasut dari India..

Inilah payung yang hubby beli untuk Nyssa.

Sukanya Nyssa dapat payung dari papa yang dirinduinya.


Coklat sudah jadi satu kemestian..tapi bukan dari India..dari airport
Terima Kasih Allah kerana memperkenankan doa kami..Syukur papa mereka pulang dengan selamat. Alhamdulillah.

Saturday, May 21, 2011

Al Kisah Suntikan beracun

Assalammualaikum..terimakasihlah pada yang sudi nak tahu cerita tentang suntikan beracun ni ye..ok ceritanya begini secara ringkaslah..
Budak D “Eeee mengantuknya kena bangun awal-awal pagi pergi sekolah..kalau tak pergi ke sekolah kan best! Kalau tak payah buat kerja sekolah kan best!Huu..malasnya nak buat benda susah ni..kenapa cikgu ni suka bagi soalan yang susah-susah je”
Budak  A “Kenapa nampak macam ngantuk je kau ni..macam tak ada semangat saja? Kenapa? Ni tentu tak siap kerja sekolah kan? Kan?”
Budak D hanya diam dan berkata di dalam hati “Sibuk saja budak ni, mentang-mentang dia budak pandai..Ahh..benci! benci!benci! tak suka! tak suka! tak sukaaa!”
Syaitan gemuk “He He He Ho Ho. Kau tengok budak D tu..pemalas sungguh! Padahal dia bukannya tak pandai..otaknya bagus..tapi dia langsung tak mahu guna otaknya untuk buat kerja sekolah yang diberikan oleh cikgunya.”
Syaitan kurus “Aha! Aku tahu kenapa dia jadi pemalas, kau telah suntik otaknya dengan racunkan? Betul tak ?”
Syaitan gemuk “He He Ho, memang racun ini cukup hebat berkesan untuk budak-budak yang ada fikiran negatif..apabila kena racun puaka ini, otak yang pemalas akan bertambah malas.”
Syaitan kurus  tanya lagi “ Bila masa kau tambah racun tu?”
Syaitan gemuk “Haa kau tengok si D ni..inilah antara sifat budak pemalas, buat kerja sekolah sambil berbaring dan meniarap depan tv pulak tu..ha sekejap lagi dia tertidur ler tuu!”
Budak D “Lepas B.M, kena buat Matematik pula,lepas tu kena siapkan Folio B.I pula..eee bila masa aku nak tengok tv? Kalau ada kawan-kawan yang rajin,boleh juga aku tiru saja kerja sekolah mereka..cikgu bukan tahu.”
Syaitan gemuk “Inilah masa terbaik untuk aku tambah lagi suntikan racun malas kepada  si budak D ni. Nah, lepas ni budak D akan mencari -cari berbagai alasan untuk tidak menyiapkan kerja sekolah dan membesar-besarkan lagi masalah-masalah yang remeh.”
Budak D “Ish tak semangat nak buat ulangkaji ni.Esok ada ujian pula..cuaca panas pula tu..kalau ada penyaman udara tentu best baca buku. Hmm, pembaris pun dah patah,pemadam pun sudah kenit sangat..pensel pun sudah tumpul.”
Syaitan gemuk “Eleh..ada pemadam besar, ada pensel tajam dan ada penyaman udara pun,kalau diri tu pemalas dan sering mencari-cari alasan dia tetap malas jugak.”
Syaitan kurus “Ish, kalau semua budak –budak mampu kita suntik dengan racun malas ni tentu best kan?
Syaitan gemuk”Ya, kita akan lakukannya..jom kita tengok lagi apa lagi alasan budak D nih.”
Budak D “ Periksa tak lama lagi..Hmm kalau tak dapat 5A, dapat 2A pun ok jugak..jiran aku tu dapat 1A saja..tak pe lah aku dapat lebih sikit dari dia.”
Syaitan gemuk “Tengok tu ..cita-cita budak D ni tak besar langsung, ada ke sasaran dia hanya 2A saja?”
Syaitan kurus “ Inilah ciri-ciri orang yang berjiwa kecil. Eh gemuk apa kata kita pergi rumah budak A dan kita suntik dia pula?
Syaitan gemuk  “ Tak boleh! Tak boleh!”
Syaitan kurus “Aik? Kenapa pula tak boleh?
Syaitan gemuk “ Dia sangat berdisplin.Taat pada suruhan agama.Akhlak dan adabnya pada ibu bapa dan guru-guru sungguh terpuji. Walaupun dia bukan pelajar cemerlang, tapi dia tidak pernah bermain-main apabila buat kerja sekolah..racun kita tak boleh tembus pada budak-budak yang macam ini, kau tengok budak A di rumahnya.”
Budak A “ Walaupun aku kurang pandai, tapi aku akan belajar bersungguh-sungguh..aku nak jadi pelajar terbaik di sekolah kali ini.”
Syaitan kurus “ Kalau begitu, kita tinggalkan saja budak A ni..jom kita cari mangsa yang lain.”
“SYAITAN ITU MAHU MENYESATKAN MANUSIA SEJAUH-JAUH KESESATAN.”(AN-NISA:60)
Tamat.
Alhamdulillah lepas saja saya ceritakan tentang suntikan beracun ni nak tahu apa reaksi Nyssa? Nyssa terus bangun pergi habiskan homework dia.

Thursday, May 19, 2011

Suntikan Beracun

Assalammualaikum semua..

Sekadar bercerita..

Keluar saja dari sekolah anak saya Nur Nyssa yang masih bersekolah tadika enam tahun, dah tak sabar-sabar nak beritahu saya yang minggu depan bermulanya peperiksaan.

"Mama, cikgu cakap hari Isnin nanti ada periksa."kata Nyssa.

"Oh ye ke..jadi Nyssa kena belajarlah ye."jawab saya.

"Ye lah, nanti mama ajar saya ye."kata Nyssa lagi.

"Ok."kata saya

Sampai saja di rumah seperti biasa Nyssa akan tukar baju, bermain dengan adik dia Neliez sambil tengok tv rancangan kanak-kanak, tolong tengok apa yang mama dia masak hari ini, makan tengahari dan latihan solat.

Setelah selesai semua perkara di atas, selalunya dia akan buat homework atau baca buku atau tidur.

Tapi hari ini agak berlainan sikit..dia jadi malassss..malas nak buat homework, malas nak baca buku dan malas nak tidur..ada ke orang malas nak tidur?

Sebenarnya saya tak berapa kisah sangat kalau sesekali dia jadi macam tu sebab dia masih kecil lagi tak boleh dipaksa-paksa nanti bosan pulak dia tapi...ada tapi tu!

Bila dia cakap "Mama, kalau umur saya dua tahun kan best tak payah pergi sekolah..tak payah belajar."

Haa..kisah tak kalau dia cakap macam tu??..Tetiba anak saya yang  berjiwa besar ni nak berubah kepada berjiwa kecil.

"Kenapa Nyssa cakap macam tu?" tanya saya

Nyssa diam seketika lalu menjawab dengan perlahan sambil tersenyum "Errrrr sebab saya malaslah nak gi sekolah..sebab saya ngantuk kena bangun pagi."

"Kalau ngantuk, balik sekolah kan boleh tidur sekejap..kenapa tak tidur?" tanya saya lagi.

"Saya nak tengok tv dulu..nanti baru tidur."Nyssa jawab dengan selamba.

"Eh..tadi kan dah tengok tv."tiba-tiba Teli kakaknya menyampuk.

"Ala."keluh Nyssa.

"Mama, mesti Nyssa ni dah terkena suntikan beracun."kata Teli.

"Ha..apa?..oh tidak."terkejut saya bila Teli sebut suntikan beracun tapi saya sudah memahami.

"Mama, suntikan beracun tu apa?" tanya Nyssa pelik.

Hem..ni yang kadang-kadang malas nak jawab ni..belum habis satu bab lagi dah datang lagi satu bab yang lain.. Eh tak boleh..tak boleh malas-malas nanti kena suntikan beracun..

Sebenarnya cerita tentang suntikan beracun ni pernah saya baca dari majalah asuh..bagus juga Teli masih ingat sampai sekarang tentang cerita tu..bolehlah saya kongsikan secara ringkas pada Nyssa dan sahabat-sahabat sekalian tapi saya minta maaf sangat-sangat bukan hari ini..mungkin di lainkali sebab sekarang ada hal yang tak dapat dielakkan. Maaf.

Tapi..jika sahabat-sahabat ingin komen atau tambah apa suntikan beracun tu silakan.Terimakasih.

p/s: hubby kita balik ari ni.



Monday, May 16, 2011

Kena tinggal

Assalammualaikum..

Setiap tahun pasti sekali atau dua kali saya dan anak-anak kena tinggal! Tahun pertama kahwin dah kena tinggal..tapi masa tu saya tak kisah pun..tak pe.."Congratulation dear..good for you." Rasanya macam tu lah pertama kali saya cakap dulu bila dia dapat pergi overseas kerana "great performance" kerja.

Tahun berikutnya pun begitu juga...saya masih tak kisah pun lagi mungkin kerana masa tu saya pun masih bekerja dan sibuk selalu. Malahan saya bangga kerana dia kerja bagus dan untuk itu dia dapatlah anugerah serta peluang untuk bercuti ke luar negara..

"Wow! you dapat lagi tahun ni!" atau "Hmmm..department you terbaik, baguslah tahniah." atau "Eee bestnya kali ni dapat gi mana pulak?" itulah antara kata-kata saya dulu pada dia bila dapat tahu berita gembira itu.

Pernah juga dia minta maaf dengan saya kerana dia tak dapat membawa saya dan anak-anak ikut bersama kerana tidak mampu maklumlah kerana pihak syarikat hanya taja untuk staff saja, tidak untuk satu keluarga..Dan kerana itu jugalah saya masih tak kisah kena tinggal kerana bagi saya duit yang ada pada ketika itu bukanlah untuk bersuka-suka..jika ia pun, setakat bawa anak-anak pergi bercuti dalam negara saja sudah mencukupi.

Hari ini sudah masuk hari keempat saya dan anak-anak kena tinggal lagi..kali ini juga saya tidak kisah tapi anak-anak pula yang kisah..nak ikut kata mereka.

Bila anak-anak kisah..saya pun jadi kisah jugalah..bila saya kata boss papa yang belanja pergi luar negara..mereka akan tanya kenapa boss papa tak belanja kita semua..Eh..eh banyak pula soalan, nak tak nak kena jawap juga bagi mereka faham.

Kesian juga bila mereka saja yang kena faham kita..kita pun kena faham hati mereka..bukan apa sebenarnya mereka ini nak naik kapal terbang..tak pernah naik kapal terbang..kesian.

Jadi dek kerana kena tinggal..hubby sudah berjanji akan bawa saya dan anak-anak naik kapal terbang pada musim cuti sekolah nanti..ke mana?? Tungguuuu..

Ucapan happy birthday untuk papa mereka pada hari ini yang kini berada di India. Dan tak lupa pada cikgu-cikgi selamat hari guru..



Get More Islamic Testi Here!

Saturday, May 14, 2011

Frustnya..dah tak ori lagi dah!

Huhhhh..mana perginya entri saya sebelum ni..tahu memang semalam blogspot ada problem tapi saya sabarlah menanti sampai ke malam..bila buka balik tengok entri dah hilang..eeeeee sedih sungguh sebab sahabat-sahabat dah ada yang komen

Namun saya sabar lagi sampai hari ini mana tahu akan dapat balik entri saya tu..tapi bila buka tengok dah lenyap terus..huhu bertambah sedihlah saya..mana idaknya entri tu cerita tentang anak-anak kita..

Saya dapat tahu ada gak yang senasib dengan saya..dan ada yang repost atau republish again..pada mulanya saya macam tak de mood dah nak republish semula sebab rasa macam dah tak ori dah citer tu..tapi tak pe lah mungkin ada sahabat-sahabat yang belum baca lagi entri saya tu..

Jadi untuk itu saya republish semula entri saya..lepas ni kalau hilang lagi tak tahu lah..


Selfish (Original Entry As At 11/05/2011)

Assalammualaikum..

Harap semua sihat..saya dan keluarga semua sihat alhamdulillah. Sekadar bercerita..

"Adik ni selfish!"Tasha cakap pada adiknya Teli.

"Saya tak jual ikan..hehe"Teli jawab dengan selamba.

Itulah yang membuatkan saya gelak bagai nak rak..haha. Bukan tanda setuju dengan Teli tapi melihatkan keletah masing-masing yang sudah pandai berloyar buruk..namun saya diam dan hanya mendengarkan saja.

"Akak tu yang pentingkan diri..asyik-asyik kena dengar cerita akak je..cerita adik-adik tak nak dengar!" Teli mula serius.

"Eeee mana ada..adik tu suka menyampuk bila kakak cakap." Tasha tak setuju dengan apa yang Teli cakapkan tadi.

"Ye ke?? Ala kakak tu asyik cerita pasal kawan kakak je..nasyidlah..sukanlah..penatlah Teli nak dengar.." Teli mengeluh.

"Adik tak nak dengar tak pe lah..biar mama aje yang dengar..adik jangan sibuk!" kata Tasha.

Alahai..mama dia pulak terbabit ini..apamacam? Bab macam gini lah yang kekadang itu buat saya jadi serba-salah..nak kena jadi orang tengah yang bersikap adil dan dalam pada masa yang sama tidak mahu anak-anak berkecil hati.

Kadang-kadang perkara yang ditengkarkan itu sebenarnya remeh saja..tetapi ia boleh jadi keruh jika tiada jalan penyelesaiannya. Biasanya bila mereka ini bertengkar hari ini..esok dah baik dah tanpa campurtangan saya tetapi anak-anak semakin membesar dan mereka ini sudah pandai memendam rasa. Jika dibiar nanti takut pula mereka rasa tersisih..

"Ok, siapa nak cerita dulu angkat tangan macam saya.."saya menggayakan tangan macam Usop (ala citer hantu kak limah tu)

Mereka berdua ketawa berdekah-dekah sambil masing-masing meniru gaya tangan macam Usop..

"Haha..nampaknya sama-sama nak cerita nih..huh macam mana nih tak kesian ke kat mama?" kata saya sambil memegang kepala.

"Oklah akak ceritalah dulu..akak kan kakak" Teli mengalah.

"Tak pe,tak pe..adik cerita dulu akak tak kisah." Tasha juga ingin mengalah.

"Eeee..kakak ni nanti mama peninglah.." kata Teli.

"Ok..ok mama jangan pening..adik cerita dulu ye sebab memang selalu adik je kena dengar cerita kakak." kata Tasha akhirnya.

"Hehe..sebenarnya Teli tak de cerita pun sekarang ni..nanti kalau ada Teli ceritalah..hehe jangan marah ye kak" Teli ketawa.

"Eeee..tak marah..geramm je.."jawab Tasha dengan nada gurau.

"Ok..dah habis cerita ye..mama nak jual ikan pulaklah..eh silap selfish..eh nak goreng ikanlah..hehe." gurau saya pula.

Masing-masing ketawa dan berbaik semula. Alhamdulillah..selesai satu fenomena..hehe.


Saturday, May 7, 2011

Kerana Marah!

Assalammualaikum..

Sekadar bercerita..

Pada suatu masa dahulu, di sebuah kampung terdapat sebatang pokok besar yang dijadikan sembahan penduduk. Hari demi hari, semakin ramai datang menyembah dan mengadu hajat pada pokok itu.

Perbuatan itu sangat tidak disukai oleh seorang pemuda yang beriman. "Ini sudah mensyirikkan Allah, mengapa pokok pun nak disembahnya?"kata pemuda itu di dalam hati.

Dia berniat menebang pokok itu lantaran marah kerana Allah.

Seawal pagi selepas mengasah kapaknya sehingga tajam. "Tidak boleh jadi, pokok itu mesti ditebang. Kalau tidak semakin ramai yang syirik kepada Allah." kata pemuda itu.

Tiba-tiba di pertengahan jalan, dia ditahan oleh seorang tua "Oops! Kau tak boleh tebang pokok itu."

"Jangan halang aku.Aku hendak tebang pokok itu kerana ramai yang menyembahnya!"kata pemuda itu begitu marah.

"Engkau tidak menyembahnya.Kenapa kau hendak menebangnya?"tanya orang tua itu.

"Aku tidak peduli!" kata pemuda itu. Akhirnya mereka bergaduh dan bertumbuk.

Adoi! Dbuk! Dbek! Ouch!..Akhirnya pemuda itu berjaya menewaskan orang tua itu.

"Okey,Okey, aku mengaku kalah. Tapi begini saja wahai orang muda. Aku ada pilihan yang lebih baik." rayu orang tua itu.

"Pilihan apa pula?" tanya pemuda itu.

"Engkau jangan tebang pokok itu. Aku akan berikan engkau dua keping wang emas setiap hari. Aku jamin, setiap pagi apabila kau bangun, wang emas itu akan berada di bawah bantalmu. Percayalah!"orang tua itu menyakinkan pemuda itu dengan pilihannya.

"Wang Emas? Hmmmmm.."pemuda yang gembira dengan tawaran orang tua itu setuju lantas pulang ke rumah. Tak sabar dia menunggu malam untuk tidur. Yakin sungguh dia dengan janji orang tua.Hmm..ganjaran dua keping wang emas setiap pagi,siapa yang tak mahu?

Pagi esoknya pemuda itu bangun. "Ahhh..sudah pagi rupanya..huh, aku tahu apa hendak dibuat pagi ini!!" Dengan pantas pemuda itu menyelak bantal tidurnya dan ya, dua keping wang emas betul-betul terselit di bawah bantalnya!

"Hah, wang emas!! Yea, aku orang kaya.Aku kaya!!Ha..Ha..ha." kerana terlalu gembira pemuda itu melompat dan berlari-lari sekeliling kampung.

"Eh, macam kenal saja. Bukankah ini pemuda soleh kampung kita?" tanya salah seorang penduduk kampung kepada rakannya. "Betul tu..Tapi kenapa tiba-tiba dia berkelakuan macam orang tidak siuman?Hmm.." hari itu semua mata orang kampung memandang lagak pemuda itu dengan penuh kehairanan.

"Huh, cemburu la tu? Kalau tak pun, hendak pinjam duit aku!" pemuda itu berkata dalam hati sambil menjeling ke arah penduduk kampung yang memandangnya.

"Hi..hi..hi..Sehari dua keping wang emas. Kalau sebulan aku ada 100 keping wang emas.He..he..he..Jutawan tuu.." angan pemuda yang tak tahu mengira ni.

Pagi esok, awal-awal lagi pemuda sudah menyelak bantal busuknya..Tapi!! "Hah! Tak ada?"

"Penipu punya orang tua.Nanti engkau dengan pokok itu sekali aku tebang!! Eii, geramnya aku!!" pemuda yang marah tahap gila ini terus mencapai kapaknya.

Sekali lagi orang tua itu menahannya. "Jangan berangan nak tebang pokok itu!!"

"Hah ini pun engkau. Mati kau kali ini wahai orang tua penipu.Yeaaahhhh!!"pemuda itu menyerang.

Tapi dengan senang, serangan itu dibalasnya.Dusyumm!

"Adoi mak, sakitnya perut anakanda!!" pemuda itu terpelanting jauh. Dbum! terlentang dia di atas batu-batu kerikil..tak mampu bangun untuk melawan lagi.

"Okey,okey, aku mengaku kalah.Jangan pukul aku lagi. Sakitnya..uhuk,uhuk!!" kata pemuda itu.

"Sekali lagi kau cuba hendak tebang pokok itu, nahas engkau aku kerjakan."orang tua itu memberi amaran.

"Okey,okey, aku janji tidak akan buat lagi. Tapi..siapa kau, wahai orang tua? Aku tidak pernah nampak pun engkau sebelum ini?" tanya pemuda itu.

"Ha..ha..ha..Engkau tahu aku siapa? Akulah IBLIS!! Engkau datang pada mulanya memang benar-benar marah kerana ALLAH, sebab itu aku tidak dapat halang." terang orang tua itu.

"Tetapi rupanya engkau dapat ditipu dengan dua keping wang emas hingga engkau batalkan niat untuk menebang pokok itu. Namun, apabila kau datang bukan kerana ALLAH tapi kerana MARAH, maka dengan mudah kau ditewaskan. He..he..he..ho..ho." sambung orang tua yang sebenarnya syaitan itu dengan penuh angkuh dan gembira kerana dapat mengalahkan pemuda itu.

Jadi kesimpulan dan moral of the story ?? ada sesiapa ingin cerita..silakan..terimakasih.

Thursday, May 5, 2011

Kejadian pagi semalam

Assalammualaikum..

Sekadar berkongsi cerita..

Kejadian pagi semalam..membuatkan saya, anak-anak dan hubby bersyukur sangat-sangat! Syukur padaMu Ilahi, sesungguhnya padaMu tempat kami bergantung..Ya Allah berikanlah kami keinsafan..Ya Allah..sesungguhnya terkadang umatMu ini lalai serta leka..ampuni kami Ya Allah.

Pagi itu hujan lebat diiringi ribut petir..teringat apa yang mak cakap kelmarin "Tak payah baliklah, tidur aje kat sini, sekarang ni cuaca tak menentu, balik aje hujung minggu"kata mak supaya saya sekeluarga tak payah balik.

"Tapi kena balik jugak mak, sebab ada dokumen penting yang tertinggal, lagipun dari hari Jumaat lepas tak balik".jawab hubby pada mak menyebabkan mak jadi serba salah.

"Tak usah risaulah mak..insyaAllah tak ada apa-apa, lagipun esok datang balik." tambah saya supaya mak tak risau.

Jadi pagi itu bila hujan saya kena redha..dan bila hujan juga maka hubby akan bawa kereta dengan perlahan..dan bila perlahan..maka saya dan anak-anak pun kena bersiap awal.

Dari rumah kami di BatangKali mengambil masa kira-kira setengah jam untuk sampai ke Selayang rumah mak saya.

Kebiasaan selepas solat subuh kami akan bertolak  tapi dek kerana takut lewat sampai rumah mak kerana anak-anak sekolah di sana, saya memutuskan kami semua solat di rumah mak saja."Kita solat di rumah uwan aje ye."saya beritahu anak-anak. 

Hubby tak suka bertangguh, dia teruskan solat bersendirian.

Sebaik hubby selesai solat, kami pun bertolak dalam keadaan tergesa-gesa kerana mahu mengelak dari hujan yang mungkin akan turun dengan lebat lagi.

Tapi alhamdulillah, hujan sudah reda..setelah naik kereta, anak ketiga saya Nur Nyssa tidak akan lupa untuk membaca doa naik kenderaan walau dalam keadaan mengantuk.


Hutan rimba Ulu Yam sememangnya gelap-gelita ..ye lah dikepungi oleh bukit-bukit serta pokok-pokok hutan yang tebal..adapun sekali-sekala terang dek kerana lampu kereta yang lalu silih berganti..jalannya pun berliku-liku..bagi yang tak biasa lalu di situ pasti pening.

Jika hujan lebat..berkemungkinan terjadinya tanah runtuh..pernah terjadi dulu sehingga meragut nyawa seorang penduduk yang tinggal di sebuah bukit di situ.

Hampir enam tahun kami berulang-alik melalui jalan di situ..alhamdulillah tiada apa yang membimbangkan kecuali ketika hujan lebat.

Sambung cerita kejadian pagi semalam..sedang elok kereta kami hendak menaiki satu jalan yang agak membukit..tiba-tiba hubby brek dengan mengejut! lalu mengelak sebatang pokok yang rebah di atas jalan!

Tidak habis di situ..hubby terpaksa juga mengelak sebuah kereta yang berada di kanan arah bertentangan..dan dengan pantas dapat mengawal dari melanggar sebuah lagi kereta yang berada dekat dengan bahu kiri jalan!

Saya dan anak-anak tergamam seketika..sehinggalah saya menjerit "Allahu Akbar, Allahu Akbar..Ya Allah" takutnya saya ketika itu.

Anak-anak saya dan hubby begitu tenang sekali saat itu..saya pun tak pasti kerana mereka tak berkata apa-apa tapi wajah masing-masing huh hanya Allah yang tahu.

Selepas seketika barulah masing-masing bersuara.."Mama, pokok tu jatuh ye mama?"tanya Nyssa.

"Huh, nasiblah kita tak apa-apakan mama."Teli menyampuk.

 "Ye lah kan saya dah baca doa tadi, mestilah kita tak apa-apa."jawab Nyssa dengan ikhlas telah membaca doa naik kenderaan tadi.

"Mujur tidak ada sesiapa yang tercedera..alhamdulillah, syukur pada Allah."itu sajalah yang dapat saya katakan.

Walaupun begitu, hubby menggigil jugalah selepas itu sehingga terpaksa ambil cuti hari.

***********************************************************************
ku bersyukur kepadaMu
hanya diKau Yang Satu
memberiku Cahaya Hidup
Ya Allah,
gelap tanpa KasihMu
perjalananku buntu
ampunilah segala dosa-dosaku

aku terpaku melihat kebesaranMU
dan bila Kau dalam fikiranku
aku tunduk membisu terus sujud padaMU
aku renungi apa yang terjadi
mana perginya cinta
mana hilangnya setia
aku akan terus cekalkan hati ini
dari terbit sehingga benamnya mentari

dunia sementara
kan dihitung juga
sebelum terlambat tunaikan kewajipan kita
tak guna airmata menitik bila tiba masa
syurga atau neraka
itulah jawapannya







Sunday, May 1, 2011

Perkara-perkara yang membatalkan solat

Assalammualaikum,
Sekadar berkongsi,
Saya tak sangka juga ramai yang memberi komen tentang n3 saya sebelum ini, terimakasih saya ucapkan, saya amat menghargainya dan saya juga ingin minta maaf kerana tak dapat membalas komen-komen tersebut pada hari yang sama. Ini kerana saya ingin mencari jawapan yang lebih jelas.
Hari ini alhamdulillah, setelah mendapatkan dari sumber yang boleh diyakini iaitu dari Ustaz Hassan Din Al Hafiz melalui youtube..maka dengan itu saya ingin kongsikan pada anak-anak saya serta sahabat sekalian tentang:-
Perkara-perkara yang membatalkan solat secara ringkas:-
1.       Berkata-kata dengan sengaja
2.       Perbuatan/gerak-geri yang melebihi 3 gerak berturut-turut
3.       Kedatangan hadas kecil dan besar
4.       Terkena najis
5.       Terbuka aurat
6.       Mengubah niat-nak keluar, berhenti solat, buat kerja-kerja lain atau ada orang datang nak berhenti atau keluar dari solat
7.       Berpaling badan daripada kiblat
8.       Makan dan minum ketika solat
9.       Ketawa
10.   Menangis terdengar suara
11.   Memanjangkan rukun yang pendek
12.   Mendahului imam dengan sengaja
13.   Terkemudian dari imam 3 rukun fedli.
14.   Murtad
Dengan ini, marilah kita sama-sama perbetulkan solat kita agar tidak termasuk di dalam perkara-perkara yang boleh membatalkan solat.
Saya kira secara tidak langsung saya telah menjawab atau membalas komen dari sahabat sekalian. Jika sahabat ingin tahu lebih terperinci silalah ke YouTube-Ustaz Hassan Din Al Hafiz.
Terimakasih