^^Diari Nad^^

^^Diari Nad^^

Saturday, August 27, 2011

Pergimu kutangisi??

Assalamualaikum..

Beberapa hari saja lagi saja Ramadhan yang tinggal…sangat-sangat beruntung bagi mereka yg berjaya merebut berkali-kali ganda pahala sepertimana yg Allah janjikan di bulan mulia ini…sedih nak tinggalkan bulan yang penuh rahmat & barokah ini…selamat berpuasa dan berhari raya sekaligus saya ucapkan buat semua sahabat…mohon ampun dan maaf sekiranya ada kesalahan yang sengaja atau tak sengaja…maaf zahir batin…selepas ini insyaAllah blog ni akan bernyawa kembali..

Kadangkala menitis air mata apabila mengingatkan Ramadan yang akan kita tinggalkan.Manalah tahu inilah bulan ramadhan yang terakhir bagi diri kita..

Di Penghujung Sebuah Ramadhan...
Ia semakin meninggalkan kita..
Ia semakin melabuhkan rahmatnya...
Tetapi, adakah kita sedih atau suka dengan pengakhiran ini???

Pergimu kutangisi....
Tak puas ku meraup nikmat muraqabah pdNYA...
Moga....aku masih bisa bertemumu...
Andai masih punya waktu..

Tentu sekali menjadi harapan kita semua untuk dapat menemui lagi Ramadan akan datang, insyaAllah...tapi yang penting.. menghayati dan beramal sebanyak-banyak untuk mendapat keberkatannya........bukan hanya dibibir tapi adalah melalui tindakan kita......

Sekadar renungan dan muhasabah untuk diri ini dan sahabat yang disayangi. Adakah hari ini lebih baik dari semalam dan bulan ini lebih baik dari sebelumnya..?


Saturday, August 6, 2011

Masjid untuk semua orang?

Assalammualaikum sahabat..moga puasa hari ini lebih bermakna dari semalam..

Sekadar bercerita..

Balik dari solat tarawih semalam..

Natasha (anak sulung saya) "Mama, ee saya tak sukalah dengan nenek garang kat masjid tu."

"Eh..Kenapa pula?" tanya saya

"Ye lah dia suka marah-marah orang terutama budak-budak macam saya ni." Tasha beritahu.

"Kenapa dia marah?" tanya saya lagi.

"Entahlah saya tak buat apa-apa pun dia nak marah..adalah budak-budak kat belakang tu bising sikit je baru nak masuk masjid dia nak marah lepas tu nak suruh balik, mana boleh macam tu kan mama..masjid kan untuk semua orang." terang Tasha.

"Aa ma, ada sekali tu dia tegur orang besar pun dengan kasar..suruh ke depan..ee malu lah orang tu kan mama?" sampuk Teli adik Tasha.

" Ye lah nenek tu suka jerit-jerit..ee garang betul..esok saya tak nak gi terawih lah mama." sambung Tasha.

"Haha..nenek tu memang macam tu perangai dia sejak mama kecil lagi..memang dia jaga masjid tu supaya budak-budak tak buat bising."cerita saya

"Ha..mama tahu?" tanya Tasha.

"Ya, dulu mama pun sama macam Tasha takut nak pergi masjid sebab ada nenek tu tapi bila mama fikir semula kenapa nak takut..kita nak solat di rumah Allah. Biarkan ajelah nenek tu..dia dah tua tak baik kita benci orang apatah lagi orang yang lebih tua dari kita..sekejap je dia bising pun..kita sabar aje lah ye..Allah sayang orang-orang yang bersabar." cerita saya lagi.

"Hemm..ye lah mama, saya pergi malam ni..saya tak takut pun dengan nenek tu..cuma geram sikit je.."Tasha masih terkesan dengan peristiwa semalam.

"Hehe..saya pun geram jugak."kata Teli.

"Aik..sudahlah tu tak baik geram-geram nanti kurang pahala puasa."saya mengakhiri perbualan.

Bila Tasha berkata masjid untuk semua orang..saya terfikir adakah masjid untuk orang tua "senja" saja?

Pernah tak kita mendengar alasan ibubapa untuk anaknya yang masih kecil "Budak-budak tak payah pergi masjidlah, lari-lari buat bising je..menganggu orang tua nak sembahyang je! tak khusyuk!"

Bila anak-anak dah meningkat dewasa pula alasan ibubapa " Budak ni dah besar dah. Pandailah dia fikir sendiri, kubur masing-masing, bila hidayah sampai nanti, datanglah dia ke masjid tu!".

Maka tidak hairanlah masjid lengang dengan golongan muda dan yang ada kebanyakannya dari golongan berumur.

Salah siapa? Fikir-fikirlah....