^^Diari Nad^^

^^Diari Nad^^

Monday, October 24, 2011

Serba salah

Maaf kepada semua sahabat kerana blog ini akan berehat buat sementara waktu atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. InsyaAllah ketemu dilain waktu.

Sunday, October 16, 2011

Teringat! Happy Birthday Anakku

Assalammualaikum..syukur kerana hari ini kita masih bernafas dengan redhaNYA.

Terasa pantas masa berlalu, hari ini Tasha sudah semakin meningkat remaja..Selamat menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-13, Nur Natasha.

Teringat kembali semasa Tasha kecil, penuh keceriaan dan senyuman. Mata yang cantik , senyuman yang manis dan suara yang lunak itulah penyejuk hati Mama dan Papa dikala kita menempuh detik-detik sukar kehidupan.
Semasa kita masih tak punya rumah sendiri, semasa Mama dan Papa bertungkus-lumus mencari rezeki meninggalkan Tasha seketika supaya kita boleh mengecapi hidup di rumah sendiri.

Teringat juga Mama dikala Tasha kena tarik disebabkan demam panas yang terlampau..semasa itu Mama di tempat kerja menerima panggilan..hati ibu mana yang tidak kesal kerana tiada disisi anaknya diketika itu.


Lebih sayu lagi diketika Mama dan Papa menghantar Tasha ke hospital dan melihat tangan halusmu dicucuk jarum untuk masuk air sambil tangan halusmu yang sebelah lagi mengapai-gapai merayu dalam tangis supaya tidak diperlakukan begitu.

Maafkan Mama.

Ah! tidak dapat Mama lupakan detik itu..sayu sungguh. Namun Mama redha kerana itu semua ujian dan dugaan dari Allah SWT buat Mama dan Papa.

Alhamdulillah, Mama sentiasa bersyukur, bangga dan menikmati setiap detik menjadi ibu kepada seorang anak sepertimu.

Kini anak Mama sudah besar sebagai johan. Mama mahu anak mama yang cantik, ceria dan bijaksana ini terus meniti usia dewasa, membesar sebagai anak solehah yang bermotivasi tinggi dalam kehidupan.

Jangan lupa solat.

"Biarlah ibumu menangis kerana gembira dengan kejayaanmu dan bukannya menangis kerana sedih dengan kegagalan atau kelakuan negatifmu."

Happy birthday, sayang anak mama.


Sunday, October 9, 2011

Pahala tidur

Assalamualaikum, apa khabar adik-adik dan sahabat? Semoga semua berada dalam keadaan sihat walafiat dengan rahmat dan limpah kasih sayang dari Yang Maha Esa.

Sekadar berkongsi..



Tidur adalah amalan harus dan amalan harus sememangnya menjadi sunat atau mendapat pahala sekiranya disertai niat dan amalan-amalan yang dituntut.

Amalan seperti berniat tidur untuk merehatkan tubuh badan mengabdikan diri kepada Allah SWT, atau menghilangkan mengantuk untuk solat dengan khusyuk atau seumpamanya.

Dalam masa yang sama menjaga adab-adab tidur seperti membaca Al-Quran, berzikir, berdoa sebelum tidur dan tidur dalam keadaan berwuduk.

Jadi, benarlah tidur juga dikira sebagai ibadah yang boleh mendatangkan pahala.

p/s: Ada sesiapa yang nak tambah, silakan. Terimakasih.

Monday, October 3, 2011

Perginya si kitam

Assalammualaikum sahabat yang dikasihi, moga dilimpahi rahmat dan kasihsayang dari Allah.

Sekadar berkongsi cerita,

Petang itu ligat betul si kitam bermain-main dengan anak bongsu saya Neliez, pantang Neliez bergerak sedikit mulalah si kitam kejar menerkam kaki comel Neliez, tapi Neliez tidak menjerit malah membiarkan saja kakinya digigit manja.

Memang comel sungguh si kitam dengan bulu hitamnya yang lebat dan gebu, membuatkan sesiapa saja yang melihat akan rasa geram dengannya..pasti ingin menyentuhnya.

Tengahari tadi semua panik kerana si kitam hilang sekejap. Semua mencari si kitam dengan memanggil-manggil namanya "kitam, kitam" tapi si kitam masih tak kelihatan. Semua bimbang ada orang yang mengambil si kitam maklumlah si kitam comel pasti ada orang yang hendak mengambilnya.

Orang yang paling bimbang kehilangan si kitam ialah anak sulung saya Tasha. Tasha memang sayang dengan spesis ini lebih-lebih lagi si kitam. Kalau datang rumah mak pasti si kitam dicarinya dulu.

Memang mak akan keluarkan si kitam dari kurungannya pada siang hari. Biar si kitam dapat bermain dengan ibu dan adik-adiknya. Adik-adik si kitam comel juga tapi tak seperti si kitam ligat dan comel.

Memang dalam tiga beradik si kitamlah yang paling menjadi perhatian sebab si kitam suka menunjuk-nunjuk dan suka buat perangai. Nah! si kitam yang hilang tadi telah ditemui, rupa-rupanya si kitam bersembunyi disebalik kurungannya. Hah! leganya hati Tasha.

Memang hari ini tingkahlaku si kitam agak berlainan sedikit, nampak keriangan si kitam lebih pada hari biasa. Si kitam masuk ke dalam rumah lalu berlari-lari riang, berguling-guling manja dan menggeser-geserkan badannya pada tangan saya seolah ingin mengajak saya bergurau dengannya. Saya usap kepala si kitam..entah kenapa rasa sayangnya dengan si kitam. Hendak pula, Neliez juga turut memegang badan dan mengusap kepala si kitam.

Selepas ini tiada lagi ngiang suara lembut si kitam, tiada lagi bayang-bayang si kitam mengejar kaki Neliez. Tiada lagi kedengaran suara Tasha memanggil "kitam, kitam". Huh! sayu dan luluh hati ini melihat cara pemergian si kitam.

Siapa yang tak sedih, anak kucing kesayangan semua orang dirumah mak telah digilis kereta. Hanya tuhan saja tahu betapa sedihnya hati Tasha, betapa sedihnya hati semua orang yang menyayangi si kitam.

"Sudah ajal si kitam."hanya itu saja yang mampu saya katakan pada Tasha.






Saturday, October 1, 2011

Sahabat lama

Assalammualaikum..moga semua ceria..

Sahabat sekolah lama bertemu kembali..agak lama juga terpisah. Walau kami berpisah sejak tingkatan empat tapi kami masih lagi berkesempatan berhubung antara satu sama lain.bercerita tentang diri dan masalah masing-masing.melalui taliponlah.. dulu-dulu tak ada lagi internet ini. Dan melalui talipon jualah kami akhirnya berpisah.

Saya pernah mencari dia melalui rakan-rakan sekolah tapi semua tak tahu di mana dia. Pernah satu ketika bila reunion sekolah diadakan saya berharap dapat berjumpa dengannya tapi malangnya dia tidak ada.

Alhamdulillah, akhirnya kami bertemu di buku muka (fb)..alangkah gembira hati saya kerana banyak yang saya ingin cerita dan kongsikan bersama. Pada Syawal tahun lepas saya telah dapat berkunjung ke rumah dia..itulah pertemuan pertama kami setelah sekian lama berpisah.

Dan pada Syawal tahun ini..dia pula dapat berkunjung ke rumah saya..Alhamdulillah akhirnya datang juga dia ke rumah saya. Inilah dia orangnya..pasti ada kalangan sahabat yang kenal dia kan..dia lah yang mengajak saya ke alam blogger ni.

Terimakasih Ati dan family kerana sudi datang rumah kita. Jangan serik datang rumah kita yang jauh ini ye.