^^Diari Nad^^

^^Diari Nad^^

Thursday, October 30, 2014

Rantai Emas Dari Ibu Part 2

"Amir! Mak mana?!" soal Alin dengan nada suara yang tinggi. Amir terdiam. Dia sebernanya tidak mahu Alin pergi dari dia. Habuan sudah ada depan mata, takkan nak lepaskan begitu sahaja? bisik hati Amir. Amir hanya diam. Sengaja dia tidak menjawab pertanyaan Alin tentang ibunya.

"Amir!"

"Hei! kau boleh diam tak? Mak kau tu nanti selamat lah..kau relaks boleh tak?!"

Alin terdiam. Tergamam apabila Amir menggunakan bahasa kau-aku. Rasa seram pun ada. Matanya merenung ke luar tingkap. Dia tidak sedap hati. Melihat sikap Amir yang sudah berkasar dengannya, dia berasa seperti ada sesuatu yang tidak kena. Dia memeluk tubuh. Sejuk.

Amir memberhentikan keretanya di tepi jalan. Nafsunya sudah tidak tahan lagi. Dia menoleh ke arah Alin yang sedang lena dibuai mimpi.

"Oii! Bangun.." Amir mengejutkan Alin. Dia menolak bahu gadis itu dengan kasar. Alin terbangun dari lenanya. Dia memegang kepalanya sambil menggosok matanya. Dia melihat kiri tingkapnya. Hanya hutan sahaja dan gelap gelita. Alin kemudian menoleh ke arah Amir. Amir tersenyum. Alin mula berasa tidak sedap hati. "A..Amir..Ke..kenapa kita..de..kat..si..sini?" soal Alin dengan tergagap.Dia mula rasa seram. Amir tersenyum. "Rileks okey? I cuma nakkan you jer.." kata Amir dengan aksi gediknya. Alin gabra. Dia menangis dalam hati. Alin menggelengkan kepalanya menandakan yang dia tidak mahu. Amir mendekati dirinya. "Jangan...jangan apa-apakan I, Mir" pinta Alin sambil menangis. Amir semakin menghampirinya. Dia membisik sesuatu di telinga Alin.

"Malam ni you.. I punya"

Alin memeluk tubuhnya. Hatinya benar-benar takut. Takut sekiranya apa yang dikatakan Amir itu benar. Apabila Amir ingin mengucup pipi Alin, Alin cepat-cepat menumbuk muka kekasihnya. Dia cuba membuka pintu kereta dan akhirnya pintu kereta itu terbuka. Dia cepat-cepat keluar untuk menyelamatkan diri. "Haish!! Aku tak kunci pintu pulakk" dengus Amir dengan kasar.

Alin cuba melarikan diri. Dia tidak tahu hendak ke mana. Air matanya tetap mengalir tidak henti-henti. "Nak ke mana hah?!" kedengaran suara Amir membuatkan Alin menjadi takut. "Mana kau nak lari?" kata Amir lalu merentap tangan Alin dengan kasar. Alin cuba meronta-ronta. Air matanya kian lebat. "Lepaskan aku!" jerit Alin namun tangannya gagal dilepaskan.

"Kau nak lari mana lagi hah? Kat sini hanya aku dan kau je..." kata Amir sambil tersenyum jahat. Alin meronta lagi. Tangannya berasa sakit dicengkam oleh Amir. "Tolong!!" jerit Alin cuba meminta tolong. Amir terhabur tawanya. Geli hatinya terhadap kekasihnya yang cuba menyelamatkan diri. "Jeritlah...kau ingat ada orang nak tolong kau hah? haha..." Amir melepaskan tawanya.

"Mak!!"

Amir tergelak. Bodoh! "Baru sekarang kau jerit nama mak kau?" soal Amir yang cuba menduganya. Alin terdiam dengan esakan tangisnya. Mak...hanya ibunya yang bermain di fikirannya. Mak...hanya pada waktu itu Alin teringat akan ibunya.

"Allah!!!"

Amir melepaskan tawanya lagi. Kali ini tawanya semakin kuat. Alin memejamkan matanya. Allah!! nama itu muncul di bibirnya. Allah!! sekali lagi nama itu muncul dalam fikirannya. "Apabila dilanda ketakutan..sebut nama-Nya. Allah!" kata-kata ibu Alin segar di ingatannya. "Allah akan membantumu..mintalah bantuan dari-Nya" satu lagi kata-kata dari ibunya.

"Allah!!!" jerit Alin sambil meronta minta dilepaskan. Penat meronta, dia menggigit tangan Amir dengan kuat. "Arghh!!!" tangannya dilepaskan. Alin menumbuk perut lelaki itu.

"Siapa yang tolong aku!! Allah!!" Sekali lagi penumbuk Alin singgah di perut lelaki itu. Amir menahan kesakitan.

"Yang lindungi aku! Allah!!" Kali ini Alin melepaskan tumbukan ke muka Amir. Amir mangaduh sakit. Amir terjatuh dengan memegang pipinya. "Allah!!!" jerit Alin sambil merenung tajam ke arah Amir. Alin mengesat air mata yang dari tadi asyik membasahi pipinya. Dia meninggalkan Amir yang masih mengaduh sakit ditumbuk olehnya.

Alin berlari sepantas yang mungkin. Tangannya sibuk menggenggam rantai emas yang elok terletak di lehernya. Mak...teringat ibunya. Air matanya kembali lebat. "Maafkan Lin, mak!" jerit Alin sambil menangis. Ya Allah..mana aku nak pergi ni? soal Alin dalam hati. Hari yang gelap itu membuatkan dirinya berasa sangat takut. Hatinya buntu tidak tahu hendak ke mana. Kampungnya sudah jauh beribu-ribu kilometer.

Tiba-tiba, satu cahaya dari jauh seolah-olah memanggil dirinya. Alin cuba berjalan menuju ke arah cahaya itu. Dengan rambutnya yang serabai itu dia kemaskan. Makin lama makin dekat Alin kepada cahaya itu, makin terang cahaya itu. Kedengaran orang yang sayup-sayup mengalunkan ayat-ayat suci. Makin lama makin kuat dan jelas bacaannya.

Aku di mana? soal Alin dalam hati.

Wednesday, October 29, 2014

Rantai Emas Dari Ibu Part 1

Alin sedang mengemas baju-bajunya untuk dibawa pergi bersama. Hatinya geram dengan sikap ibunya yang tidak sudah-sudah berleter. 'Sebentar lagi aku akan dibawa pergi  dari rumah ini bersama Amir.' Bisik hati Alin dengan gembira. Dia keluar dari bilik lalu membawa beg pakaiannya. 'Biar aku hidup bebas dari rumah ini!' kata Alin dalam hati.

"Alin?" Kamsiah, ibu kepada Alin menegur anaknya. Hatinya berasa hairan tatkala melihat beg pakaian dijinjing oleh anaknya itu. Alin memandang wajah ibunya. Dia menjeling ke arah ibunya. 'Menyibuk betul lah orang tua ni.' rungut Alin dalam hati.

"Lin nak keluar kejap, mak" balas Alin tanpa menoleh ke arah ibunya.

"Alin nak ke mana malam-malam ni? Dengan beg tu?" soal ibunya yang semakin menghampirinya. Alin menggaru tengkuknya yang tidak gatal. 'Kacau lah orang tua ni.' Bisik hatinya.

"Lin nak keluar kejap je lah mak..mak yang risau sangat ni kenapa?" bohong Alin. Dia berasa rimas apabila ibunya suka menyibuk halnya. Kamsiah mendekati anaknya.

"Mak mana yang tak risau nak? Alin tu perempuan..satu-satunya anak mak. Alin nak keluar pergi mana?" kata ibunya sambil memegang bahu anaknya. Alin menepis.

"Lin nak keluar lah dari rumah ni! Lin dah bosan duduk sini..dengan mak lagi! Lin tak suka duduk sini lagi!" balas Alin sambil memandang tajam ke arah ibunya. Akhirnya,Alin meluahkan hasratnya yang ingin keluar dari rumahnya itu. Kamsiah tergamam. Dia terkejut dengan kata-kata anaknya itu. Apakah benar anakku ingin keluar dari rumah ini dan meninggalkanku? soal Kamsiah dalam hati.

"Alin..kenapa Alin cakap macam tu nak? Alin dah tak sayangkan mak lagi?" soal Kamsiah dengan nada suara yang perlahan dan sebak. Alin menjeling. Dia melepaskan satu keluhan.

"Eeeii..rimaslah Lin dengan mak! Mak tu tak habis-habis berleter dekat Lin..Lin menyampah lah dekat mak!" kata Alin dengan meninggikan suaranya. Kamsiah terkedu dengan anaknya. Air matanya bertakung cuma tinggal masa untuk gugur saja. Alin melangkah keluar dengan beg pakaiannya. Dia sudah tidak tahan dengan ibunya.

"Alin! Jangan lah pergi nak..mak keseorangan! Alin jangan pergi!" kedengaran suara Kamsiah memanggil anaknya. Dia cuba mengejar anaknya itu yang tidak berapa jauh darinya. Alin hanya membiarkan ibunya memanggil. "Alin!!" Kamsiah menjerit memanggil anaknya. Air matanya sudah membasahi pipinya.

Amir yang sudah lama menunggu memandang ke arah Alin yang menghampirinya. Dia tersenyum. "Jom lah kita pergi" ajak Alin tanpa senyuman di bibir. Dia masih sakit hati dengan ibunya. Kamsiah masih lagi mengejar anaknya itu. Dia tidak mahu anaknya itu pergi dan meninggalkannya. "Mak you macam mana?" soal Amir sambil memandang ke arah Alin.

"Yang you sibuk tanya mak I ni kenapa?" marah Alin. Amir tersengih.

Sewaktu Alin sedang meletak begnya ke dalam bonet kereta milik Amir, kedengaran suara ibunya yang memanggil namanya. Alin menoleh ke arah ibunya.

"Mak boleh balik tak?" soal Alin dengan marah. Kamsiah tersedu-sedu menangis melihat anaknya itu. "Alin...kenapa kau buat mak begini? Apa salah mak, Lin?" soal Kamsiah sambil menahan kesedihan. Alin menjeling ke arah Amir. Amir membuat isyarat untuk pergi. Alin hanya mengangguk. "Dah lah mak..mak balik lah rumah usang tu..mak duduk lah sorang-sorang. Alin nak pergi KL dengan Amir..ye mak??" kata Alin dengan nada suara yang penuh kelembutan. Cuba hendak menenangkan ibunya yang makin lama makin teruk menangis. Kamsiah menggeleng-gelengkan kepala. Mana mungkin dia akan membiarkan anak gadisnya itu dengan lelaki yang dikatakan kekasih hati anaknya itu.

Amir menarik tangan Alin supaya masuk ke dalam kereta. Kamsiah kelam-kabut mengejar anaknya."Alin!! Alin!!" Kamsiah berlari ke arah anaknya dan tiba-tiba kakinya tersadung pada batu.

"Ya Allah!!"

Ali menoleh sebaik sahaja mendengar ibunya terhempas ke bumi. "Mak!" jerit Alin lalu ingin cuba mendapatkan ibunya yang tidak bergerak. Tidak sempat untuk mendapatkan ibunya, Amir menahannya. Alin menoleh ke arah Amir dengan hairan. Amir menggelengkan kepalanya. "Kita dah lambat" kata Amir sambil memegang tangan Alin.

"Tapi mak....."

"Biarkan dia..jom kita pergi"

Amir menarik Alin lalu memaksa Alin masuk ke dalam kereta. Alin hanya menurut. Dia hanya terdiam sahaja di dalam kereta. Amir memulakan pemanduannya. Sesekali dia mengerling ke arah Alin yang dari tadi diam membisu.

"Dah lah tu..mak you tu akan okey..dia tak ada apa-apa lah.." kata Amir yang cuba menenangkan hati Alin. Alin hanya terdiam. Dia hanya mahu bersendirian.

Ketika dulu...

     "Alin!" kedengaran suara seseorang memanggil namanya. Alin menoleh lalu menghampiri ibunya. Alin yang berusia 8 tahun tersenyum tatkala ibunya menghadiahkan dia seutas rantai emas yang cantik.

"Ini untuk anak kesayangan mak.." kata Kamsiah sambil tersenyum. Alin tersenyum gembira. Dia membelek rantai yang dihadiahi oleh ibunya. 'Cantik' bisik hatinya. "Meh, mak pakaikan untuk Alin..Alin pakai mesti cantik kan?" kata Kamsiah lalu menyarung rantai emas tersebut ke leher Alin. Alin hanya tersenyum dengan gembira.

"Alin jaga rantai ni ye..anggap ni hadiah istimewa dari mak untuk Alin" ucap Kamsiah kepada anaknya itu. Alin mengganguk sambil tersenyum. "Terima kasih, mak" kata Alin lalu memeluk ibunya erat.

"Sayang mak?"

"Sayang mak..."

     Alin terimbas kembali sewaktu dia masih kecil lagi. Rantai emas yang masih elok terletak pada lehernya dibelek lama. Ini lah rantai yang paling berharga pernah dia miliki. Rantai emas yang dihadiahi oleh ibu sangat mendalam maknanya. Dia sungguh gembira bila dia membelek rantai emas itu. Tiba-tiba, tiada senyuman di bibir Alin. Dia menoleh kiri dan kanan. Hujan lebat di luar sana. Dia memandang ke arah seorang lelaki yang sedang memandu kereta. Alin mengerut dahi.

"Mak..."

"Apa dia?"

Alin menoleh ke arah Amir. "Mir...m..mak ma..mana?" soal Alin dengan tergagap-gagap. Amir mengerut dahi. Pelik dengan kelakuan Alin yang tiba-tiba bertanya tentang ibunya. Tadi bukan main menengking ibunya. "Amir! Mak mana?!" soal Alin dengan nada suara yang tinggi. Amir terdiam.

Tuesday, October 28, 2014

Ahli Neraka kah kita?

Hari itu kawanku tidak memakai tudung. Sewaktu kami beratur untuk pulang ke kelas, dia bersuara.. "Arhh..rasa bebas bila tak pakai tudung ni.." Aku agak terkejut dengan kata-katanya. Dia berkata lagi, "Tapi rasa malu pulak bila tak pakai" Aku hanya terdiam.

          Adakah kita ini ahli neraka?

          Masih ada peluang kah untuk kita ke syurga?


Ramai yang kata bahawa tidak ramai perempuan ke Syurga kerana AURAT dan MULUT yang mengumpat. Perempuan memang takkan miss kalau bergosip. Asal jumpa kawan mula lah mulut tu nak kutuk orang tu..kutuk orang ni. Memang tabiat perempuan yang suka bergosip.

Namun, kita sering melakukannya kerana kita tidak sedar. Tidak sedar yang kita sedang mengutuk seseorang di belakang. Mengutuk keburukan orang adalah seperti mendoakan mereka. Adakah kita mendoakan keburukan seseorang? Kita tidak sedar.

         "Kau tengok lah dia tu..eeii, gigi jongang, kulit hitam legam..kalah orang negro"

          "Aku benci lah budak tu..dia tu kerja sekolah pun tak buat..pemalas dia tu!"


Mengumpat seseorang bukanlah sesuatu yang baik. Ia boleh membawa kita ke neraka. Pasti diantara kita tidak mahu ke neraka kan..Mengumpat itu ada baiknya juga..kita mengumpat seseorang yang melakukan kebaikan. Mengumpat kebaikan seseorang adalah seperti mendoakan mereka. Jadi lebih baik kita mengumpat kebaikan seseorang daripada keburukannya.

          "Dia tu manis orangnya..rajin dan sopan santun"

          "Dia tu baik..suka tolong orang..aku nak jadi macam dia lah"


Kita mendoakan mereka tentang kebaikan. Kan bagus kalau begitu..Kita cakap dengan perkara yang baik-baik. Percakapan kan satu doa. Jangan lah kita mengumpat keburukan seolah-olah kita sedang mendoakan mereka. InsyaAllah..segalanya dipermudahkan oleh-Nya.

Kita perempuan tersilap tentang aurat yang harus ditutup. Ada yang pakai tudung tapi seluar ketat, Ada yang hanya memakai skaf di kepala. Aurat perempuan adalah maruah diri kita. Jika kita tidak menutupnya dengan betul maka,maruah diri kita akan tercemar. Ada yang kata.. "Eeeii benci lah..payah lah nak tutup banyak-banyak.."

Memang agak payah bagi perempuan untuk menutup auratnya berbanding lelaki. Walaupun susah dan payah tapi itu lah keistimewaannya seorang perempuan. Allah jadikan perempuan ini istimewa. Jika kita amalkan supaya menutup aurat dengan sempurna maka, tidak lah kita kata menyusahkan kerana kita sudah biasa dengan berpakaian begitu.

Aku harap kaum Hawa di luar sana termasuk aku..akan menutup aurat dengan lebih sempurna. Semoga ini menjadi peringatan buat kaum Hawa. insyaAllah Allah permudahkan segala urusan kita.

Allah beri peluang kita hidup di dunia ini untuk kita banyak melakukan amalan yang diperintahkn oleh-Nya. Semoga kita kembali menjadi ahli syurga iaitu bidadari syurga..InsyaAllah..Aamiin..Semoga kita menjadi hamba-Nya yang solehah dan soleh dan sentiasa beriman kepada-Nya.

Masih ada peluang kah kita untuk ke Syurga? InsyaAllah..doa lah yang baik-baik..Semoga di alam sana,lebih ramai kaum Hawa yang berjaya masuk ke Syurga..InsyaAllah..

Assalammualaikum..^^

Sunday, October 26, 2014

Gila GitaR

          Sejak ada gitar..macam2 lagu aku belajar. Sebelum ni aku mana minat main gitar dan tak pernah berharap suruh papa belikan gitar. Hari tu kakak punya hari lahir. Dia tak tahu nak minta apa cuma dia teringin nak ada gitar. Aku tak kisah sangat pasal gitar ni. Kakak aku pun mintalah tapi papa masa tu macam diam jer. Yela, gitar kan mahal.

          Bila dah sampai rumah. Papa keluar katanya nak jumpa kawan. Bila papa sampai, dia suruh kakak ambil barang2 kat dalam bonet kereta. Tengok2...ada GitaR..Kakak terkejut terus masuk dalam rumah dan peluk papa..Aku pun tak sangka. Betul2 tak sangka.

          Beberapa hari selepas kakak dapat gitar, kakak teringin nak belajar gitar..Nasib baiklah jiran kami seorang komposer. Papa tolong kami suruh cakap dengan jiran kami yang kami nak belajar main gitar. Sejak itu, setiap hari sabtu dan ahad,kami akan belajar main gitar. Percuma pulokk tu..

          Lagu pertama yang kami belajar adalah lagu Najwa Latiff - Carta Hati. Mula2 memang susah tapi lama kelamaan kami belajar..terus pandai. Alhamdulillah ^^  Selepas tu kami dah tak belajar main gitar dengan jiran kami. Kakak kata dia malas nak ke rumah jiran kami tu. Aku pun okey aje lah.

          Beberapa bulan tu, kami belajar gitar guna youtube. Berkesan jugak tapi kena lah sabar bila nak main. Aku belajar banyak lagu macam Terima Kasih, All Of Me, U Smile, Speak Now, Rapuh, Ya Allah, Sahabat, Wanita Syurga Bidadari Dunia..Rasanya itu aje kot. InsyaAllah kalau ada masa aku nak belajar lagi.

          Aku memang dah gila GitaR dah sekarang..Harap bila papa ada duit, boleh lah hantar aku pergi kelas gitar. InsyaAllah..Moga2 jadi kenyataan..

Assalammualaikum..^^

Wednesday, October 22, 2014

Lelaki dan Perempuan Bersahabat?

          Arghh! Bencinya ! Kenapa mereka boleh berfikiran begitu? Mereka tak tahu ke aku tak suka digelar begitu? Sakit hati betul! Agak-agak lah nak cakap macam tu.. Aku tahu aku rapat dengan dia tapi kami bukan pasangan bercinta okey?!

          Sahabat aku lelaki. Aku paling rapat dengan dia. Tapi aku pantang kalau orang semua kata aku dengan dia 'kapel'. Maaf ye, 'kapel' adalah Haram disisi Islam. Itulah manusia. Pandai buat andaian sendiri tapi kenyataannya salah. Ramai yang selalu kata "Perempuan dengan lelaki tak boleh jadi kawan kerana lama-lama akan ada perasaan suka"

          Aku menyampah dengan ayat di atas ni. Siapa kata lelaki dan perempuan tak boleh jadi kawan baik? BFF? Aku boleh je..cuma ramai kawan aku dengan kawan dia salah sangka pulokk. Aku sekolah perempuan. Jadi,mungkin kawan aku pelik bila aku kata aku ada kawan lelaki iaitu BFF aku. Aku teringin sangat nak ubah ayat dekat atas tadi tu. Aku ada beberapa ayat yang boleh aku ubah. InsyaAllah..

          1. "Lelaki dan perempuan boleh jadi kawan jika ikhtilat dijaga dengan baik dan berlawan kerana Allah SWT"

          2. "Lelaki dan perempuan tak boleh jadi kawan jika berkawan berlandaskan nafsu dan berkawan semata-mata kerana suka"

          3. "Jika mereka kata mereka berkawan,tetapi ucap kata-kata sayang, itu bukan berkawan namanya"

          4. "Seseorang yang beriman tidak akan berasa 'dup dap dup dap' apabila seseorang dating hanya dengan niat hendak bertanyakan soalan peperiksaan atau ain-lain kerana dia tidak berangan-angan atau perasan"

          Jadi,berkawan dengan lelaki/ perempuan tidak menjadi salah cuma ada beberapa syarat dan adab berkawan. Senang je adab-adab berkawan dengan lelaki/ perempuan. Saya suka ayat dari Hilal Asyraf ni...

          "Sahabat yang baik adalah apabila kamu bersamanya, kamu mengingati Allah"

          Kita tidak perlu rasa marah sekiranya mereka bersalah sangka terhadap hubungan kita. Biarlah mereka kata bahawa kita dan sahabat kita bercinta tapi yang pasti hanya Allah sahaja yang tahu. Allah tahu kami bersahabat.Moga sahabat-sahabat di luar sana dapat menjaga ikhtilat dalam sebuah persahabatan. Apabila kamu bersamanya, cepat-cepat ingat Allah. Semoga persahabatan kamu diberkati oleh-Nya.

          Assalammualaikum..^^
         

Saturday, October 18, 2014

Aku Mula Sedar Akan Itu..

     Sudah menjadi kebiasaan bagiku.Setiap malam sebaik sahaja solat Isyak,aku akan menunaikan solat sunat taubat.Entah sejak bila aku rajin menunaikannya..Mungkin sejak aku dah mula berfikiran matang dan asyik terfikir tentang alam di sana..

     Kadang2 aku menangis apabila menunaikan solat taubat ini.Hatiku begitu sebak,sedih,pilu mengenangkan diriku yang terlalu banyak dosa kepada-Nya.Aku cuba untuk bertahan namun air mataku berlumba-luba untuk keluar.Teresak-esak aku menangis tanpa menghiraukan keadaan sekeliling walaupun tiada orang pada waktu itu...

     Aku terduduk di atas tikar sejadah sambil terfikir akan dosa yang pernah aku lakukan.Ya Allah! Zalimnya diriku ini! Aku beristighfar sambil menyebut Astagfirrullahhalazim..Astagfirrullahhalazim. Aku memeluk tubuhku.Merasa kehangatan di dahiku,leherku,badanku..Aku seperti orang yang tidak tahu jalan tuju..Aku seolah-olah memikirkan jalan untuk aku kembali kepada-Nya.

     Satu hari yang lalu,aku mangambil wudhuk untuk menunaikan solat Isyak.Aku perhatikan setiap kulitku wajib ada air yang membasahi.Selesai,aku segera membentangkan sejadah..memakai telekungku dengan kemas.Aku mengangkat takbir dan mula menunaikan solat.Selesai mengaminkan doa,aku duduk termenung di atas tikar sejadah.Wajah mama dan papa di fikiranku.Tersenyum memandangku.Aku menjadi sebak dan tanpa sedar,aku menitiskan air mata.

     Aku membangkitkan semangat.Aku nekad untuk menunaikan solat sunat taubat.Menggigil tubuhku apabila melafazkan niat untuk solat.Aku cuba untuk khusyuk sambil menutup mata.Cuba menghayati setiap ayat al-Fatihah yang aku baca.Pada rakaat terakhir,aku sujud lama..Air mataku menitis perlahan-lahan.Aku istighfar banyak2.Mama pernah pesan "Apabila kamu rasa tidak tenang dan gelisah,istighfar lah..ia akan menyejukkan hati yang tidak tenteram" Aku menyebut sebanyak 3 kali lalu aku memohon keampunan dan bertaubat kepada-Nya.

     Selesai sahaja,aku kembali merenung tikar sejadah.Aku terfikir adakah Allah menerima taubatku?Tapi sekurang-kurangnya aku sudah bertaubat kepada-Nya.Aku cuba melembutkan hatiku.Aku terdengar ada seseorang di belakangku.Mataku ligat memerhati dan aku tidak mahu menoleh.Rupa-rupanya,mama dibelakangku.Mama ingin menunaikan solat Isyak juga.Aku tidak menghiraukan lalu kembali merenung tikar sejadah.

     Semasa mama menunaikan solat,aku menangis dalam diam.Aku tidak mahu mama terdengar esakan aku,tangisan aku.Apabila air mataku keluar,aku cepat2 mengelapkan sampai tiada kesan air mata.Aku menangis lagi.Memikirkan tentang dosaku yang terlalu banyak.Betapa zalimnya diriku ketika itu.Air mataku turun dengan lebat.Membasahi pipiku.Mama berzikir sambil memejamkan mata.Apabila mama memohon doa.Hatiku sedih sekali.Mendengar suaranya yang perlahan.Aku menangis lagi.Aku sedaya upaya mengelap air mataku namun aku tak berjaya.Mama menoleh ke arah ku.Aku hanya menunduk.Mama mendekati aku lantas memelukku erat.Aku menangis dengan lebat.Seolah-olah aku meminta simpati kepada mama.Mama mengosok belakangku.Mungkin dia memahami perasaanku.Setelah itu,mama meleraikan pelukan..dia kembali duduk menghadap kiblat.Aku sibuk mengelap air mata.
  
     Sekarang,aku kerap melakukan solat sunat taubat sebaik sahaja solat Isyak.Aku pernah dengar seseorang pernah berkata tapi aku lupa siapa namun aku ingat nasihatnya.Dia berkata "Lakukanlah solat sunat taubat sebelum kamu dibuai mimpi,minta ampun lah kepada Allah agar dosa kamu diampunkan..moga Allah mengampunkan kamu.Apabila kamu masuk tidur,hati kamu akan tenang seolah-olah kamu manusia yang suci dari segala dosa.Apabila Allah menyabut nyawamu,InsyaAllah..Allah mengurniakan Syurga buatmu"

     Aku sering teringat-ingat tentang nasihat itu dan sudah menjadi kebiasaanku menunaikan solat sunat taubat.InsyaAllah,segalanya dipermudahkan oleh-Nya.Moga kita sama2 dan sentiasa bertaubat kepada-Nya.

     Assalammualaikum... :')

Cinta From The Top?

      Cinta bagi manusia selalunya indah. Cinta itu adalah memahami antara satu sama lain. Itu adalah cinta Manusia. Namun cinta apa yang 'from the top?'

       Ramai orang ingin bercinta. Ada orang bercinta dalam persahabatan. Ada orang bercinta sampai tak ingat dunia. Orang yang bercinta ni lemas dalam dunia cinta. Bila 'break'..menangis. Cari pengganti,seronok dalam cinta. 'Break' lagi..menangis macam orang gila .Begitulah seterus dan seterusnya...

        Tapi ramai tak yang terfikir tentang cinta 'from the top' iaitu cinta yang paling utama. Cinta yang indah.Cinta yang kekal selamanya..Dia setia kepada kita. Dia membawa kita cahaya keindahan dan penuh keimanan.Dia lah Tuhan kita . Tuhan yang Maha Esa. Allah SWT adalah cinta 'from the top'.Tanpa kita sedari,Dia lah yang sentiasa setia kepada kita.

        Namun,manusia lupa akan Cinta itu.Sengaja melemaskan diri dalam cinta Manusia.Kita ni tak salah kalau bercinta tapi sebelum bercinta itu cinta lah diri kita dulu..cinta lah kepada ibubapa kita dulu..cinta lah kepada Allah SWT dulu. Sudah cukupkah cinta kita kepada diri kita,ibubapa kita,Allah SWT..Tuhan kita sampai hendak bercinta dengan orang lain? Baru berkenalan hanya beberapa minggu.Menjadikan dia yang teristimewa dalam hidup kita.

        Cinta itu fitrah manusia...kerana itu kita tak salah kalau bercinta tapi perlulah bertempat.Kalau kita bercinta pada zaman remaja,pelajaran kita tidak hanyut kah? Cinta itu anugerah daripada Allah SWT..Dia yang mengaturkan jalan menuju ke cinta yang sebenar.Seperti petikan yang saya baca dari Hilal Asyraf ...

        "Cinta yang benar adalah yang membawa kita ke Syurga manakala yang membawa kita ke Neraka,bukan cinta namanya"


        Maknanya cinta yang membawa ke Syurga adalah cinta yang berlandaskan keimanan manakala cinta yang membawa ke Neraka adalah cinta yang berlandaskan hawa nafsu..Seeloknya kita bercinta selepas nikah kerana lebih indah dan tidak berlandaskan nafsu. hehehe..cerita pasal nikah pulok dohh..hahaha.

        Bercinta lah kerana Allah ..bukan bercinta kerana nafsu.Moga sentiasa dilindungi oleh Tuhan kita,Cinta kita ..Allah SWT..Cinta 'From The Top' kita :)

        Assalammualaikum.. ^^

Saturday, October 11, 2014

Kisahnya...Diari Nad

Assalammualaikum..sahabat .Moga sentiasa dilindungi oleh-Nya dari segala mara bahaya..Aamiin


  Hari ini adalah hari pertama buat saya menulis di dalam blog ini. Mesti ramai dari sahabat bertanya bukan kah ini blog 'Our Lovely Girl'...Sebenarnya,saya adalah pengganti mama saya untuk meneruskan menulis di dalam blog ini. Saya juga telah menukar nama blog ini kepada Diari Nad kerana nama singkatan saya adalah Nad..Saya memang minat menulis dan saya ingin cuba untuk menulis di dalam blog ini..

   Saya juga suka menulis novel dan sekarang masih belum siap lagi.InsyaAllah dengan izin-Nya,saya dapat menghabiskan novel saya itu.Saya harap sokongan dari sahabat untuk saya berkongsi segala cerita tentang kehidupan saya di dalam blog ini.Saya juga ingin menjadikan blog ini sebagai sahabat saya sewaktu saya kesunyian..

   Halaman blog saya belum saya reka lagi..Saya memerlukan mama untuk menolong saya untuk menghasilkan blog yang kreatif dan menarik..Maklumlah sejak kebelakangan ini,mama sibuk kerana perniagaan keknya di facebook.4'Nurs Homemade adalah nama bagi page facebooknya.Namun,saya sabar dan InsyaAllah halaman blog saya akan siap..

   Sekarang musim peperiksaan dan saya harus mengulang kaji pelajaran. Maklumlah,saya budak exam..InsyaAllah..saya akan belajar rajin2 untuk mama dan papa saya..Saya harap sahabat mendoakan saya semoga saya dapat menjawab kertas peperiksaan dengan tenang dan yakin..Doakan saya ye..Selepas sahaja habis exam,saya akan meneruskan masa saya dengan blog ini..InsyaAllah.saya tidak akan sesekali meninggalkan solat semata-mata kerana lalai dengan blog.Saya akan membahagikan masa solat dengan blog ini.

   Itu sahaja saya ingin kongsikan pada hari ini..Saya harap blog ini dapat meneruskan minat saya untuk menulis.InsyaAllah..Aamiin...

   Assalammualaikum.. ;)