^^Diari Nad^^

^^Diari Nad^^

Monday, March 12, 2012

Hendak yang ini ke?


Assalammualaikum sahabat, moga senantiasa dirahmati Allah SA.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, sudah agak lama saya menyimpan hasrat untuk memiliki Al-Quran bersama terjemahan dan tajwid. Kalau pergi ke kedai buku atau ke pesta buku memang saya akan mencari Al-Quran yang ada terjemahan berserta tajwid tapi bila melihat pada harga senaskah buku, saya terpaksa menyimpan hasrat hati dulu kerana harga agak mahal juga..kalau nak yang murah ada tapi kecillah.

Hari ini En hubby cuti, bawa kami anak-beranak ke Jaya Jusco, Rawang. Saja nak jalan-jalan tengok tempat baru. Kebetulan Tasha anak sulung saya nampak kedai buku popular di situ, apalagi dia pun ajaklah papanya singgah sekejap. Tasha memang pantang kalau nampak kedai buku, mesti nak singgah, kaki novel.

Alhamdulillah, disamping melayan anak-anak membeli buku masing-masing, saya nampak En hubby sedang melihat-lihat Al-Quran. Pada mulanya saya ingatkan dia hanya tengok saja, tapi bila dia panggil saya dan bertanya " Hendak yang ini ke?'' Yeah! dalam hati melonjak kegembiraan hanya Allah saja yang tahu.

Akhirnya Allah makbulkan doa saya untuk memiliki kitab suci ini. Alhamdulillah selepas Maghrib tadi saya sudah pun merasmikannya dengan menyemak bacaan bila anak-anak mengaji. Sangat membantu kerana tanda-tanda warna yang ada menunjukkan panduan hukum-hukum tajwid. Disamping itu, kita dapat memahami isi bacaannya kerana ada terjemahan berserta huraiannya. Inilah yang saya hendak.



Perkongsian:-

Ada 4 perkara dalam Al-Quran.
Pengajaran, penyembuh, petunjuk dan rahmat.
Ini disebutkan dalam surah Yunus ayat 57.

Jom baca dan hayati Al Quran.