^^Diari Nad^^

^^Diari Nad^^

Saturday, February 12, 2011

What’s up??

Salam perkenalan pada semua..hari ini hari pertama saya cuba untuk membuat catatan harian yang saya rasakan perlu untuk mengisi waktu lapang saya almaklumlah saya sudah naik pangkat! Ha nak tau apa jawatan saya sekarang ni?

Ha ni lah yang nak story ni..mula-mula berat hati jugak nak terima pangkat ni...biasalah naik pangkat tinggi ni pasti kena pikul tanggungjawab yang lebih besar..takut jugak tak terpikul nanti.

Namun begitu ada sebab dan musababnya saya terpaksa terima jugak jawatan ni! Makan tahun jugaklah saya berhempas pulas sehingga saya rasa dah boleh dah buat keputusan muktamad.

Nak cerita tentang jawatan lama saya tu tak lah menarik sangat tapi saya bersyukurlah kerana di sebabkan jawatan lama saya tu saya dah boleh ada rumah sendiri..ye lah dengan titik peluh sendiri..dari anak dara sehinggalah dapat berumahtangga dan punya anak.

Syukur padaMu Allah..setiap kenikmatan yang diberi oleh Mu. Walaupun gitu, pasti ada yang cakap..cukuplah tu dengan apa yang ada..buat apa nak pikul lagi tanggungjawab yg lebih besar..sendiri nak cari susah! Ha mesti ada yang cakap..hai tak pe lah tanggungjawab besar, gaji pun besarlah!

Ni nak habak mai sikit..saya terima jawatan ni bukan sebab gaji besar atau tanggungjawab besar. Rasanya sebab apa ye..saya terima jawatan ni?? Ada sapa2 yang bole jawab?

Bukan apa saya terpaksa tutup dulu story saya ni hari ni..almaklumlah jawatan saya sekarang ni mengkhendaki saya kerja tak kira masa..so maaf lah saya terpaksa sambung esok saje ye..terima kasih pada yang sudi membaca!

4 comments:

  1. first day ..

    hubby rasmi dulu ..

    wokey lah tu...huhu

    ReplyDelete
  2. My dear bf atie..tq so much sudi baca story kita..malu lak plak..huhu

    ReplyDelete