^^Diari Nad^^

^^Diari Nad^^

Saturday, July 30, 2011

Semangat Ramadan..Tingkatkan Ibadah

Assalammualaikum sahabat..

Alhamdulillah..marilah sama-sama kita panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana diberi peluang dan ruang untuk menikmati bulan yang penuh barakah iaitu Ramadhan Al-Mubarak. Kini tinggal satu/dua hari lagi umat Islam di seluruh dunia akan "berpesta" menyambut kedatangan bulan mulia yang dinanti-nantikan saban tahun.

Sudahkah kita bersedia menyambut kedatangan Ramadhan ini? Sebelum itu ingin saya mengambil kesempatan untuk memohon maaf pada sahabat sekiranya selama mana saya berblog ini telah menguris atau membuat sahabat berkecil hati atau lama mana saya tidak berkunjung blog sahabat...almaklumlah sejak akhir-akhir ini blog saya sepi dan mungkin pada masa akan datang blog ini akan sepi juga namun insyaAllah jika berkesempatan saya akan menjengok blog sahabat.

************************************

Sekadar perkongsian..

Bagi memastikan kita dapat menjalankan ibadah ini dengan sempurna, kita perlu siapkan diri dari segi fizikal dan mental kerana ibadah puasa bukan sahaja menahan diri daripada makan minum malah menuntut kita supaya bersabar menjalaninya dengan tekun disamping memperbanyakkan amalan-amalan mulia yang lain.

"Mama, nanti saya nak puasa tau hari-hari..mama jangan lupa kejut saya." pesan Nyssa pada saya

"Mama, lepas tu saya nak ikut mama gi solat Tarawih tau..haa mama jangan tinggalkan saya kat umah."pesan Nyssa lagi.

"Mama, nanti saya pun nak bagi makanan kat jiran sebabkan cikgu kata kita kena bersedekah jugak nanti dapat pahala."cerita Nyssa lagi.

Ya Allah, anak kecilku ini banyak benar pesanannya..kira-kira inilah persiapannya untuk berpuasa..benar-benar bersemangat kali ini..tak seperti tahun lepas..baru belajar berpuasa..puasa yang yok! InsyaAllah..anakku kali ini dengan semangat kentalmu..moga dapat penuh.

************************************

Justeru, pada bulan yang penuh barakah ini kita digalakkan banyak baca Al-Quran..pelajari dan hayati isi kandungannya, bukan setakat mengambil berkat Al-Quran, tetapi yang lebih penting adalah hidayah yang datang bersamanya.

Kita juga digalakkan bersedekah. Rezeki yang Allah kurniakan kepada kita eloklah dikongsi bersama-sama dengan mereka yang susah dan memerlukan.Apakata kita ambil peluang ini untuk berkongsi juadah berbuka dengan jiran-jiran. Disamping merebut pahala yang Allah janjikan, kita juga dapat mengeratkan silaturrahim sesama jiran.

Namun, solat Tarawih sekali-kali jangan dilupakan.Banyak keistimewaannya. Solat ini hanya khas diadakan Allah untuk bulan Ramadan saja. Rugilah jika kita mengabaikannya.

Marilah kita sama-sama memperbanyakkan doa dan munajat kepada Allah, supaya diberi kekuatan untuk melakukan yang terbaik pada Ramadan kali ini. InsyaAllah.

"Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak"

10 comments:

  1. selamat berpuasa :)
    Miss youuuu~~~~~

    ReplyDelete
  2. Anitare..
    selamat menyambut ramadan yg penuh dengan keberkatan..

    terima kasih krn mengingatkan tentang amalan2 dan kebiasaan kita di bulan ramadan.mudahan kesempatan ini digunakan untuk berhijrah dengan menambah amalan2 yg baik dengan penuh keikhlasan ...ameen

    ReplyDelete
  3. moga kita beroleh keampunan dalam bulan yang berkah ini

    ReplyDelete
  4. cemomoi,

    ameen..perbanyakkan doa insyaAllah

    ReplyDelete
  5. peringatan yg baik ....hehe

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Ita,

    Berpuasalah demi untuk mendapat redha Allah.

    ReplyDelete
  7. mr max,

    alhamdulillah saling mengingatkan..

    ReplyDelete
  8. Kunang-Kunang,

    Waalaikummussalam kak,

    terimakasih akak atas nasihat..sama2 kita mendapat redha Allah ye kak

    ReplyDelete