^^Diari Nad^^

^^Diari Nad^^

Saturday, October 1, 2011

Sahabat lama

Assalammualaikum..moga semua ceria..

Sahabat sekolah lama bertemu kembali..agak lama juga terpisah. Walau kami berpisah sejak tingkatan empat tapi kami masih lagi berkesempatan berhubung antara satu sama lain.bercerita tentang diri dan masalah masing-masing.melalui taliponlah.. dulu-dulu tak ada lagi internet ini. Dan melalui talipon jualah kami akhirnya berpisah.

Saya pernah mencari dia melalui rakan-rakan sekolah tapi semua tak tahu di mana dia. Pernah satu ketika bila reunion sekolah diadakan saya berharap dapat berjumpa dengannya tapi malangnya dia tidak ada.

Alhamdulillah, akhirnya kami bertemu di buku muka (fb)..alangkah gembira hati saya kerana banyak yang saya ingin cerita dan kongsikan bersama. Pada Syawal tahun lepas saya telah dapat berkunjung ke rumah dia..itulah pertemuan pertama kami setelah sekian lama berpisah.

Dan pada Syawal tahun ini..dia pula dapat berkunjung ke rumah saya..Alhamdulillah akhirnya datang juga dia ke rumah saya. Inilah dia orangnya..pasti ada kalangan sahabat yang kenal dia kan..dia lah yang mengajak saya ke alam blogger ni.

Terimakasih Ati dan family kerana sudi datang rumah kita. Jangan serik datang rumah kita yang jauh ini ye.

 

9 comments:

  1. salam ita,

    hehehe...berpisah melalui talipon yek
    ingat lagi rupanya...hehehe
    takpelah itu zaman mudo-mudo
    hati pun mudo dan tak reti nk pikir lg

    alhamdulillah bertemu semula
    di usia begini lebih baikkan :)

    semoga kita dapat rapatkan
    lagi tali persahabatan kita dan
    juga pasangan dan anak masing2

    p/s:
    1.hajat nak call ita asyik tertangguh je
    kalau ita sempat call kita pasai resepi tu :)

    2. semalam wan call kita tau

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. silarulrahim yang terputus dapat disambong balik.

    ReplyDelete
  3. pernah cakap di telefon dgn atie sekali :)

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah anita..memang seronok kalau dah dapat bertemu dengan kawan sekolah

    ReplyDelete
  5. FB memang byk bantu kita jumpa kawan lama kan..macam bui dah lama tak jumpa kawan yang berbelas tahun,alih2 jumpa di FB..*_*

    ReplyDelete
  6. Kak Ati kawan Kak Anita??
    Wah... Baru tau..

    P/s; alhamdulillah hasrat bertemu tercapai jugak

    ReplyDelete
  7. saya juga masih dalam usaha mencari seseorang.. nampaknya harapan tinggal harapan..huhuhu.. tahniahla dpt jumpa kawan lama.. mesti best kan..

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah, dapat bertemu semula dgn teman lama.. Oh, kak Atilah orangnya.. muka dua2 nmpk seiras.. harap persahabatan yg terjalin berkekalan hendaknya..

    ReplyDelete
  9. ooo kak anita kawan kak ati rupanya...

    alhamdulillah, bertemu akhirnya setelah lama terpisah. Banyak juga baiknya fb ni kan..:)

    ReplyDelete