^^Diari Nad^^

^^Diari Nad^^

Sunday, January 29, 2012

Semakin dekat..semakin jauh..

Assalammualaikum sahabat,

Pertama sekali saya ingin mohon maaf pada sahabat-sahabat yang masih sudi berkunjung dan menanyakan khabar di blog saya ini walau blog ini nampak suram dan tak punya apa-apa cerita terkini. Maafkan saya..alhamdulillah saya masih ada dan sihat meniti hari-hari seperti biasa cuma mengapa blog ini menyepi begitu lama..kerana selama ini laptop saya rosak walau setelah beberapa kali dibaiki akhirnya langsung tak berfungsi..tapi hari ini alhamdulillah saya punya laptop baru..yeah! terimakasih pada hubby kerana bersusah payah belikan saya laptop ini..saya amat menghargainya. InsyaAllah akan saya jaganya dengan baik.

Sebenarnya disepanjang sunyinya saya diblog ini..ada beberapa perkara saya lakukan selain dari melakukan kerja-kerja harian..iaitu muhasabah dan menilai diri saya. Bagaimana dengan sahabat-sahabat semua? Semakin dekat atau semakin jauh?? Mari kita hayati lirik lagu dari In-team dibawah ini.

Semakin jauh ku dari-Mu
Semakin dekat pula Kau menghampiri daku
Oh, Tuhan Yang Maha Pengasih
Siapalah diriku di pandangan-Mu

Semakin cuba ku dekati
Semakin kuat pula Kau mendugai aku
Oh, Tuhan Yang Maha Sempurna
Kerdilnya diriku di hadapan-Mu

Bagaimanakah nantinya tika berhadapan dengan-Mu
Sudikah Kau menerima hamba-Mu yang hina ini
Ya Allah Kau Maha Pengampun

Di bayangan mentari aku kealpaan
Dusta dunia penuh kepura-puraan
Di kala dini hari aku kepasrahan
Mendamba jernih embun kasih sayang-Mu Oh Tuhan

Andainya dihitung amalanku
Belum pasti dapat ku hampiri gerbang syurga-Mu
Oh Tuhan Yang Maha Pemurah
Hindari diriku dari siksa-Mu… Oh Tuhan

Kasih sayang-Mu Tuhan
Itu yang ku dambakan
Dengan rahmat-Mu ampunilah diriku

19 comments:

  1. salam
    akhirnya...dapat laptop baru Alhamdulillah.
    Selamat kembali...miss u

    ReplyDelete
  2. Alhmdulillah...dah dapat l/top baru....

    ReplyDelete
  3. wahhh... Mesti seronokkan dpt laptop baru...
    Alhamdulillah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam'alaik,

      Apa khabar kak? moga sihat bersama anak2...samala kita kak, lama menyepi dari blog, tp dlm menyepi tu tetap byk hikmah yg mampu dikutip, ALLAH...

      alhamdulillah, tahniah kak, rezeki dpt lappy baru^^
      teruskan perjuangan! :)

      ma'assalamah^^

      Delete
    2. ainnoraini,

      mmg seronok sgt..alhamdulillah, timakasih sudi kunjung sini lagi

      Delete
  4. kak kasih,

    Alhamdulillah..miss u 2

    ReplyDelete
  5. Itu dia disebalik musibah laptop rosak akhirnya dpat yg baru. Lepas ini bolehlah tenang berblog...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah..kak zakie timakasih sudi kunjung sini ye

      Delete
  6. Salam kak, selamat kembali berblog, patut la lama menyepi. Dah dapat laptop baru boleh la kongsi2 cerita kat blog balik ye:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah qema, selagi ada hayat chewah..

      Delete
  7. Laptop baru! owsem!!

    Dan saya suka lirik lagu tu. Menyentuh sgt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sungguh lama menunggu dik iqbal kunjung akak..timakasih!

      Delete
  8. :)

    yeay. dapat laptop baru!

    hadiah dari suami pulak tu. pasti tak ternilai harganya. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. gb, alhamdulillah berkat sokongan suami utk akak berblog smula..hehe

      Delete
  9. Moga sentiasa dalam perlindungan dan rahmatNYa..ameen

    ReplyDelete