^^Diari Nad^^

^^Diari Nad^^

Monday, March 12, 2012

Hendak yang ini ke?


Assalammualaikum sahabat, moga senantiasa dirahmati Allah SA.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, sudah agak lama saya menyimpan hasrat untuk memiliki Al-Quran bersama terjemahan dan tajwid. Kalau pergi ke kedai buku atau ke pesta buku memang saya akan mencari Al-Quran yang ada terjemahan berserta tajwid tapi bila melihat pada harga senaskah buku, saya terpaksa menyimpan hasrat hati dulu kerana harga agak mahal juga..kalau nak yang murah ada tapi kecillah.

Hari ini En hubby cuti, bawa kami anak-beranak ke Jaya Jusco, Rawang. Saja nak jalan-jalan tengok tempat baru. Kebetulan Tasha anak sulung saya nampak kedai buku popular di situ, apalagi dia pun ajaklah papanya singgah sekejap. Tasha memang pantang kalau nampak kedai buku, mesti nak singgah, kaki novel.

Alhamdulillah, disamping melayan anak-anak membeli buku masing-masing, saya nampak En hubby sedang melihat-lihat Al-Quran. Pada mulanya saya ingatkan dia hanya tengok saja, tapi bila dia panggil saya dan bertanya " Hendak yang ini ke?'' Yeah! dalam hati melonjak kegembiraan hanya Allah saja yang tahu.

Akhirnya Allah makbulkan doa saya untuk memiliki kitab suci ini. Alhamdulillah selepas Maghrib tadi saya sudah pun merasmikannya dengan menyemak bacaan bila anak-anak mengaji. Sangat membantu kerana tanda-tanda warna yang ada menunjukkan panduan hukum-hukum tajwid. Disamping itu, kita dapat memahami isi bacaannya kerana ada terjemahan berserta huraiannya. Inilah yang saya hendak.



Perkongsian:-

Ada 4 perkara dalam Al-Quran.
Pengajaran, penyembuh, petunjuk dan rahmat.
Ini disebutkan dalam surah Yunus ayat 57.

Jom baca dan hayati Al Quran.




13 comments:

  1. alhamdulillah..tercapai impian untuk memilikinya...akak pun hari tu membelikan anak2. anak yg tengah nak terjemahan alQuran dlm bhs inggeris, yg sulung dan kecik nak terjemahan alQuran dlm bhs melayu..layan, semua belikan.. wlupun mahal rasa berbaloi jika digunakan dan dihayati..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah bagusnya dpt seorang satu ye..tak payah rebut-rebutkan..

      Delete
  2. di Indonesia banyak pilihan dan lebih murah.
    Akak ada beli waktu kat sana dulu :)
    Mahal pun tak pe lah kan...sebab "mahal" juga kebaikannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak..dan sebab mahal jugalah mgajar saya bersabar utk mendapatkannya

      Delete
  3. Syukur sgt.. Allah mendengar permintaan dan niat suci anda..

    kita pun ada baca gak yang terjemahan. tapi dia macam buku. best gak..tak ingat apa nama syarikat yang wat tu.. but buku tu berjilid, contoh jilid 1,(juz 1 hingga 3) mmg mudah..

    but saya rasa Al-Quran kakak ni lagi complete kan.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh akak pernah tgk yg berjilid tu..semua pun bagus tp akak lebih suka sebuah aje..alhamdulillah.

      Delete
  4. Alhamdullilah..tercapai jua hasrat.

    Negara jiran kita, Indonesia ada byk terbitkan tafsir Al Quran yang mantap...boleh beli di sana atau pesan kepada rakan2 yang ke sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah dulu ms en hubby gi Indon, ada gak pesan2 suruh tengok tafsir Al-Quran disana tp sy ni cerewet sikit nak yg mcm tulah mcm nilah..kalu bole nk yg perfectkan..alhamdulillah akhirnya dpt gak kat sini..syukur sgt2

      Delete
  5. bagusnya kak, qema ada yang tanda tajwid je, terjemahan belum ada..harus cari & beli juga ni, baca & tau makna lagi afdal kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg benar qema, kalu kita faham makna lagi terkesan pabila kita membacanya..alhamdulillah skrg ni tak susah lagi nk cari Al-Quran macam ini..byk dipasaran

      Delete
  6. salam ita,

    apa khabar? kita ni baru nak baik dari tonsil
    yg sudah 2 minggu menyerang..harapnya tak naik balik
    tonsil ni..sakit yg amat saje kepala ni :)

    alhamdulillah dapat juga awak apa yg di idamkan
    bila kita nak buat yg baik ..insyaAllah pasti
    di permudahkan


    p/s: tunggu2 juga awak call..seganlah asyik nk
    call awak jek ..hik3

    ReplyDelete
  7. Assalamu'alaikum akak yg dikasihi^^

    Subhanallah! teringin jugak, huhu
    Insya~ALLAh, mudah-mudahan ALLAh izinkan =)

    Moga akak sekeluarga sihat dlm rahmat dan redha ALLAH SWT disana, aamiin^^
    Allah Yaftah Aleik ♥

    ReplyDelete
  8. Alhandulillah impian tercapai..
    hari tu anak saya minta ALQ terjemahan dlm bhs inggeris pula..susah nak cari akhirnya jumpa..membayangkan betapa ilmu itu susah dicari dan anak pula berhajat sangat, berusaha mencari, walaupun mahal ..

    ReplyDelete