^^Diari Nad^^

^^Diari Nad^^

Thursday, January 15, 2015

Yang Kaya Raya Atau Yang Kaya Dengan Iman?

          Assalammualaikum...


Gadis A : Aku nak lelaki yang kaya.

Gadis B : Ouh ya?

Gadis A : Kau pula?

Gadis B : Aku nak lelaki yang kaya dengan iman.


     Setiap muslimah inginkan lelaki yang beriman, soleh, taqwa kepada Allah untuk dijadikan sebahagian dalam hidup. Kesabaran dan ketenangan yang ada pada lelaki soleh cukup membuatkan setiap muslimah terpesona.

Lelaki yang kaya raya dengan harta atau lelaki yang kaya dengan iman yang menjadi pilihan ramai? Lelaki yang kaya raya yang ada gelaran Datuk, bisakah bahagia? Kecuali lelaki yang kaya ini kaya juga dengan iman. Itu tidak ada masalah. Namun, kebanyakkannya lelaki yang kaya ini hanya bahagia dengan harta.

Hidup dengan kemewahan.
Hidup dengan harta yang banyak.
Hidup dengan senang lenangnya.
Hidup...hanya kepada harta.

Jadi, hidup yang bahagia tidak semestinya yang kaya raya sahaja. Namun, ada juga yang miskin tetapi hidup bahagia. Adakah hidup ini bergantung kepada kemewahan? Kalau tidak kaya, tidaklah bahagia. Begitu?

Kebahagiaan itu datang dari Allah. Allah memberikan kebahagiaan kepada orang yang dikehendaki-Nya. Jika harta yang membuatkan kita bahagia, tidak akan juga kerana harta makin lama makin sedikit. Jadi hilanglah kebahagiaan itu.

Hanya kebahagiaan yang Allah beri akan kekal selamanya. Jadi, buat apa kita bergantung kebahagiaan itu dalam kemewahan? Tentulah, kita boleh minta apa sahaja yang kita mahu.

Bahagia tidak bererti menjadi kaya. Namun, bersama dengan lelaki yang kaya dengan iman akan membuatkan hidup menjadi lebih bahagia.

Kenapa?
Apa yang istimewanya lelaki yang kaya dengan iman ini?
Adakah dia boleh memberikan apa yang kita mahu?
Mampukah dia membahagiakan kita?

Disebabkan dia, lelaki yang kaya dengan imanlah yang membuatkan dia istimewa. Lelaki yang kaya dengan iman akan sentiasa memberikan kita kebahagiaan jika dengan izin-Nya.

Setiap saat...
Setiap masa...
Setiap hari...

Lelaki yang kaya dengan iman akan sentiasa membuatkan kita bahagia bukan sahaja di dunia tetapi juga di Akhirat. Dia akan sentiasa menemani kita dan sentiasa menasihati kita. Lelaki yang kaya dengan iman jugalah yang akan membantu kita masuk ke Syurga.

Siapa yang tak nak ke Syurga?
Syurgalah tempat dimana kita mendapat kebahagiaan yang kita impikan.
Yang kekal selamanya.

Jadi, dengan lelaki yang kaya dengan iman itulah menjadi pilihan muslimah. Siapa yang tidak mahu? Setiap orang mahukannya.

Tetapi...

Sebelum kita inginkan lelaki yang kaya dengan iman ini, kita harus kaya dengannya juga.
Sebelum kita inginkan dia menjadi sebahagian dalam hidup kita, kita juga harus menjadi muslimah yang terbaik.

Jadi, berubahlah dahulu. Mintalah cinta yang agung dahulu sebelum inginkan cinta manusia. Cinta yang satu adalah cinta kepada Allah. Itu yang paling penting.

Jangan hanya kita mahukan lelaki yang sebegitu, kita berubah. Bukan. Biarlah kita ikhlas dalam perubahan kita itu. Mengharapkan cinta daripada Allah. Bukan mengharapkan lelaki yang kaya dengan iman.

Biarlah kita mencari cinta Allah dahulu sebelum kita mencari cinta dengan manusia. InsyaAllah..Allah tetapkan jodoh kita dengan lelaki yang kaya dengan iman.

Gadis A : Eh, aku pun nak lelaki yang kaya dengan iman lah..

Gadis B : (tersenyum)

2 comments:

  1. kalau saya sih maunya kaya harta terus beriman... kemudian mati dalam keadaan miskin biar tak kena hisab heeeee....













    Obat Gagal Ginjal Tradisional

    ReplyDelete
  2. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete