^^Diari Nad^^

^^Diari Nad^^

Saturday, May 21, 2011

Al Kisah Suntikan beracun

Assalammualaikum..terimakasihlah pada yang sudi nak tahu cerita tentang suntikan beracun ni ye..ok ceritanya begini secara ringkaslah..
Budak D “Eeee mengantuknya kena bangun awal-awal pagi pergi sekolah..kalau tak pergi ke sekolah kan best! Kalau tak payah buat kerja sekolah kan best!Huu..malasnya nak buat benda susah ni..kenapa cikgu ni suka bagi soalan yang susah-susah je”
Budak  A “Kenapa nampak macam ngantuk je kau ni..macam tak ada semangat saja? Kenapa? Ni tentu tak siap kerja sekolah kan? Kan?”
Budak D hanya diam dan berkata di dalam hati “Sibuk saja budak ni, mentang-mentang dia budak pandai..Ahh..benci! benci!benci! tak suka! tak suka! tak sukaaa!”
Syaitan gemuk “He He He Ho Ho. Kau tengok budak D tu..pemalas sungguh! Padahal dia bukannya tak pandai..otaknya bagus..tapi dia langsung tak mahu guna otaknya untuk buat kerja sekolah yang diberikan oleh cikgunya.”
Syaitan kurus “Aha! Aku tahu kenapa dia jadi pemalas, kau telah suntik otaknya dengan racunkan? Betul tak ?”
Syaitan gemuk “He He Ho, memang racun ini cukup hebat berkesan untuk budak-budak yang ada fikiran negatif..apabila kena racun puaka ini, otak yang pemalas akan bertambah malas.”
Syaitan kurus  tanya lagi “ Bila masa kau tambah racun tu?”
Syaitan gemuk “Haa kau tengok si D ni..inilah antara sifat budak pemalas, buat kerja sekolah sambil berbaring dan meniarap depan tv pulak tu..ha sekejap lagi dia tertidur ler tuu!”
Budak D “Lepas B.M, kena buat Matematik pula,lepas tu kena siapkan Folio B.I pula..eee bila masa aku nak tengok tv? Kalau ada kawan-kawan yang rajin,boleh juga aku tiru saja kerja sekolah mereka..cikgu bukan tahu.”
Syaitan gemuk “Inilah masa terbaik untuk aku tambah lagi suntikan racun malas kepada  si budak D ni. Nah, lepas ni budak D akan mencari -cari berbagai alasan untuk tidak menyiapkan kerja sekolah dan membesar-besarkan lagi masalah-masalah yang remeh.”
Budak D “Ish tak semangat nak buat ulangkaji ni.Esok ada ujian pula..cuaca panas pula tu..kalau ada penyaman udara tentu best baca buku. Hmm, pembaris pun dah patah,pemadam pun sudah kenit sangat..pensel pun sudah tumpul.”
Syaitan gemuk “Eleh..ada pemadam besar, ada pensel tajam dan ada penyaman udara pun,kalau diri tu pemalas dan sering mencari-cari alasan dia tetap malas jugak.”
Syaitan kurus “Ish, kalau semua budak –budak mampu kita suntik dengan racun malas ni tentu best kan?
Syaitan gemuk”Ya, kita akan lakukannya..jom kita tengok lagi apa lagi alasan budak D nih.”
Budak D “ Periksa tak lama lagi..Hmm kalau tak dapat 5A, dapat 2A pun ok jugak..jiran aku tu dapat 1A saja..tak pe lah aku dapat lebih sikit dari dia.”
Syaitan gemuk “Tengok tu ..cita-cita budak D ni tak besar langsung, ada ke sasaran dia hanya 2A saja?”
Syaitan kurus “ Inilah ciri-ciri orang yang berjiwa kecil. Eh gemuk apa kata kita pergi rumah budak A dan kita suntik dia pula?
Syaitan gemuk  “ Tak boleh! Tak boleh!”
Syaitan kurus “Aik? Kenapa pula tak boleh?
Syaitan gemuk “ Dia sangat berdisplin.Taat pada suruhan agama.Akhlak dan adabnya pada ibu bapa dan guru-guru sungguh terpuji. Walaupun dia bukan pelajar cemerlang, tapi dia tidak pernah bermain-main apabila buat kerja sekolah..racun kita tak boleh tembus pada budak-budak yang macam ini, kau tengok budak A di rumahnya.”
Budak A “ Walaupun aku kurang pandai, tapi aku akan belajar bersungguh-sungguh..aku nak jadi pelajar terbaik di sekolah kali ini.”
Syaitan kurus “ Kalau begitu, kita tinggalkan saja budak A ni..jom kita cari mangsa yang lain.”
“SYAITAN ITU MAHU MENYESATKAN MANUSIA SEJAUH-JAUH KESESATAN.”(AN-NISA:60)
Tamat.
Alhamdulillah lepas saja saya ceritakan tentang suntikan beracun ni nak tahu apa reaksi Nyssa? Nyssa terus bangun pergi habiskan homework dia.

12 comments:

  1. sesuai untuk memberi pengajaran pada anak2 ;)

    ReplyDelete
  2. Salam..
    Teringat zaman SPM dahulu,selalu study kat masjid.. Tak sampai 10 minit dah mula baring.. Tak lama lepas tu ada la kawan tolong kejutkan dari tidur..hehe.. Nasin baik ada kawan2 yang boleh berikan penawar kepada suntikan racun tue.. :)

    ReplyDelete
  3. Anita... kakak nak suruh anak kakak baca N3 ini dan nak lihat apa reaksi dia juga. Good idea walau santai dan bersahaja...

    ReplyDelete
  4. OOO ni ceritanya ya..
    bagus untuk jadi pengajaran anak2 ni..
    Alhamdulillah anak akak tak sempat terkena suntikan beracun syaitan tu:)

    ReplyDelete
  5. Kak Kasih,

    ye kak memang untuk anak2..

    ReplyDelete
  6. ibnbakr,

    syaitan dimana-mana pun akan terus menyesatkan kita..syukur dik ada kawan yang suntik penawar

    ReplyDelete
  7. kakzakie,

    apa salahnya kita cuba kan kak..umur anak akak berapa tahun?

    ReplyDelete
  8. qema,

    akak pun ingat2 lupa gak citer ni..tp alhamdulillah npk berkesan gak ^_^

    ReplyDelete
  9. salam ita,

    masuk lambat hari ni

    bagus kongsi cite ni )

    ReplyDelete
  10. akak, nak suntikan tu juga.

    *malas bermaharajelela ni*

    hehehe :D

    ReplyDelete
  11. Ati,

    lambat pun tak pe..timakasih sbb komen

    ReplyDelete
  12. dik Izzati,

    jangan dik..nti malas tu terus bermaharajalawakang ha...akak tak tahu..hehe

    ReplyDelete