^^Diari Nad^^

^^Diari Nad^^

Tuesday, May 24, 2011

Fobia dengan bunyi motor

Assalammualaikum..

Sekadar berkongsi..

Sejak akhir-akhir ini fobia sungguh bila dengar bunyi motor..kesian Nyssa dia pun turut rasa fobia, mungkin saya selalu menasihatkan kakak-kakaknya supaya berhati-hati bila dengar bunyi motor. Macam-macam pertanyaan dari Nyssa yang saya kena jawab.

"Mama, kenapa mama, orang tu buat apa mama" tanya Nyssa.

"Orang tu jahat..dia nak simbah asid kat orang pompuan yang pakai tudung." biasalah Teli memang suka menjawab sebelum mama dia jawab.

"Mama, asid tu apa mama?" tanya Nyssa lagi.

Dan seperti biasa juga Teli akan menerangkan dan terus bercerita kepada adiknya tentang kejadian orang bermotosikal yang gila agaknya suka-suka saja simbah asid pada orang perempuan yang bertudung.

"Ha..sebab tu lah mama suruh kita jaga-jaga bila dengar bunyi motor." Teli menghabiskan ayatnya.

"Oooo."kata Nyssa memahami .

Pagi tadi, bila saya menghantar Nyssa sampai ke tadika, Nyssa terus berpesan "Mama, hati-hati tau..bila dengar bunyi motor je, cepat-cepat buka payung tutup muka tau, jangan lupa baca ayat kursyi tau"
Amboi, dia pula yang menasihati mama dia.

Jadi, dalam perjalanan pulang..bila terdengar saja bunyi motor dari belakang..cepat-cepat saya membuka payung dan bila motor dah berlalu pergi saya tersenyum keseorangan . Agaknya orang yang bermotosikal itu pun pelik tengok saya mana tidaknya pagi-pagi hari tak de hujan dan panas tetiba buka payung pulak. Nasiblah tu yang penting keselamatan diri.

*********************************************************************************
Berhati-hati ye wahai sahabat-sahabat sekalian. Jom, kita amalkan doa pendinding diri ini pagi dan petang sebanyak tiga kali. InsyaAllah, kita tidak akan ditimpa apa-apa keburukan pada hari itu.



16 comments:

  1. Assalamualaikum Ita,

    Sekarang ni macam2 perkara berlaku. Kadang2 tu tak terjangkau difikiran.

    Terima kasih berkongsi doa. Doa semoga Allah melindungi kita dari sesuatu yang tidak baik.

    Setiap malam Jumaat bacalah surah AlKahfi, InsyaAllah Allah akan melindungi kita sehingga jumaat berikutnya.

    ReplyDelete
  2. precaution
    tak pe kan

    biar nampak pelik
    janji kita selamat

    ReplyDelete
  3. sekarang ni mcm2 kejadian..takut nak keluar sorang2..mmg bahaya..pasal kes asid ni lagilah takut dibuatnya..kass pun pesan ngan mak dan adik2 kt kg..risaulah..

    ReplyDelete
  4. ayat 5 bismillah ni yer...hati2 yer semua...

    ReplyDelete
  5. Kakak yg naik kereta pun hubby siap pesan jangan buka cermin walau kakak memang tak pernah buka pun. Takut...

    Gila agaknya org tu. Dengki dgn org Islam....

    ReplyDelete
  6. mekasih tentang doa tu...
    dah berusia ni..patut amalkan surah2 lebih bnyk yee..

    ReplyDelete
  7. Kunang-kunang,

    Waalaikummussalam kak,

    kak,dolu2 tak de lak kes2 cam ni kan..
    timakasih kak..surah Alkahfi insyaAllah sy akan amalkan

    ReplyDelete
  8. miloais,

    pelik untuk selamat..i agreed

    ReplyDelete
  9. dik nurkass,

    ngeri kan..kalau dah dpt tangkap org giler tu nti barulah kita smua legakan..

    ReplyDelete
  10. Maya,

    sama2lah kita berhati2 ye..

    ReplyDelete
  11. KakZakie,

    Mmg keje giler ni..syco..entah apa yg dia dengki sgt pun tak tahulah

    ReplyDelete
  12. kak sal,

    sama2 kak..sama2 lah kita amalkan ye..

    ReplyDelete
  13. Minggu lepas masa duk kL nak selesaikan semua urusan pun rasa macam takut nak keluar. Pastu setiap kali keluar mesti bawak payung dan kipas lipat cam cina tu. Pastu pakai selendang style yang boleh tarik bawah tutup muka jadi cam purdah. Memang bahaya sekarang nak keluar kan? Nasib baik dah selamat balik Terengganu da :)

    Cik Yana perlukan VOTE korang yang baik hati :)

    ReplyDelete
  14. sekarang ni di mana2 pun perlu sentiasa berhati-hati walaupun di rumah sendiri kan kak..

    ReplyDelete
  15. thanks doa nya..
    Nauzubillah
    semoga kita semua dilindungi Allah :)

    ReplyDelete
  16. kita mmg tak berjalan kemana2 ita
    maklum rumah dalam hutan ni ha..
    kemana2 naik keta jeh...hehe

    ReplyDelete