^^Diari Nad^^

^^Diari Nad^^

Monday, May 16, 2011

Kena tinggal

Assalammualaikum..

Setiap tahun pasti sekali atau dua kali saya dan anak-anak kena tinggal! Tahun pertama kahwin dah kena tinggal..tapi masa tu saya tak kisah pun..tak pe.."Congratulation dear..good for you." Rasanya macam tu lah pertama kali saya cakap dulu bila dia dapat pergi overseas kerana "great performance" kerja.

Tahun berikutnya pun begitu juga...saya masih tak kisah pun lagi mungkin kerana masa tu saya pun masih bekerja dan sibuk selalu. Malahan saya bangga kerana dia kerja bagus dan untuk itu dia dapatlah anugerah serta peluang untuk bercuti ke luar negara..

"Wow! you dapat lagi tahun ni!" atau "Hmmm..department you terbaik, baguslah tahniah." atau "Eee bestnya kali ni dapat gi mana pulak?" itulah antara kata-kata saya dulu pada dia bila dapat tahu berita gembira itu.

Pernah juga dia minta maaf dengan saya kerana dia tak dapat membawa saya dan anak-anak ikut bersama kerana tidak mampu maklumlah kerana pihak syarikat hanya taja untuk staff saja, tidak untuk satu keluarga..Dan kerana itu jugalah saya masih tak kisah kena tinggal kerana bagi saya duit yang ada pada ketika itu bukanlah untuk bersuka-suka..jika ia pun, setakat bawa anak-anak pergi bercuti dalam negara saja sudah mencukupi.

Hari ini sudah masuk hari keempat saya dan anak-anak kena tinggal lagi..kali ini juga saya tidak kisah tapi anak-anak pula yang kisah..nak ikut kata mereka.

Bila anak-anak kisah..saya pun jadi kisah jugalah..bila saya kata boss papa yang belanja pergi luar negara..mereka akan tanya kenapa boss papa tak belanja kita semua..Eh..eh banyak pula soalan, nak tak nak kena jawap juga bagi mereka faham.

Kesian juga bila mereka saja yang kena faham kita..kita pun kena faham hati mereka..bukan apa sebenarnya mereka ini nak naik kapal terbang..tak pernah naik kapal terbang..kesian.

Jadi dek kerana kena tinggal..hubby sudah berjanji akan bawa saya dan anak-anak naik kapal terbang pada musim cuti sekolah nanti..ke mana?? Tungguuuu..

Ucapan happy birthday untuk papa mereka pada hari ini yang kini berada di India. Dan tak lupa pada cikgu-cikgi selamat hari guru..



Get More Islamic Testi Here!

12 comments:

  1. Alahai kesiannya anak-anak (eh... mama malu tu...) kalau boleh pun mama nak ikut juga tau. Tak apa auntie tunggu sayang semua pergi dgn mama/papa pergi. Ke mana? Tunggu!! kata mama awak....:)

    ReplyDelete
  2. akak sebenarnya tak suka kalau kena tinggal(hihihi) tapi best bila ada ole2 dari suami. At least dia ingat akak :)
    Kalau ke India biasanya suami akak nak cepat2 balik, sebab kat sana tak best & kotor.

    ReplyDelete
  3. lorh tak tanya airasia ke... murah kut!

    balik pakai saree nampaknya nih

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Ita,

    Memang rindu kalau kena tinggal lama2. Tapi kerja nak buat macam manakan.

    ReplyDelete
  5. kak zakie,

    hehe..kalau org nak bawak mestilah nak ikut jugak kan..cover tu

    ReplyDelete
  6. kak kasihredha,

    salah satu sebab sy malas nak ikut sbb tu lah ramai org cakap tak best/kotor..hehe
    ole-ole tu sudah semestinya..

    ReplyDelete
  7. cemomoi,

    murah pun mkn ribuan jugaklah kalu dah masuk anak2..huhu

    gaknya raya ni pakai sari kot..

    ReplyDelete
  8. kunang-kunang,

    kak, berkorban apa saje..kerja ke, gi cuti ke..
    rindu tetap rindu..huhu

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah..
    dah diajak..pergi..

    selamat bercuti..
    moga bahagia dlm percutian ..
    mesti bnyk info2 menarik di sana nanti yee

    ReplyDelete
  10. bestnye dapat bos yg macam tuuu!!!!!

    *heheh lain pulak fokus GB ni. :D

    ReplyDelete
  11. k sal,

    insyaAllah jika dizinkan Allah..dapatlah pergi

    ReplyDelete
  12. gB,

    mmg best..kalu boss dapat bagi pakej satu keluarga lagi best kan..hehe

    ReplyDelete