^^Diari Nad^^

^^Diari Nad^^

Saturday, May 7, 2011

Kerana Marah!

Assalammualaikum..

Sekadar bercerita..

Pada suatu masa dahulu, di sebuah kampung terdapat sebatang pokok besar yang dijadikan sembahan penduduk. Hari demi hari, semakin ramai datang menyembah dan mengadu hajat pada pokok itu.

Perbuatan itu sangat tidak disukai oleh seorang pemuda yang beriman. "Ini sudah mensyirikkan Allah, mengapa pokok pun nak disembahnya?"kata pemuda itu di dalam hati.

Dia berniat menebang pokok itu lantaran marah kerana Allah.

Seawal pagi selepas mengasah kapaknya sehingga tajam. "Tidak boleh jadi, pokok itu mesti ditebang. Kalau tidak semakin ramai yang syirik kepada Allah." kata pemuda itu.

Tiba-tiba di pertengahan jalan, dia ditahan oleh seorang tua "Oops! Kau tak boleh tebang pokok itu."

"Jangan halang aku.Aku hendak tebang pokok itu kerana ramai yang menyembahnya!"kata pemuda itu begitu marah.

"Engkau tidak menyembahnya.Kenapa kau hendak menebangnya?"tanya orang tua itu.

"Aku tidak peduli!" kata pemuda itu. Akhirnya mereka bergaduh dan bertumbuk.

Adoi! Dbuk! Dbek! Ouch!..Akhirnya pemuda itu berjaya menewaskan orang tua itu.

"Okey,Okey, aku mengaku kalah. Tapi begini saja wahai orang muda. Aku ada pilihan yang lebih baik." rayu orang tua itu.

"Pilihan apa pula?" tanya pemuda itu.

"Engkau jangan tebang pokok itu. Aku akan berikan engkau dua keping wang emas setiap hari. Aku jamin, setiap pagi apabila kau bangun, wang emas itu akan berada di bawah bantalmu. Percayalah!"orang tua itu menyakinkan pemuda itu dengan pilihannya.

"Wang Emas? Hmmmmm.."pemuda yang gembira dengan tawaran orang tua itu setuju lantas pulang ke rumah. Tak sabar dia menunggu malam untuk tidur. Yakin sungguh dia dengan janji orang tua.Hmm..ganjaran dua keping wang emas setiap pagi,siapa yang tak mahu?

Pagi esoknya pemuda itu bangun. "Ahhh..sudah pagi rupanya..huh, aku tahu apa hendak dibuat pagi ini!!" Dengan pantas pemuda itu menyelak bantal tidurnya dan ya, dua keping wang emas betul-betul terselit di bawah bantalnya!

"Hah, wang emas!! Yea, aku orang kaya.Aku kaya!!Ha..Ha..ha." kerana terlalu gembira pemuda itu melompat dan berlari-lari sekeliling kampung.

"Eh, macam kenal saja. Bukankah ini pemuda soleh kampung kita?" tanya salah seorang penduduk kampung kepada rakannya. "Betul tu..Tapi kenapa tiba-tiba dia berkelakuan macam orang tidak siuman?Hmm.." hari itu semua mata orang kampung memandang lagak pemuda itu dengan penuh kehairanan.

"Huh, cemburu la tu? Kalau tak pun, hendak pinjam duit aku!" pemuda itu berkata dalam hati sambil menjeling ke arah penduduk kampung yang memandangnya.

"Hi..hi..hi..Sehari dua keping wang emas. Kalau sebulan aku ada 100 keping wang emas.He..he..he..Jutawan tuu.." angan pemuda yang tak tahu mengira ni.

Pagi esok, awal-awal lagi pemuda sudah menyelak bantal busuknya..Tapi!! "Hah! Tak ada?"

"Penipu punya orang tua.Nanti engkau dengan pokok itu sekali aku tebang!! Eii, geramnya aku!!" pemuda yang marah tahap gila ini terus mencapai kapaknya.

Sekali lagi orang tua itu menahannya. "Jangan berangan nak tebang pokok itu!!"

"Hah ini pun engkau. Mati kau kali ini wahai orang tua penipu.Yeaaahhhh!!"pemuda itu menyerang.

Tapi dengan senang, serangan itu dibalasnya.Dusyumm!

"Adoi mak, sakitnya perut anakanda!!" pemuda itu terpelanting jauh. Dbum! terlentang dia di atas batu-batu kerikil..tak mampu bangun untuk melawan lagi.

"Okey,okey, aku mengaku kalah.Jangan pukul aku lagi. Sakitnya..uhuk,uhuk!!" kata pemuda itu.

"Sekali lagi kau cuba hendak tebang pokok itu, nahas engkau aku kerjakan."orang tua itu memberi amaran.

"Okey,okey, aku janji tidak akan buat lagi. Tapi..siapa kau, wahai orang tua? Aku tidak pernah nampak pun engkau sebelum ini?" tanya pemuda itu.

"Ha..ha..ha..Engkau tahu aku siapa? Akulah IBLIS!! Engkau datang pada mulanya memang benar-benar marah kerana ALLAH, sebab itu aku tidak dapat halang." terang orang tua itu.

"Tetapi rupanya engkau dapat ditipu dengan dua keping wang emas hingga engkau batalkan niat untuk menebang pokok itu. Namun, apabila kau datang bukan kerana ALLAH tapi kerana MARAH, maka dengan mudah kau ditewaskan. He..he..he..ho..ho." sambung orang tua yang sebenarnya syaitan itu dengan penuh angkuh dan gembira kerana dapat mengalahkan pemuda itu.

Jadi kesimpulan dan moral of the story ?? ada sesiapa ingin cerita..silakan..terimakasih.

19 comments:

  1. best jugak citer ni. tak penah baca lagi.

    kesimpulannya jgn la kite mudah ditipu daya oleh setan durjana itu kan?

    ReplyDelete
  2. orang tamak selalu rugi...
    macam anjing dgn bayang2...

    ingin mengucapkan..

    SELAMAT HARI IBU..MOGA SIHAT DAN BAHAGIA BERSAMA KELUARGA DAN DIRAHMATI ALLAH SELALU HENDAKNYA..AMEEN

    ReplyDelete
  3. subhanallah..
    iblis mmg selalu nak menyesatkan manusia..
    semoga kita sentiasa dilindungi olehnya..

    ReplyDelete
  4. Selamat hari ibu...

    Iblis takkan berhenti menyesatkan manusia.

    ReplyDelete
  5. suka kak cerita ni, banyak pengajarannya ^_^


    betapa dahulunya kuat agama, mata terus kabur dek harta. harta dpt membawa ke syurga juga ke neraka.

    kerana harta niat berubah. yang dahulu melakukan sesuatu kerana Allah tetapi kini tidak lagi. Hanya menginginkan kesenangan.

    Juga amarah, maraj itu api. pemadamnya air dengan berwuduk. Apabila marah, tindakan tidak waras lebih mengikut nafsu.

    p/s: Akak, bagus keje house manager ni, banyak pahala tau! selalu org pandang surirumah keje biasa2, sbnrnya tak. Uh, spjg hari mengurus rumah, setiap hari. Ustaz pun kata bagus keje suri rumah ni. dgr dkt radio tp x ingat dah. Akak lagi hebat, seorg ibu juga seorg blogger~ ^_^

    ReplyDelete
  6. perbetulkan niat kita..
    itu yang paling penting..

    ReplyDelete
  7. gB,

    tetiba akak teringat pasal citer pokok ni sbb incident pokok hari tu..hehe tak sangka lak bole jd citer ek..

    mmg betullah tu jgn senang diperdaya oleh setan tu..

    ReplyDelete
  8. k sal,

    o ada persamaan gak citer ni dgn org tamak ye..betul3
    selamat hari ibu

    ReplyDelete
  9. nurkass,

    semoga kita selalu dilindungi oleh Allah..

    ReplyDelete
  10. Kesimpulannya..
    apa-apa kerja ataupun niat hendaklah kerana Allah.

    ReplyDelete
  11. kak kasihredha,

    mmg itulah janji iblis nk menyesatkan manusia sehingga hari kiamat..

    selamat hari ibu

    ReplyDelete
  12. Syauqatul Wardah,

    dik Rabiatul..kesimpulan yg terang dan jelas..akak sukaaaa ^_^
    adik pun hebat gak..

    ReplyDelete
  13. si para-para,

    setuju benar..perbetulkan niat kita dan tetapkan iman..

    ReplyDelete
  14. dik qema,

    ya dik..apapun kita lakukan hanya kerana Allah..semoga kita ditetapkan iman..Amin

    ReplyDelete
  15. tipah tertipu rupanya... hehehe...
    bagus ceritanya... banyak pengajaran bagi insan yang mahu berfikir

    ReplyDelete
  16. suka cerita ni..

    ada pengajaran yang boleh kita fikirkan..

    terima kasih atas perkongsian.. =)

    ReplyDelete
  17. ibu hidayahamin,

    ha..kan dah tertipu..hehe
    citer ni bgus jugak utk anak2 kita

    ReplyDelete
  18. pena,

    timakasih kembali..anak sy pun suka citer ni..

    ReplyDelete
  19. kita sokmo mudah terpedaya dengan iblis

    ReplyDelete