^^Diari Nad^^

^^Diari Nad^^

Sunday, May 1, 2011

Perkara-perkara yang membatalkan solat

Assalammualaikum,
Sekadar berkongsi,
Saya tak sangka juga ramai yang memberi komen tentang n3 saya sebelum ini, terimakasih saya ucapkan, saya amat menghargainya dan saya juga ingin minta maaf kerana tak dapat membalas komen-komen tersebut pada hari yang sama. Ini kerana saya ingin mencari jawapan yang lebih jelas.
Hari ini alhamdulillah, setelah mendapatkan dari sumber yang boleh diyakini iaitu dari Ustaz Hassan Din Al Hafiz melalui youtube..maka dengan itu saya ingin kongsikan pada anak-anak saya serta sahabat sekalian tentang:-
Perkara-perkara yang membatalkan solat secara ringkas:-
1.       Berkata-kata dengan sengaja
2.       Perbuatan/gerak-geri yang melebihi 3 gerak berturut-turut
3.       Kedatangan hadas kecil dan besar
4.       Terkena najis
5.       Terbuka aurat
6.       Mengubah niat-nak keluar, berhenti solat, buat kerja-kerja lain atau ada orang datang nak berhenti atau keluar dari solat
7.       Berpaling badan daripada kiblat
8.       Makan dan minum ketika solat
9.       Ketawa
10.   Menangis terdengar suara
11.   Memanjangkan rukun yang pendek
12.   Mendahului imam dengan sengaja
13.   Terkemudian dari imam 3 rukun fedli.
14.   Murtad
Dengan ini, marilah kita sama-sama perbetulkan solat kita agar tidak termasuk di dalam perkara-perkara yang boleh membatalkan solat.
Saya kira secara tidak langsung saya telah menjawab atau membalas komen dari sahabat sekalian. Jika sahabat ingin tahu lebih terperinci silalah ke YouTube-Ustaz Hassan Din Al Hafiz.
Terimakasih

12 comments:

  1. saling ingat mengingat ...thanks :)

    ReplyDelete
  2. kak kasih,

    terimakasih kembali kak.

    ReplyDelete
  3. tq for sharing.. ramai yg tau tapi teralpa kadang2 tu & ramai gak yg tak tau:)

    ReplyDelete
  4. ingatan yang baik... kekadang lupa nak kena refresh balik

    ReplyDelete
  5. dik maya amir,
    sharing is caring..

    ReplyDelete
  6. cemomoi,

    muhasabah diri berterusan agar kita tidak alpa

    ReplyDelete
  7. moga sentiasa mengingati DIA..
    Dlm susah dan senang..
    tq ke sini tambah ilmu..

    ReplyDelete
  8. syukran akak, peringatan yang perlu diingatkan kembali...kdg2 lupa

    p/s: akak, jemput dtg tgk entri terbaru adik, ada sesuatu utk akak, hehe ^_^

    ReplyDelete
  9. k sal,

    alhamdulillah..ilmu yg baik dariNYA

    ReplyDelete
  10. Syauqatul Wardah,

    alhamdulillah..ingat-mengingati itulah suruhan,bahagialah umat menerima seruan..

    ReplyDelete
  11. terima kasih sebab berlongsi entri ni. manusia ni kalau tak diingatkan, lupa la..

    ReplyDelete
  12. gadisBunga,

    sama2 kongsi dik..terimakasih kembali

    ReplyDelete