^^Diari Nad^^

^^Diari Nad^^

Wednesday, June 22, 2011

Ar-Razzaq-Pemberi Rezeki

Assalammualaikum sahabat..moga semua sihat diberkati Allah.

Sekadar berkongsi,

Anak-anak kita jika diajak untuk keluar pergi membeli makanan di kedai atau di mana-mana saja sudah tentu suka hendak ikut. Hendak pula jika pergi ke gerai-gerai makanan, MasyaAllah rambang mata, rasanya kalau ada banyak duit semua makanan itu kita hendak beli dan makan sepuas-puasnya. Tetapi sifat tamak itu tidak patut menjadi amalan.

Saya selalu ingatkan anak-anak ada orang yang lebih susah dari kita. Rezeki yang kita dapat bukankah baik kita kongsikan pada orang lain contoh kita hantar ke rumah kawan-kawan yang susah atau jiran tetangga.

Sifat Allah yang sangat pemurah tidak pernah berhenti memberi rezeki kepada seluruh makhluk di dunia ini. Sebenarnya Allah bersifat Ar-Razzaq bererti pemberi rezeki, mengurniakan rezeki bukan hanya khusus pada makanan tapi segala perkara yang boleh membawa kepada kebaikan semuanya dinamakan rezeki.

Kita dikurniakan keluarga penyayang, rumah selesa, dapat makanan yang sedap-sedap, dapat tidur nyenyak, semua itu juga disebut rezeki. Allah kurniakan kita kepandaian, badan sihat dan otak yang cerdas itu juga dikira sebagai rezeki.

Saya selalu ingatkan diri dan anak-anak sebagai mensyukuri setiap rezeki yang Allah kurniakan pada kita, selain selalu menyebut nama Allah, mari kita sebut nama Ar-Razzaq pula. Contohnya melihat setiap hidangan makanan maka ucapkanlah, "Ya Razzaq, Ya Razzaq, Ya Razzag"berulang kali.

Tujuannya supaya kita ingat kepada Allah yang memberi rezeki itu. Apabila kita menerima hadiah dari seseorang ucapkanlah "Terima kasih Ya Razzaq, terima kasih Ya Pemberi Rezeki."

Akhir kata, mari kita amalkan bersama-sama setiap pagi sebelum melangkah kaki ke sekolah  atau ke tempat kerja atau ke mana-mana saja bacalah Ya Razzaq sepuluh kali. Mudah-mudahan apabila kita selalu menyebutnya, Ya Razzaq akan beri bermacam-macam rezeki yang berkat.

Semoga kita menjadi orang yang banyak bersyukur dengan nikmat rezeki yang Allah kurniakan.Ameen.

16 comments:

  1. thanks dear!

    bukan takat ingatkan kat anak2 jer kan... mak-ayah pun kena ingatkan juga...
    kekadang mak-ayah yg terlebih2 nak makan... hehehehehe

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas perkongsian ilmu ini...

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah.

    sharing is caring.


    Timaseh kak.

    ReplyDelete
  4. mmg anak2 ni kena kita
    tunjukkan contoh2...baru
    mereka faham :)

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah..
    melentur buluh dari rebung kan kak..
    kass jadikan tips buat masa depan..:)

    ReplyDelete
  6. betul tu... apa lagi nak ramadhan ni... lagilah rambang mata.... jadi kita sendiri mahu ingat kan?

    ReplyDelete
  7. miloais,

    thanks to you 2, that is so true
    kdg2 mak dan ayah yg terlebih mkn..hehe

    ReplyDelete
  8. Dik Maya,

    ilmu yg baik utk dikongsi bersama..terimakasih dik smua dr Allah

    ReplyDelete
  9. azrina03.07,

    reen, sama-sama dik, ingat mengingati amalan mulia kan

    ReplyDelete
  10. Ati sahabatku,

    mmg tepat, anak2 selalu nak kan cth, jd ibubapa kenalah jd cth terbaik..insyaAllah

    ReplyDelete
  11. nurkass,

    akak setuju tu kass, dr perut ibu lg kita bole memberi cth terbaik buat anak2 kita..cth bacakanlah ayat2 suci Al Quran sewaktu kita mengandung..insyaAllah anak2 terang hati
    bguslah kass sediakan byk tips utk masadepan ye..moga berjaya Ameen

    ReplyDelete
  12. ibuhidayamin,

    setuju sekali bulan ramadhan hampir tiba, bermacam juadah yg menguji nafsu mkn kita..kena kuatkan iman..

    ReplyDelete
  13. harap dpt jd amalan.. terima kasih yer atas perkongsian yg baik ini.. Alhamdulillah, dpt pengajaran yg baik di sini.. terima kasih YA RAZZAQ..

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah, moga anak2 termasuk kita bersyukur atas rezeki yang dikurniakan..

    ReplyDelete
  15. terimakasih krn memberi info..prnah baca tapi lupa dan tak diamalkan..

    moga kita murah rezki dan rezki itu dpt pula dikongsikan kpd org lain yg lebih memerlukan..itulah amal jariah kita..

    ReplyDelete
  16. terima kasih atas prkongsian ilmu....
    semoga kita semua dimurahkan rezeki...dan sntiasa bersyukur dgn pemberianNYA...

    ReplyDelete