^^Diari Nad^^

^^Diari Nad^^

Friday, June 24, 2011

Fuyoh! Panasnya Cuaca!

Assalammualaikum sahabat..

Sekadar bercerita..

"Fuyoh! Panasnya hari ini." keluh anak kedua saya Teli yang baru balik dari sekolah tengahari tadi.

Cuaca sekarang ini tak menentu kalau panas..panas sangat, kalau hujan..hujan saja..namun itu semua kekuasaan Allah.

"Ala Relax la dik, sebenarnya ada tempat yang lebih panas di atas dunia ini." kata kakaknya Tasha.

"Kat mana?" tanya Teli.

"Sebuah tempat bernama El Azizia di Libya adalah kawasan terpanas di dunia dan ia pernah merekodkan suhu terpanas sehingga 57.8 selsius pada 13 September 1922."jawab Tasha.

"Mana akak tahu? tanya Teli lagi.

"Ala kebetulan akak baca dari majalah asuh." jawab Tasha.

"Poyo je kakak ni."Teli tak berpuas hati.

"Betullah tak caye pergilah baca sendiri." Tasha menegaskan.

"Mama pun ada baca, tapi kakak tak baca habis ye ada tapi tau.." tanya saya pada Tasha.

"Eh ye ke mama, tapi apa?." Tasha musykil.

"Tapi neraka lagi panassss tau!!!" saya beritahu Tasha.

"Ye lah mama..eee takutkan mama saya tak mau masuk neraka." beritahu Tasha penuh bimbang.

"Kalau tak mau masuk neraka, kita kena apa?" tanya saya lagi.

"Kena dengar cakap mama."sampuk Teli.

"Bukan itu saja, dah solat ke belum?" tanya saya.

Tasha dan Teli masing-masing terus masuk untuk solat. Alhamdulillah.

***********************

Sesungguhnya sudah menjadi sunnatullah, bahawa apapun yang ada di dunia ini tetap dijadikan berpasangan atau berlawanan.

Kita boleh melihat sendiri, siang lawannya dengan malam, panas lawannya sejuk, tinggi lawannya rendah dan syurga lawannya neraka.

Seperti yang sudah pernah kita baca dalam al-Quran, bahawa syurga itu disediakan oleh Allah bagi orang yang beriman serta berbuat kebaikan, sedangkan neraka adalah bagi orang yang ingkar kepada Allah S.W.T.

Hal ini dapat kita buktikan melalui firman Allah dalam surah as-Sajadah ayat 19 hingga 20 yang bermaksud:

"Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, maka bagi mereka syurga tempat kediaman, sebagai pahala terhadap apa yang mereka telah kerjakan. Dan adapun orang-orang yang fasik (kafir) maka tempat mereka adalah neraka. Setiap kali mereka hendak keluar daripadanya, mereka dikembalikan lagi ke dalamnya dan dikatakan kepada mereka, "rasakanlah seksaan neraka yang dahulu kamu dustakannya."

Daripada maksud di atas telah jelas kepada kita bahawa syurga dan neraka itu benar-benar ada, syurga bagi orang yang beriman, manakala neraka bagi orang yang ingkar.

Maka justeru itulah, bagi orang mukmin baik lelaki atau perempuan wajib melepaskan diri daripada seksa yang akan ditimpakan oleh Allah S.W.T itu dengan cara taat dan patuh.

Seseorang mukmin dituntut agar memelihara diri dan keluarganya supaya jangan tersesat jalan ditempuh, maka dengan itu Allah telah berfirman dalam surah at-Tahrim ayat 6 yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka yang bahan bakarannya adalah manusia dan batu. Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar layanannya. Mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala perkara yang diperintahkan kepada mereka dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkanNya."

**********************

Moga kita semua menjadi orang-orang yang beriman. Ameen.






19 comments:

  1. Mesir pun tgh panas ni, suhu 40 degree tu biasalah tu =='

    ni pun dah dua kali demam huk3.

    Bila ingat panasnya dunia, di neraka lagi panas. Taknak rasa panas neraka, nauzubillah...

    moga kita menjadi orang yg beriman, ameen.

    ReplyDelete
  2. alahai seronoknya berdiskusi mcm tu..
    info yg bagus tu kak..semoga kita semua sentiasa diberi petunjuk olehnya..thanks kak ita..:)

    ReplyDelete
  3. sekarang mmg panas kak! menggelisah je tak kira time.

    bagusnya la anak2 macam Tasha dan Teli tu.... :D

    ReplyDelete
  4. kdang2 tak tahan dgn cuaca panas yg mmbhang...rasa malas nak keluar rumah...panas dunia pun dah tak tahan...mcm mana pulak dgn panas api neraka....

    Semoga kita semua mnjadi orang2 yg beriman......

    ReplyDelete
  5. Komunikasi anak-anak ada kala membuka mata kita juga utk lebih prihatin.

    Didik anak biar dari dia kecil Anita. Moga kita beroleh kebaikan dan keimanan yg kental.

    ReplyDelete
  6. salam,

    semalam masa nk ambik rpt card anak
    memang matahari menyuluh mcm
    sportlight... terang dan panassss

    ReplyDelete
  7. betullah..sejak akhir2 ni klu panas..panas sangat, klu hujan sejuk sikit...
    trimakasih atas ingatan..

    ReplyDelete
  8. Zati,

    kesian demam ye..moga zati lekas sembuh ye

    ReplyDelete
  9. nurkass,

    terimakasih dik..dlm diskusi tu kdg kena selitkan juga hal2 seperti ini

    ReplyDelete
  10. gB,

    panas sape bole tahan kan..
    kdg2 akak pun mgeluh juga..inikan lagi anak2

    ReplyDelete
  11. Mulut payau,

    Bahangnya saja tak tertahan kita kan..Allah jauh kan kami dari azab api neraka..ameen

    ReplyDelete
  12. kak zakie,

    InsyaAllah kak, sbenarnya dlm kita didik anak2 kita didik diri kita juga

    ReplyDelete
  13. Ati,

    panas menyuluh tu yg tak tertahan tu kan..

    ReplyDelete
  14. InsyaAllah, amin..bagus anak2 akak, senang je dgr cakap mamanya:)

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum wbt
    صَدَقَ ٱللَّهُ‌ۗٱلۡعَظِيمِ Subhanallah, benarlah kalimah Surah AsSajaddah:19-20 dan Surah AtTahrim:6. Dalam keadaan sekarang, apabila manusia semakin jauh dari AlQuran dan melalui liku2 hidup dengan amalan2 khususiah. Apa yang kita khuatir adalah apabila berlalu masa yang setelah jauh dari zaman Rasulullah saw, jantung kita semakin keras! Surah AlHadid:16وَلَا يَكُونُواْ كَٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡكِتَـٰبَ مِن قَبۡلُ فَطَالَ عَلَيۡہِمُ ٱلۡأَمَدُ فَقَسَتۡ قُلُوبُہُمۡ‌ۖ وَكَثِيرٌ۬ مِّنۡہُمۡ فَـٰسِقُونَ Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras dan banyak di antaranya orang-orang yang fasiq (derhaka).
    Lebih ditakuti apabila kita tidak mentadabbur AlQuran, kita tidak punya nilai sesuatu disisi Allah SWT. Wal`iyya auzubillah. Surah AlMaidah:68قُلۡ يَـٰٓأَهۡلَ ٱلۡكِتَـٰبِ لَسۡتُمۡ عَلَىٰ شَىۡءٍ حَتَّىٰ تُقِيمُواْ ٱلتَّوۡرَٮٰةَ وَٱلۡإِنجِيلَ وَمَآ أُنزِلَ إِلَيۡكُم مِّن رَّبِّكُمۡ‌ۗ Katakanlah: Wahai Ahli Kitab! Kamu tidak dikira mempunyai sesuatu agama sehingga kamu tegakkan ajaran Kitab-kitab Taurat dan Injil (yang membawa kamu percaya kepada Nabi Muhammad) dan apa yang diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu (iaitu Al-Quran). Wallahualam

    ReplyDelete