^^Diari Nad^^

^^Diari Nad^^

Wednesday, September 21, 2011

Rindu terubat

Assalammualaikum..bersua kembali setelah sekian lama menyepi dari berblog. Kekadang terasa bersalah pada sahabat semua kerana sudah agak lama tak berkunjung ke blog sahabat. Kita hanya merancang tuhan yang menentukan..laptop rosak punca saya tak berblog..nak beli yang baru masih tak mampu..mujurlah ada laptop pinjaman dari syarikat hubby..alhamdulillah dapatlah saya gunakan walau hanya sekali-sekala.

Sekadar berkongsi cerita..

Lihat saja pada wajah tuanya tak ubah seperti wajah arwah bapa saya..inilah bibik (makcik) iaitu satu-satunya adik kepada arwah bapa..mereka dua beradik saja. Sekian lamanya arwah pergi meninggalkan dunia ini..sekian lama itulah saya tak bersua dengan bibik..memang rasa bersalah. Syukur pada Allah dengan izinNYA dapat saya dan keluarga bertemu bibik.



Kelihatan bibik sangat kurus..kecil saja umur sudah menjangkau 72 tahun tapi alhamdulillah bibik masih sihat..kebetulan semasa saya sampai dirumah bibik..anak perempuan bibik pun baru sampai dari Kuala Lumpur..dapatlah kami beraya bersama..menghiburkan hati bibik walau seketika kerana bila semua balik tinggallah bibik dengan seorang pembantu bersama kucing-kucing kesayangan bibik. Di ajak tinggal bersama dengan anak-anaknya bibik tidak mahu..biasalah orang tua memang bahagia dirumahnya sendiri.



Terimakasih pada hubby yang bawa saya dan anak-anak ziarah bibik. Ternyata bibik gembira sangat dengan kedatangan kami sekeluarga sehingga bila kami hendak pulang bibik hantar kami sehingga ke pintu pagar. Terharu sungguh saya apatahlagi bila melihat wajah sayu bibik..teringat akan arwah bapa..hanya Allah yang tahu betapa rindu sungguh saya pada arwah.

Al-Fatihah buat arwah bapa tersayang.

13 comments:

  1. Al-Fatihah untuk awrwah ayahnya..

    P/s: Selamat kembali menulis... (^.^)

    ReplyDelete
  2. Memang patut pun anita dan fly ziarah bibik kerana kalau kita sayang pada arwah ibu-bapa yg telah pergi maka ziarahlah sahabat dan saudara yg dicintai olehnya.

    Moga roh abah tenang di sana. Al-fatihah buat abah...

    ReplyDelete
  3. al-fatihah buat arwah bapa ita

    bila pulak nak mai rumah kita

    jangan lupa pm kita resepi kek hari tu
    dan resepi krim sekali ye...dah tak
    sabar nak cuba ni :)

    ReplyDelete
  4. betul cakap kak zakie. mak saya pun buat macam tu. tok wan dah takde, adik beradiknya pun dah takde, jadi mak ziarah kawan baik tokwan. terubat rindu juga.. :)

    ReplyDelete
  5. "salam sabtu...Al-Fatihah utk arwah yg dah pergi.....Amin!...orang 2 tua sangat bahagia dan gembira kalau sesekali di ziarahi..w/pun air muka mereka nampak biasa ja..bila menziarahi sedara yg lebih tua,sepatutnya buatkn kita lebih menginsafi diri....kena ingat suatu hari kita akan berada di tmpat mereka juga..."

    ReplyDelete
  6. assalam anie..akak pun hari ni balik kekampung..ziarah jiran yang baik dengan arwah bapak dan arwah mak..sedih sangat pak cik tu dan minta acik datang lah tengok2 dia katanya.
    alfatihah buat yang telah pergi.

    ReplyDelete
  7. semoga bibik terus diberikan kesihatan yg baik...

    al fatihah utk arwah abah akak..

    salam kenal..terus follow sini...

    ReplyDelete
  8. al-fatihah buat ayahanda tercinta...

    ReplyDelete
  9. alfatihah buat bapa...semoga dipermudahkan segala urusannye dsane...

    ReplyDelete
  10. aLFATIHAH BUAT ARWAH AYAH AKAK...org tua memang seronok kalau kita jenguk mereka kan? :)

    ReplyDelete
  11. pengertian idop yang perlu kita pelajari... bila hilang kita akan rasa lebih sayang

    ReplyDelete