^^Diari Nad^^

^^Diari Nad^^

Sunday, October 16, 2011

Teringat! Happy Birthday Anakku

Assalammualaikum..syukur kerana hari ini kita masih bernafas dengan redhaNYA.

Terasa pantas masa berlalu, hari ini Tasha sudah semakin meningkat remaja..Selamat menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-13, Nur Natasha.

Teringat kembali semasa Tasha kecil, penuh keceriaan dan senyuman. Mata yang cantik , senyuman yang manis dan suara yang lunak itulah penyejuk hati Mama dan Papa dikala kita menempuh detik-detik sukar kehidupan.
Semasa kita masih tak punya rumah sendiri, semasa Mama dan Papa bertungkus-lumus mencari rezeki meninggalkan Tasha seketika supaya kita boleh mengecapi hidup di rumah sendiri.

Teringat juga Mama dikala Tasha kena tarik disebabkan demam panas yang terlampau..semasa itu Mama di tempat kerja menerima panggilan..hati ibu mana yang tidak kesal kerana tiada disisi anaknya diketika itu.


Lebih sayu lagi diketika Mama dan Papa menghantar Tasha ke hospital dan melihat tangan halusmu dicucuk jarum untuk masuk air sambil tangan halusmu yang sebelah lagi mengapai-gapai merayu dalam tangis supaya tidak diperlakukan begitu.

Maafkan Mama.

Ah! tidak dapat Mama lupakan detik itu..sayu sungguh. Namun Mama redha kerana itu semua ujian dan dugaan dari Allah SWT buat Mama dan Papa.

Alhamdulillah, Mama sentiasa bersyukur, bangga dan menikmati setiap detik menjadi ibu kepada seorang anak sepertimu.

Kini anak Mama sudah besar sebagai johan. Mama mahu anak mama yang cantik, ceria dan bijaksana ini terus meniti usia dewasa, membesar sebagai anak solehah yang bermotivasi tinggi dalam kehidupan.

Jangan lupa solat.

"Biarlah ibumu menangis kerana gembira dengan kejayaanmu dan bukannya menangis kerana sedih dengan kegagalan atau kelakuan negatifmu."

Happy birthday, sayang anak mama.


17 comments:

  1. TQ so much ma..<3<3..i'll never forget you forever!!!!!!!!never forget the memories that we been through together..i would always remember you anytime..any places..everywhere..i would NEVER SAY NEVER to fill up my dream..tq you again ma..may ALLAH bless you n family

    ReplyDelete
  2. Wahhhh...

    Sweetnya...

    Happy Birthday Tasha

    ReplyDelete
  3. terharu membacanya
    happy birthday tasha :)
    semoga menjadi anak yg sollehah

    ReplyDelete
  4. epi befday dan semoga sokmo selamat dalam menongkah arus remaja...

    ReplyDelete
  5. Dengarlah sayang besar sungguh pengorbanan mama. Jadi yg terbaik utk diri sendiri juga utk keluarga. Happy belated birthday dari auntie:)

    ReplyDelete
  6. so sweet...

    selamat hari lahir tasha

    ReplyDelete
  7. hai dik.. hepi besday .. :) nice entry.. susunan ayat yg sgt indah~

    ReplyDelete
  8. hepi belated beday tasha...

    be a gud girl k...

    ReplyDelete
  9. dah 13 dah die..dah jd anak dara:) happy bday dear..ingat pengorbanan ibu tau...

    ReplyDelete
  10. Happy birthday Nur Natasha. Semoga menjadi anak yang solehah kebanggaan mama dan papa.

    Sayu pulak hati kak ani baca N3 Ita ni.

    ReplyDelete
  11. Happy Birthday Tasha..moga jadi anak yang solehah.

    ReplyDelete
  12. happy birthday tasya..moga jd anak yg solehah yer..amin

    ReplyDelete
  13. Assalama anita..
    happy belated birthday buat tasya..
    semoga semua doa2 ibu buat tasya dimakbulkan yang esa.

    ReplyDelete
  14. sekali lagi terbaca entri ni.. best.. :)

    ReplyDelete