^^Diari Nad^^

^^Diari Nad^^

Monday, November 26, 2012

Anak dara masuk dapur

Assalammualaikum sahabat..rajin ke hari Isnin ini? Hurm, saya agak malas hari ini..tak sedap badan pulak. Namun tetap bersyukur kerana masih boleh buat kerja-kerja ringan lagi.

Sekadar bercerita,

"Mama tak sihat ye?" tanya Tasha anak sulung saya." Tak pe, hari ini mama rehat aje, biar saya dengan Teli masak." sambung Tasha.

"Ha! Teli masak ngan kakak?" tanya Teli. "Boleh ke kakak masak ni?" tanya Teli lagi sambil senyum sinis.

"Hey!mestilah bolehkan ma?" jawab Tasha. "Nape, adik ingat adik tu pandai sangat ke masak?" tanya Tasha.

"Hehe..mama dah ajar Teli masak sayurlah." jawab Teli

"Alahai, kalau setakat sayur je akak pun boleh." kata Tasha. "Cuba masak kari..hah menggelabah nanti." sambung Tasha.

"Kari mama belum ajar..hehe." kata Teli.

"Sudahlah tu, ni nak tolong mama ke nak peningkan kepala mama ni?" keluh saya.

"Ok, ok maaf ma."kata Tasha.

"Sorry ma." kata Teli.

Maka dengan ini, saya pun dapatlah rehat sebab anak dara saya berebut-rebut nak masak didapur..hai habislah berkecahlah dapur saya.

Memang menjadi kebiasaan kalau anak dara berdua saya ni masuk dapur akan berkumandanglah lagu-lagu yang dipasang diradio. Bila saya nak turun ke dapur, mereka ni cakap apa tau.

"Mama, pergi duduk kat atas, tak payah turun, jangan risau semuanya bisa diurus ye.." kata mereka.

Alhamdulillah, memang betullah mereka masak tapi nak tunggu makan punyalah lama. Mari kita lihat apa juadah yang mereka masak.

kari ayam
 
 
cendawan goreng ke fishball and fishcake goreng ini??
 
 sambal tumis ikan bilis

Ada lagi tambahan untuk minum petang katanya...wow tabik springlah kat mereka ni. "Ikut resepi mama tak sangka lak menjadi..hehe." kata Tasha.
 
 



kek marble pandan..baru keluar dari oven.
 
 
jom potong tengok..hebatlah untuk pertama kalinya buat kek..Mama kasi 95 peratus markah!
 
"Arghh..sakit lagilah badan mama, hurm esok boleh masak lagi tak?? tanya saya dengan pura-pura.
 
"Hah! apaaa?" terkejutlah pulak Tasha dan Teli
 
 "Hahahaha." 
 




16 comments:

  1. Tabik spring juga
    Nak jadikan menantu boleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..boleh tapi kena tunggu beberapa tahun lagi ek..

      Delete
  2. Kagum betul saya tengok kemahiran masak anak anak akak ni.. Mmg boleh diharap tul, lega hati mamanya.. Mesti sedap kan? Mama bpleh rehat je kalau macam ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..terimakasih
      Sedap ke..ada rasalah..okla tu..hehe

      Delete
  3. wah.. anak remaja yang unggul ni.. seronok bila ada anak-anak yang rajin tolong ibu bapanya..

    mungkin akan bertambah unggul bila puan dapat hantar puan ke kem remaja unggul!.. in sha Allah.. program yang sangat menarik untuk anak2 remaja..=)

    *salam singgah.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..terimakasih..insyaAllah unggul :)

      Delete
  4. tahniah... dah ada yg membantu, itulah yg sebaiknya dan untungnya bila anak2 dari kecil dah diajar memasak

    tak tahan nengok kek tu! Cantik je naiknya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..terimakasih
      haha sy pun tak sangka kek tu menjadi gitu..

      Delete
  5. kagum melihat kebolehan dan kerajinannya...teruskan usaha di musim cuti ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuti2 ni mmg depa ni selalu masuk dapur.. :)

      Delete
  6. Bagus anak anak akak..hihihih
    Siap ada extra lagi, buat kek utk minum petang...hihihihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang extra tu yg tak leh tahan tu..hehehe

      Delete
  7. wah bagusnya...
    untung bila anak2 dah besar diajar masak camni..
    moga cepat sihat kak:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..terimakasih dik qema..Amin

      Delete
  8. kagum...!!!! akak memang pandai mendidik anak-anak sampai mahu buat kerja rumah, dan menjadi pulak tuh. maksudnya mereka buat dengan sepenuh hati. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dik gb..terimakasih
      cuti2 ni selain aktiviti lain didapur le pulak..hehe

      Delete