^^Diari Nad^^

^^Diari Nad^^

Friday, November 30, 2012

Inna Lillahi

Assalammualaikum sahabat..moga sentiasa dilindungi Allah dari segala mara bahaya..Amin
 
Sekadar bercerita..
 
"Mama..mama ustaz accident..accident!" jerit Tasha.
 
"Ya Allah..accident..accident..sape? sape? " tanya saya separuh sedar dalam tidur.
 
"Mama..bangunlah..ustaz ni..eh untie ni call." gesa Tasha.
 
Saya lalu bangun tapi talian talipon sudah putus "Eh! untie mana nih yang call nih? Tasha sape yang call nih? Apa cerita nih!?" tanya saya lagi.
 
"Mama..cuba bawa bertenang.." kata Tasha.
 
"Tadi untie Iza call bagitau yang ustaz Azri accident."sambung Tasha lagi
 
"Inna Lillahi wainna ilaihi rajiun..kat mana dia sekarang ni?" tanya saya.
 
"Mama..nape ni..tak tau lagi lah." tangis kecil Tasha.
 
"Ya Allah..nape apa pulak? tanya saya lagi dengan hairan.
 
"Ye lah..nape mama sebut Inna nillah.." kata tasha.
 
"Ok..ok sori..sori nanti mama terangkan..apapun kita kena call untie Iza nih." kata saya.
 
Kejadian accident semalam berlaku di Bangsar..abang ipar saya (ustaz Azri) telah dibawa dengan ambulance ke Hospital Unversiti.
 
Setelah diperiksa, alhamdulillah beliau kini sudah pulih..hanya luka-luka ringan di bahagian muka, kaki dan tangan. Moga cepat sembuh.
 
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sekadar berkongsi untuk diri sendiri, anak-anak dan sahabat
 
Inna Lillahi Wainna Ilaihi Raji’un bermaksud Dari Allah kita datang, dan kepadaNya jualah kita kembali.
Bukankah kita biasa sebut kalimah ini apabila kita mendengar berita tentang kematian seseorang? Jujur saya katakan, saya sendiri pun hanya menyebut kalimah ini apabila mendengar berita kematian.
 
Jarang sekali kita mendengar orang menyebut kalimah ini apabila ditimpa musibah, ataupun mendengar tentang sesuatu musibah.
 
Nah! hari ini dan generasi yang akan datang mungkin berubah jika diberi sedikit ilmu tentangnya. Malah dinegara jiran, mereka yang beragama Islam di sana sudah pun mengamalkannya..(sesiapa yang telah menonton cerita siri "Ketika cinta bertasbih")
 
Dalam Al-quran, Allah telah berfirman dalam surah Al-Baqarah yang bermaksud :
 
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." (155-156)
 
Daripada maksud ayat ini, Allah menegaskan bahawa apabila ditimpa kesusahan (musibah), hendaklah kita menyebut Inna Lillahi Wainna Ilaihi Raji’un.
 
Bermakna, bukan sahaja apabila mendengar berita kematian, malahan apabila mendengar berita tentang kesusahan seseorang ataupun apabila diri sendiri ditimpa musibah juga, kita digalakkan menyebut kalimah ini.
 
Wallahu’alam.
 
 


9 comments:

  1. tumpang sedih..semoga ustaz cepat sembuh ye.. minta semua ahli keluarga sabar dan tabah dengan kejadian ni..

    ReplyDelete
  2. kak terima kasih atas info berguna ni, qema pun biasa sebut 'innalillah...' tu bila menerima khabar kematian..
    Moga adik ipar akak (Ustaz Azri) cepat sembuh..

    ReplyDelete
  3. Betul penggunaan bila ditimpa musibah amat sesuai. Kalau di Mekah mereka dah guna pun.

    Moga ustaz Azri cepat sembuh

    ReplyDelete
  4. Betul tu kak. Tahniah kerana menerapkan kefahaman tentang musibah, ujian, dan posisi Allah dalam hati manusia saat kita diuji, kepada anak-anak yang masih kecil dan jiwanya suci ini.

    Tahniah kepada akak, dan takziah kepada abang ipar akak. Moga segera pulih. Insya-Allah.

    ReplyDelete
  5. yes sis! my dad pun selalu gunakan kalimah ni utk kejadian2 yg berupa musibah mahupun ujian. Cuma trend org melayu hanya gunakan waktu mendengar berita kematian sahaja. apa pun, semoga ustaz segere sembuh. amin...

    ReplyDelete
  6. Smoga ustaz azri cpt sembuh.......

    ReplyDelete
  7. semoga ustaz azri cepat sembuh...

    ReplyDelete