^^Diari Nad^^

^^Diari Nad^^

Wednesday, March 16, 2011

Bila diri terasa sedih??

Bila diri terasa sedih, murung mahupun berduka tak bermakna jika insan yang kita sayang juga turut kena berduka, murung seperti kita.

Memanglah orang kata berat mata memandang berat lagi bahu memikul tapi jika kita asyik berat memikirkan apa yang kita pikul tanpa memikirkan orang disekeliling kita tak ada gunanya.

Nak pulak kita mahu orang yang memandang turut serta dengan kesedihan kita..duduk dalam kemurungan, bermenung tanpa hala tujuan..biarkan diri kita dibelenggu kedukaan yang tak tahu sampai bila penghabisannya.

Sehingga kekadang kita langsung tak boleh nak korbankan kesedihan kita itu untuk insan yang baru nak mencari kebahagiaan hidup.

Keperitan yang kita rasakan seolah-olah kita tak dapat keluar daripadanya sedangkan usia kita berjalan dan Allah telah keluarkan kita berada dalam keadaan baik.

Syukurilah apa yang dianugerahkan untuk kita hari ini..kita masih lagi hidup dan makan dan menikmati kurniaan Allah..berilah peluang pada insan yang kita sayang untuk mengecapi nikmat hidup didunia ini..usah bawa dia bersama dalam keperitan kita.

"Ya Allah aku serahkan urusan ini kepadaMU Ya Allah" orang2 yang pernah hidup dan bertawakkal.

1 comment:

  1. as sala ita,

    ada masalah ke..

    bila dah luahlan macam ni
    rasa lega sikitkan..

    kalau nak luah lagi ...boleh
    calling2 kita wokey..:)

    kita nk bagitau sikit
    kalau nak tambah ramai lagi kenalan
    ita kenalah rajin gi jalan2 blog
    org2 lain sambil2 tinggalkan komen

    nanti barulah orang akan kenal blog ita pula..

    ok..apa2 just give me a call

    ReplyDelete