^^Diari Nad^^

^^Diari Nad^^

Friday, April 22, 2011

Baik punya lentok

Assalammualaikum..selamat petang,
Sekadar bercerita,

Hari ini sebenarnya tak ada apa aktiviti pun selain dari menunggu hubby balik keje dan bersiap sedia nak balik rumah (sekarang masih di rumah emak) sambil tu relax ajelah..anakku Natasha dan Natalieya dengan aktiviti merekalah membaca ASUH, anakku Nyssa dah minta izin nak main game..sekali-sekala tak apalah bagi dia main game dalam bilik..sikecilku Neliez pun sibuklah nak join kakak dia..saya pun tak kisahlah asal dia tak nangis berebut pulak nak main.

Saya pun tinggalkan mereka sekejap untuk ke dapur masak air untuk minum petang. Tidak lama kemudian, Natasha anak sulung saya memanggil "Mama, mari sini sekejap, cuba tengok ni".


Dah terlelap sikecilku Neliez..penat sangat agaknya.

Tapi yang paling mengelikan hati saya, kakak Nyssa dia duduk relax lagi sedangkan adik dia tengah lentok baik punya kat peha dia..eeee game punya penangan! Dia dok leka sampaikan tak sedar adik dia dah tidur. Bila ditegur baru nak pandang..tengok tu..

Yang menghairankan saya tu, lama jugaklah dia tidur dengan gaya seperti ini..tak terasa sakit ke tangan dia terselepok (ntah apa bahasa lak). Jadi sempatlah saya ambilkan gambar dari beberapa sudut..hehe.

Kakak Nyssa dia pun tak mengadu lengoh kaki ke..hemm biarkan ajelah.


9 comments:

  1. comelnya dia tido.... nak tido juga la.... zzzzzzz

    ReplyDelete
  2. Touching pula tgk anak2 akak ni, mesti dia ralit duk tgk kakak main sampai terlena tu hehe

    ReplyDelete
  3. sampai tertido dia main....alalala~

    ReplyDelete
  4. Bestnya tengok muka kanak-kanak tidor, bersih dan bahagia jer

    ReplyDelete
  5. alahai sweetnye...
    comel2 belaka..

    ReplyDelete
  6. terimakasih semua..maaf lambat bersiaran

    ReplyDelete