^^Diari Nad^^

^^Diari Nad^^

Wednesday, April 20, 2011

Ketua kumpulan Nasyid

“Mama, saya geramlah” kata Nur Natasha anak sulung saya yang baru balik sekolah. “Hai, kenapa ni balik-balik tak beri salam dah geram ni?” tanya saya.
“Oh maaf mama, assalammualaikum.”Tasha minta maaf. “Waalaikummussalam, hem macam itulah, sekarang baru cerita dengan mama, geram dengan siapa?” tanya saya lagi.
“Saya geram dengan kakak kat sekolah tu, tadi saya terdengar dia cakap kat Ustaz yang saya tak boleh jadi solo untuk nasyid, padahal Ustaz dah pilih saya, memang dia dengki dengan saya.”cerita Tasha dengan nada marah.
Berfikir sejenak macam mana nak meredakan kemarahan Tasha..saya pun bertanya lagi “Cuba bawa bersabar, habis tu Ustaz cakap apa pada kakak tu?”
Tasha sambung “Ustaz kata nanti dia nak dengar semula suara kakak tu dengan suara saya, baru dia buat pilihan muktamad.”
“Jadi Tasha nak buat apa sekarang ni?”tanya saya lagi.
 “Saya nak cakap dengan kakak tu..kenapa dengki sangat dengan saya,saya tahu dia memang tak suka saya, kalau tak suka cakaplah depan-depan, jangan cakap belakang.”Tasha meluahkan perasaannya.
“Sebelum ni kakak tu baik ke dengan Tasha?”saya masih mahu Tasha meluahkan sesuatu. “Ok je lah, adalah cakap-cakap dengan dia, saya tahu dia nak jadi solo sangat tapi Ustaz dah pilih saya, mama saya takutlah nanti Ustaz pilih dia pulak.”luah Tasha.
Saya tanya lagi”Tasha pun nak sangat jadi solo ke?” “Hihi, memanglah mama ni”dengan rasa malu Tasha jawab.
“Kalau nak jadi apa yang kita hendak kenalah usaha dan jangan takut terima kekalahan..mama yakin Ustaz mahu Tasha dan kakak tu puas hati, itu sebablah dia nak dengar semula suara Tasha dan kakak tu, jika ditakdirkan Tasha jadi solo jangan pandang rendah pada kakak tu pulak dan jika ditakdirkan Tasha tak jadi solo, janganlah kecewa pulak..mungkin Tasha kena lebih berusaha lagi..nyanyi sedap-sedap lagi..hihi”panjang lebarlah pulak ceramah saya pada Tasha.
“Oklah mama tengok je lah nanti” jelas Tasha mengakhiri perbualan kami semalam.
*********
Hari ini..
“Mama..mama..mana mama ni?”suara Tasha mencari saya yang berada di dapur. Seperti sudah mengetahui apa yang hendak diceritakan oleh Tasha, saya terus mengagak “Hah..Tasha dapat jadi solo ye.”
“Eee mama ni macam mana mama tahu ?” tanya Tasha  “Firasat seorang mama..hehe”ketawa saya. Nasiblah betul kalau tak?? Eee tak payah sambung lagilah ye..habis cerita.
***************
Untuk renungan Tasha dan semua.
Mengamalkan Sifat Terpuji
Sudah menjadi adat permainan pasti ada yang menang dan kalah. Oleh itu, bermain akan mengajar kita belajar menerima sesuatu keadaan atau perkara yang berlaku. Jika ditakdirkan kita tidak menang, janganlah kecewa dan berputus asa. Terimalah dengan rasa redha dan dada yang lapang. Belajarlah dari kekalahan itu. Baiki segala kelemahan diri dan berusahalah untuk mencapai kemenangan pada masa akan datang.

10 comments:

  1. nampak simple tapi unk mendidik anak agar menerima kekalahan agak sukar kan...kena sabar dan terus sabar dlm mendidik anak, agar menjadi insan yg mulia akhlaknya :)

    ReplyDelete
  2. terima teguran & kekalahan dgn hati terbuka...mungkin ada salah dan silap pd diri...thanks ucapan hari lahir itu...

    ReplyDelete
  3. Satu nasihat yang baik dan adil.

    ReplyDelete
  4. Kak Kasih,

    terimakasih atas nasihat..

    ReplyDelete
  5. Maya,

    betul tu Maya,akak setuju betul..kena bertolak ansur..sama2

    ReplyDelete
  6. Kunang-Kunang,

    terimakasih kak..takut jugak saya tak berlaku adil..

    ReplyDelete
  7. Dapat belajar sesuatu hari ni. InsyaAllah untuk anak-anak.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  8. azrina,

    kekadang pengalaman mengajar kita..terimakasih kembali

    ReplyDelete
  9. mungkin kita psiko anak skit supaya dia rasa
    kuat dan dihargai..

    klu anak2 dah masuk brtanding pun dah okey sgt..ibu2 dh boleh bgi penghargaan..

    kalah menang bab lain..bukan urusan kita..
    lgipun menang dan kalah adat perjuangan..
    mungkin kean cakap camtu pd anak2, baru dia rasa kuat sikit..

    ReplyDelete
  10. k sal,

    terimakasih atas tips tu..kena psiko sy suka

    ReplyDelete