^^Diari Nad^^

^^Diari Nad^^

Thursday, April 28, 2011

Niat hendak berhenti solat

Assalammualaikum,

Sekadar bercerita,

Semalam anak kedua saya Natalieya ada kem solat di sekolahnya. Petang baru habis..seperti biasa saya akan bertanya anak-anak saya apa yang mereka pelajari di sekolah. Ada satu cerita yang membuatkan saya ketawa, geli pun ada.

Cerita Teli (nama panggilan Natalieya) " Mama nak tahu tak, masa tu saya tengah sembahyang jemaah kat dalam dewan sekolah, tiba-tiba ada seekor lipan ma, merayap je macam nak datang kat saya. Saya dah bercakap lah dalam hati, kalaulah lipan tu datang dekat, saya mesti lari".

"Habis tu Teli lari ke?"tanya saya. "Eh tak lah, nasib baiklah lipan tu pergi tempat lain..hehe."jawab Teli. "Jadi, Teli teruskan solat ke?"tanya saya lagi. "Ye lah." jawab Teli ringkas.

Ketawa dan geli hatilah saya dengan cerita Teli tu tapi ada satu persoalan yang terdetik untuk saya kongsikan bersama Teli dan sahabat sekalian.

Adakah Teli dikira sudah berniat keluar dari solat? Bagaimana dengan solat Teli itu?

Hem..solat Teli sudah terbatal kerana ada niat yang sebegitu. Ini kerana dalam solat kita perlu memberikan komitmen serta tumpuan yang sepenuhnya dan tidak boleh kita berniat atau qasadkan kepada perkara-perkara lain.

"Habis tu macam mana ni mama? lainkali saya terus berhenti dan cari tempat lain ye mama?"

Saya dah pun menjawab persoalan Teli.. jika sahabat ingin jawab, sudilah komen dan beri pandangan. Saya amat menghargainya. Terimakasih.

13 comments:

  1. salam..
    mmg betul tu kak..
    sbb kita syik fikir pasal benda tu dah tak khusyuk solat..

    ReplyDelete
  2. Pandanagn kakak pula kurang tepat. Sebenarnya selagi ia masih meneruskan solat ia dikira tidak batal. Namun kekhusyukan itu memang jelas telah tiada.

    Sama juga ketika kita bersolat, teringat ada menjerang air. Lintasan ingatan tidak membatalkan solat tetapi kekhusyukan telah tiada.

    Wallahualam...

    ReplyDelete
  3. memang dah tak khusyuk tu...tapi bagi anak seusia itu rasanya proses belajar itu lagi penting kan.
    At least sekarang Teli dah tau dan dah belajar dari pengalaman hihi :)
    Manis unk dikenang :)

    ReplyDelete
  4. kekusyukkan solat tu tiada..
    kalau kita pun ternampak lipan memang tak kusyuk solat huhu

    ReplyDelete
  5. salam my new fren!

    terganggu konsentrasi Teli...
    [sedap nama anak uols ni...]

    tak pe -- dia masih lagi dalam proses pembelajaran...
    lama2 nanti - dia akan faham

    ReplyDelete
  6. ohh teringat cerita 4 orang rakan sembahyang nampak tikus,yg sorang tu ckp "ehh dlm solat jgn cakapla" tp dia pn cakap..hehe

    ReplyDelete
  7. bagi anis, tak batal.

    Syarat batal solat, berhadas kecil dan besar. kentut. Kan?

    ReplyDelete
  8. salam ceria akak,

    tidaklah mQ di sini utk menerang ttg hukum,
    mungkn yg lebih faqih dipersilakan,
    cuma bersyukur dgn kesihtan puteri akak,
    Allah slmtkn,

    Alhmdulillah. (",)

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum...akak ^_^
    oo..akak seorg ibu ye
    ala comel Teli! ^_^
    akak, sy suka bdk2!
    suka tgk bdk2 kecik belajar
    Teli umur brp thn ye

    ReplyDelete
  10. dia dan kita semua dah blajo sesuatu yang baru atau mungkin lupo

    ReplyDelete
  11. Syauqatul Wardah,

    terimakasih dik, Teli dah berumur 10 tahun..kalu tak solat dah bole kena rotan..hehe

    ReplyDelete
  12. Sayabaik,

    Dik..nak tahu lebih lanjut syarat batal solat..tunggu next n3 ye

    ReplyDelete
  13. Assalamu'alaikum.

    Saya kurang fhm sikit. Memang batal sebab dah berniat nak tinggalkan solat,tapi waktu tu Teli berniat begini : KALAUlah lipan tu DATANG DEKAT, saya mesti lari.

    [Maaf,saya besarkan huruf]

    Jadi,bukankah niat tu tak membatalkan solat. Bukankah akan batal sekiranya perkara yang terjadi itu menepati niat (iaitu memastikan lipan datang dekat baru berhenti solat)?

    Tapi,camana pulak definisi bagi "datang dekat" yang Teli niatkan tu?Adakah kehadiran lipan waktu kali pertama Teli pandang itu sudah dianggap "dekat" bagi Teli?Aiyak..pening pulak saya. hehe.

    ReplyDelete