^^Diari Nad^^

^^Diari Nad^^

Thursday, April 14, 2011

Tidur kaki berlunjur ke arah kiblat.

Assalammualaikum..

Sekadar berkongsi..

Semalam dirumah mak ramai yang datang..kakak dan anak-anaknya datang untuk bermalam dirumah mak kerana suami tiada dirumah pergi outstation. Saya memang tinggal dirumah mak kerana anak-anak bersekolah disini..hujung minggu je baru balik rumah sendiri.

Bila dah ramai..kecohlah rumah mak dibuatnya..anak-anak pulak sukalah bermain-main dengan sepupu mereka, sampai nak tidur pun nak beramai-ramai tidur di ruang tamu walaupun ada bilik yang disediakan oleh emak.

Bila dah ramai..tidur pun tiada susunannye..bersepah ikut suka..emak ada menegur "cucu-cucu uwan..tidurlah elok-elok kaki tu jangan lunjur arah kiblat".

Jadi pada malam itu..banyaklah persoalan dari cucu-cucu emak saya.

Persoalannya sekarang bolehkah kita tidur dalam keadaan kaki berlunjur ke arah kiblat??

Seboleh-bolehnya elakkan tidur dalam keadaan kaki berlunjur ke arah kiblat. Sebagai seorang muslim, kita perlu menjaga tertib dan akhlak sehingga pada waktu tidur sekalipun.

Perlu diketahui bahawa tidur yang terbaik ialah sebagaimana tidur Rasulullah SAW iaitu tidur dalam keadaan baring di atas rusuk kanan, wajah menghadap kiblat serta berlapikkan tangan.

Hem itulah jawapan secara ringkas, jika sahabat-sahabat kalian ada penambahan dengan persoalan ini silalah beri pendapat dan pandangan masing-masing. Manalah tahu jika penerangan di atas masih kurang. Terimakasih.

14 comments:

  1. itulah indahnya islam. nak tidur pun ada cara, baru la akhlak terpelihara.

    ReplyDelete
  2. kalau rumah MIL
    bila semua dah balik..
    tido pun bersepah2 tapi
    tetap elak ke arah kiblat lah

    ReplyDelete
  3. ooooo begitu kee..

    kak sal tak pun kurng pengetahuan ttg tatacara tidur ni..

    ReplyDelete
  4. nak tambah sikit. Nabi pesan agar kita tidur, ada ruang daripada dinding atau tiang. Itu sahaja, dan tiada tolakan. Setuju dengan akak~ dan terima kasih atas perkongsian :)

    ReplyDelete
  5. jantung kita berada dibelah kiri, sebab tu elok tidur mengiring dirusuk kanan...indahkan islam itu :)

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah... insaallah akan selalu dipraktikan tidur seperti Rasulullah... baik info dari kamu.. terima kasih kerana perkongsian ini...

    ReplyDelete
  7. gadisBunga,

    akhlak terpelihara..cantik!

    ReplyDelete
  8. Ati sahabatku,

    alhamdulillah..tetapkan amalan yang baik2.

    ReplyDelete
  9. k sal,

    moga n3 sy dapat tambah pengetahuan bersama..

    ReplyDelete
  10. adik iqbal,

    syukran..terimakasih byk2 atas info tambahan yg menjadikan ianya lebih cantik..alhamdulillah akan akak praktikan ia insyaAllah..setuju juga iqbal

    ReplyDelete
  11. ibuhidayahamin,

    amalan Rasullah SAW patut dicontohi..terimakasih ibu kerana ingin berkongsi

    ReplyDelete
  12. Kak kasihredha,

    setuju sgt dgn kak..ada sebabnye mengapa islam itu indah.

    ReplyDelete
  13. Assalammualaikum kak.. Maaf kiranya mecelah d sini.. Mungkin apa yg nk disampaikan skadr ilmu yg boleh dkongsi brsama.. Semasa tido kita xkan sedar adakah masih diposisi yg sama.. Bagun2 tgk dh bertentangan arah, bontot pula ke arah kiblat.. Sy pn masih mcari jwpan kemusykilan ini.. Cuba serch kt google taip'salah faham tentang adab tidur' dlm blog akukertasputih mugkin sdkit sbyk memberikan kita ilmu yg berdasarkan hujah hadis dan nas yg dikumpulkan.. Nk terangkan kt cni agak terhad.. Semoga kita sama2 sentiasa mendapat petunjuk dariNya :-) amin

    ReplyDelete
  14. Boleh dilunjur kaki arah qiblat, automatik wajah arah qiblat. Atau tidur sisi lambung kanan, wajah arah ke qiblat. Rujuk page ini utk hadith http://ad-dai.blogspot.com/2011/07/tidur-di-masjid-dan-kaki-kearah-kiblat.html

    ReplyDelete