^^Diari Nad^^

^^Diari Nad^^

Friday, October 19, 2012

Wanita Syurgawi

Assalammualaikum sahabat..sejuknya pagi Jumaat ini, syukur alhamdulillah. Moga hati kita pun sejuk je pagi ni. Jom hayati kisah ini.

Sekadar perkongsian.

Raut wajahnya setenang air di kali walaupun dihimpit kesusahan hidup. Beliaulah bunga di hati, ayahnya, Rasulullah SAW. Sejak kecil hingga dewasa, beliau adalah penghibur baginda SAW setelah ibunya Khadijah binti Khuwalid meninggal dunia.

Fatimah Thahirah adalah gelarannya. Beliau adalah wanita penghulu syurga yang melahirkan cucu-cucu kecintaan Rasulullah SAW iaitu Hasan dan Husin. Walaupun dilahirkan sebagai anak kekasih Allah, Fatimah menjalani hidup yang sederhana malah lebih susah daripada orang lain. Dia dan suaminya Ali r.a, hanya tidur di atas kulit kambing yang juga dijadikan alas unta pengangkat air. Fatimah juga membuat sendiri kerja-kerja rumahnya seperti menggiling tepung dan mengangkat air dari perigi ke rumahnya sehingga tangan dan tubuhnya berbekas.

Suatu ketika, Rasulullah SAW bertandang ke rumah Fatimah dan Ali. Baginda SAW terpandang selimut yang jika menutup kepala mereka akan ternampaklah kaki, dan apabila ditutup kaki mereka akan ternampaklah kepala. Rasulullah SAW lalu mengajarkan mereka berdua sesuatu yang lebih baik daripada kesenangan dunia. Sabda baginda SAW, "Ada beberapa kalimat yang diajarkan Jibril kepadaku. Iaitu kamu bertasbih (Subhanallah) setiap kali selesai solat sebanyak sepuluh kali, bertahmid (Alhamdulillah) sepuluh kali dan bertakbir (Allahuakbar) sepuluh kali. Dan jika kamu ingin tidur, maka bertasbihlah 33 kali, bertahmid 33 kali dan bertakbir 34 kali"

Fatimah mendidik anak-anaknya agar mencontohi peribadi datuk mereka, Rasulullah SAW . Setiap kali menimang anaknya dia berkata "Anakku serupa dengan Rasulullah tidak serupa Ali" Kata-katanya itu adalah supaya anak-anaknya lebih mencontohi Rasulullah SAW. Di kalangan anak-anak baginda rasul, hanya Fatimah yang meriwayatkan hadis baginda SAW iaitu sebanyak 18 buah hadis.

Rasulullah SAW pernah bersabda , "Fatimah adalah sebahagian diriku. Aku merasa susah apabila dia bersedih dan aku berasa terganggu jika dia diganggu." Setelah kewafatan baginda SAW, Fatimah adalah waris pertama yang menyusul pemergian Rasulullah SAW ke alam baqa." Dan dialah yang akan mendahului wanita-wanita solehah lain memasuki syurga Allah SWT kelak.

Inilah secubit kisah wanita penghulu syurga yang wajar kita teladani. Walaupun hidup kekurangan, Fatimah sentiasa sabar dan yakin bahawa kesenangan yang kekal hanyalah di akhirat.

Moga dapat manfaat.

Sumber dari ASUH





18 comments:

  1. tq for sharing.. harap2 kite sume lebih istiqomah utk menjadi wanita syurgawi..amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. maya,
      sama-sama kita istiqomah ye..amin

      Delete
  2. Wanita syura.. mereka hidup simple aje.. terima kasih cerita ni akak. boleh amalkan kalimah ini selepas solat dan sebelum tidur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PMDP,
      sama-sama kita amalkan ye dik..insyaAllah

      Delete
  3. Terima kasih kak, banyak pengajaran bila kita baca kisah2 camni:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. qema,
      byk pgajaran dn bolelah kita manfaat dlm kehidupan kita kan..

      Delete
  4. tq share this, salam kenal & tq follow ye, KA dah follow u back juga 114

    ReplyDelete
  5. banyak pengajaran daripada kisah fatimah...klu dapat diaplikasikan dlm kehidupan, alhamdulillah,mungkin kita akan jadi wanita yang penyabar dan tabah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak sal,
      insyaAllah bukan suatu yg mustahil kan..mari kita gandakan usaha amalan baik kita..moga kita mjadi salah seorg spertinya..Amin

      Delete
  6. semoga kita mampu jadi semulia Fatimah...

    ReplyDelete
  7. Ya Allah, saya ingin jadi seperti Fatimah...tapi mana mungkinkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg kita tak bole jadi Fatimah tetapi kita bole mendidik diri kita supaya mcontohi peribadi beliau..insyaAllah yakin pada janji Allah akan ganjaran orang2 yang bertaqwa..:)

      Delete
  8. Terima kasih kerana berkongsi entri ni dan terima kasih juga atas kunjungan di blog. Salam perkenalan.

    ReplyDelete