^^Diari Nad^^

^^Diari Nad^^

Friday, November 9, 2012

Kerana Kita Leka


Assalammualaikum sahabat..semoga semua yang disayangi dalam keadaan sihat walafiat dengan rahmat dan limpahan kasih sayang dari Yang Maha Esa.

 
Jom kita muhasabah diri..

Mungkin kerana kita leka

Apabila pena terlepas dari genggaman

Ucapan "ooops mendahului "Allah"

Bila perut yang lapar diisi

"Ha..kenyang!" mengatasi Alhamdulillah"

 

Bila diri terpegun dengan keindahan dunia

"Subhanallah" tertutup oleh "cantiknya"

Ada masanya berita kematian datang mengunjung

"Kasihan ya.."terucap juga

Kerana kita lupa pada

"Inna Lillahi wa inna illahi roji'un"

 

Namun teman

Walau kita lupa, sengaja atau suka-suka

Berhati-hati agar..

Bilamana izrail tiba membawa berita

Ucapkanlah "Lailahaillallah"

Kau tetap menjadi juara

Mengatasi segala kata-kata

 

8 comments:

  1. Betulll...selalu leka.
    Thanks ingatannya:)

    ReplyDelete
  2. Syukur dengan nasihat ini moga kita beringat.
    Biarlah kalimah akhir sebelum nyawa ditarik dgn kalimah Allah hendaknya.

    ReplyDelete
  3. Nasihat yang bagus..TQ..

    Zaman sekarang, ucapan Ya Allah pun dah ramai yg ganti dgn OMG.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah sedihkah doc...moga tidak pada anak2 kita

      Delete
  4. Replies
    1. sama-sama kasih..alhamdulillah dpt berkongsi :)

      Delete