^^Diari Nad^^

^^Diari Nad^^

Wednesday, November 21, 2012

Layan ajelah..

Assalammualaikum sahabat..moga ceria di pagi Rabu ini..

"Jom gi Segamat" kata hubby

"Ha buat apa??" tanya saya

"Gi makan durian." jawab hubby

Haha..so layan ajelah gambar-gambar ini sewaktu kami dirumah Mak Lang salah seorang makcik kepada jiran kami yang tinggal di Segamat yang mempunyai dusun durian.

 
Sampai saja dirumah Mak Lang kami dah dihidang dengan durian..apalagi..

 
Nyssa memang suka makan durian..dialah orang yang paling gembira hari itu sebab dapat makan durian.

 
Adik Neliez cakap aje banyak tapi tak makan pun..dok menyelit sebelah papa dia.

 
 
"Banyak lagi tu, makan puas-puas" kata Pak Lang
 
 
Mak Lang nak mengait (betul ke perkataan ni) rambutan pula.
 
 
 

Sempatlah berposing kat laman rumah Mak Lang yang luas tu. Ini saya dengan Tasha.

Yang ini pula dengan Teli dan Neliez. Nyssa tengah dok makan durian tak habis-habis lagi.
 Inilah rombongan jiran tetangga saya. Lima buah keluarga yang turut serta ke kampung ini.

 
Selepas hidangan durian, makan tengahari, minum petang..sebelum balik pun dihidang lagi durian..dah lah tu masing-masing disuruh ambil durian bawa balik rumah masing-masing. Ya Allah..terimakasihlah dengan Pak lang dan Mak Lang dan terimakasihlah pada jiran yang mengajak kami ke Segamat. 

 
 

16 comments:

  1. Ini baru betul-betul kenduri durian. Makan terus-terusan sampai balik pun bukan perut penuh durian, kereta pun penuh durian:)

    ReplyDelete
  2. Durian segamat mmg glamour..Siap ada replika durian kat tengah bandar tu kan..hihihih..dulu kecik2 saya tinggal kat segamat..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. doc pernah tinggal di segamat..mesti dah puas mkn durian :)

      Delete
  3. Sana sini durian...durian oh durian

    ReplyDelete
    Replies
    1. skrg kalu nak beli durian masih mahal lg..hubby kata kena tunggu hujung2 musim baru murah..alhmadulillah dpt mkn free pulak!

      Delete
  4. segamat kat mana tu? sebab MIL pun dok segamat..segamat mmg bandar durian..ade replika tgh2 jalan tu..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak pn tak ingat nama kampung tu tp mmg dekat sgt dengan replika tu..hehe

      Delete
  5. AMBOI,SYOKNYA MAKAN DURIAN FREEE..ERKKKK,SENDAWA CONFEM BAU DURIAN KAN..HAHAHA

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah bui..dlm kereta confem bau kuat kan..hehe

      Delete
  6. Durian di mana-mana. Anita dengan anak dara, macam adik beradik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..AA ni buat sy perasan mcm anak dara..hehe

      Delete
  7. Amboi meriahnya rombongan makan durian ni...
    bw balik durian lg tu...
    kalau saya, makan sikit2 xpe.. mkn lebih sikit mula la mcm2.. hehe, rugi, kata akak saya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg meriah..alhamdulillah
      mmg x leh mkn lebih2 takut panas..kena minum air byk..hurm baru tak rugi..hehe

      Delete
  8. wah betul2 meriah ni makan durian ramai2 gini..:)

    ReplyDelete
  9. seronok dapat makan durian ramai2 macam ni...
    suka tengok anita ngan anak2..mcm adik beradik jer..awet muda gitu...

    ReplyDelete