^^Diari Nad^^

^^Diari Nad^^

Tuesday, February 26, 2013

Anak perempuan

Assalammualaikum sahabat..moga tabah hadapi setiap ujian dari Allah.

Pernah saya ditanya bagaimana mendidik anak perempuan. Maklumlah keempat-empat anak saya adalah perempuan. Alhamdulillah.

Saya pernah terbaca satu artikel dan sedikit sebanyak saya ambil serta aplikasikan pada kehidupan dalam mendidik anak-anak perempuan saya. InsyaAllah..mungkin penambah pengetahuan pada yang bertanya dan bakal-bakal ayah dan ibu. Moga bermanfaat.
 
Didik anak perempuan..

Perlu banyak meraikan...raikan mereka dengan kata-kata, belaian dan pemberian. Hargai pandangan, kegembiraan, kesedihan, kejayaan dan kegagalannya. Selalu ucapkan tahniah, takziah, pujian dan pujukan. Berilah hadiah pada ketika yang sesuai.
Perempuan makhluk perasaan umumnya berbanding lelaki makhluk akal. Pendekatan  meraikan lebih berkesan bila berdepan dengan perasaan. Pendekatan ini lebih menyentuh dan berkesan.
 
Anak perempuan kita bakal seorang isteri. Jadi bayangkan bagaimana sifat seorang isteri sejati. Itulah "end in mind" yang perlu sewaktu mendidik anak perempuan. Pastinya isteri sejati memiliki ketaatan. Lalu didiklah anak perempuan kita dengan ketaatan. Latih agar dia patuh pada perintah yang baik. 
Apa lagi? Malu? Ya, didik supaya dia mengekalkan rasa malu pada tempat dan ketikanya. Latih dia sentiasa menjaga aurat, tidak meninggikan suara dan tidak lasak pada gerak fizikalnya. Ajar erti maruah dan harga diri.
 
Kecantikan? Pasti tak lupakan. Latih supaya dia menjaga kecantikan, tingkah laku, wajah, pakaian, tempat tinggal, bilik dan lain-lain. Biar dia pandai menjaga kekemasan, kecantikan dan keindahan. Biar dia peka dengan nilai -nilai estetika.
 
Anak perempuan mesti dibiasakan suka berada di rumah. Bukan bermakna dia tidak boleh keluar, tapi biasakan dia suka di rumah. Rumah adalah gelanggang wanita. Ruang itu kecil tapi besar peranannya. Ketika suami keluar, isterilah pemimpin anak-anak dan pelindung hartanya.
 
Tidak dinafikan sekarang ini perempuan dah luas gelanggangnya. Namun yang luas hanya gelanggangnya, tapi kecil peranannya. Sedangkan di rumah walaupun kecil gelanggangnya, tapi amat besar peranannya. Pernah dengar madah, tangan yang mengayun buaian boleh menggoncang dunia?
 
Bayangkan juga anak perempuan kita bakal ibu..Apa yang paling kita hargai daripada seorang ibu? Tentulah pengorbanan serta kasih sayangnya. Jadi didiklah agar anak perempuan kita bersifat pengasih. Pengasih dengan adiknya, abang, kakak, binatang peliharaan dan sebagainya. Sebab itu anak perempuan digalakkan bermain dengan anak patung. Ini menyuburkan rasa kasih sayang kepada bayi. 
 
Seorang ibu perlu sabar, sabar menanggung perit kehamilan, sakit melahirkan, menjaga sakit-demam, ragam dan karenah anak. Tanamkan sifat sabar anak perempuan dalam menanggung kesakitan, keletihan, kekecewaan dan sebagainya.
 
"Bila berdepan dengan anak perempuan, bayangkan kita berdepan dengan bakal isteri. Adakah menantu lelaki kita nanti akan mendapat isteri yang solehah? Bayangkan kita berdepan dengan bakal ibu, adakah cucu kita kelak bakal mendapat ibu yang mithali?"
 
 Anak-anak perempuan, makhluk perasaan yang sememangnya perlu dibelai dan dibaja sifat-sifat kewanitaan agar tidak tandus dimamah arus kemodenan.
 
Wallahua'lam.















 

11 comments:

  1. anak2 perempuan hurrmmmmmm...

    ReplyDelete
  2. Saya pula, bakal dapat anak lelaki ketiga bulan 7 ni ! ketiga tiganya, boy! ekekekek

    ReplyDelete
  3. Anak saya pun 4 org perempuan..
    Alhamdulilah...saya terima segala yg Allah berikan...syukur semuanya sihat..

    ReplyDelete
  4. syukur akak dikurniakan 4 anak perempuan ye.. saya ada 4 kakak, mmg rasa seronok sgt bila besar ni, mmg banyak yang dapat dibuat bersama-sama..
    betul kata akak, dengan didikan yang sesuai aanak2 perempuan akan jadi anak yang solehah..

    ReplyDelete
  5. salam...
    apa khabar?
    sihat x?
    hrp semuanya sihat dan bahagia selalu..

    ReplyDelete
  6. betul ye kak..buka senang nk mendidik anak2 ni.kena banyak sabar and yg penting sentiasa dekat dgn mereka..thnx ye for sharing this info.esp tu me yg ada anak yg masih kecil dan banyak yg perlu saya belajar..

    ReplyDelete
  7. Salam
    Lamanya akak x kesini
    Apa khabar sayang?

    ReplyDelete
  8. Anak-anak kakak pun perempuan semuanya Ita. Kakak rasa ada betulnya anak-anak perempuan kena didik dgn kelembutan. Ucapan dan hadiah memang mereka suka bila tiba masa yg sesuai..

    ReplyDelete