^^Diari Nad^^

^^Diari Nad^^

Wednesday, January 14, 2015

Aku Budak PT3 (2015)

          Assalammualaikum...


Tahun ini tahun yang paling bermakna buat aku. Tahun ini juga tahun yang paling menakutkan bagiku. Aku tahu tahun ini adalah tahun peperiksaan yang besar buat aku. Adakah aku dah bersedia?

Kadang-kadang, aku rasa yang aku ni dah bersedia. Kononnya boleh kot aku jawab soalan-soalan tu nanti. Tapi kadang-kadang, aku rasa diri aku ni belum lagi bersedia. Masih banyak yang perlu aku lakukan sesuatu untuk aku buat persiapan untuk PT3.

Tahun lepas, PT3 teruk sekali. Aku jadi gerun. Aku harap tahun ni aku dapat buktikan bahawa PT3 senang sahaja. Apa yang aku perlu buat adalah banyakkan latihan dan banyak membaca. Aku sedang cuba dari sekarang. InsyaAllah, berkat usaha aku dapat hasil yang baik. Azam aku juga ingin membanggakan mama dan papa dalam pelajaran aku. Aku harap aku dapat A dalam PT3.

Aku budak PT3 dan aku sedang berusaha untuk menjadi pelajar yang cemerlang. Aku sentiasa doa dan berusaha untuk menghadapi PT3. Tahun ini adalah tahun yang paling besar buat aku. Hanya dalam PT3, aku dapat buktikan pada mama dan papa yang sebernanya aku budak pandai.

Kepada budak PT3, aku harap korang semua dah buat persiapan awal untuk peperiksaan besar ni. Aku harap kita semua sama-sama buktikan yang PT3 adalah senang. Semoga kita semua bukan setakat lulus tapi kita semua dapat A dalam setiap mata pelajaran.

Banyakkan buat solat hajat dan sentiasa ingat Allah. Semoga Allah permudahkan urusan kita untuk menjawab soalan PT3. Apa yang penting, kita semua berusaha dan berdoa.

Semoga berjaya ya!
Assalammualaikum...

1 comment: