^^Diari Nad^^

^^Diari Nad^^

Tuesday, October 30, 2012

Cinta Akhirat Dapat Dunia


Assalammualaikum sahabat..moga sentiasa ceria dan bersyukur dengan apa yang kita miliki hari ini..saya pasti Aidiladha telah disambut dengan penuh rasa kesyukuran dan keinsafan. Maaf sahabat kerana baru hari ini dapat bersiaran dengan izinNYA.

 Sekadar bercerita,

“Mama, kenapa ada orang tak solat tapi bila periksa dia lulus je?” antara soalan yang ditanya oleh Nyssa pada hari ini.

 “Hurm..memang benar kadang-kadang ada orang yang tak solat boleh berjaya kan..kenapa ye? Nyssa kena ingat , mereka ini mungkin berjaya di dunia sahaja tetapi di akhirat nanti bagaimana? Berjaya tak? Pasti tidak sebab dia tak solat , sedangkan solat itu wajib. Dan ingat kita nak berjaya didunia dan juga diakhirat kan..betul tak?” tanya saya.

 “Betul..betul..betul!” jawab Nyssa.

 "Siapa yang tak solat tu?" saja je saya nak tahu.

 "Kawan sayalah tapi dia orang cina, hihihi." Nyssa ketawa.

 "Ya Allah..." dengan senyum.

______________________________________________________________________

Sekadar perkongsian,

Sabda Rasulullah SAW, “Siapa menjadikan akhirat tujuannya, maka Allah menjadikan semua urusannya lancar, hatinya kaya dan dunia datang kepadanya dalam keadaan tunduk. Dan siapa menjadikan dunia tujuannya , maka Allah menganggu semua urusannya, menjadikannya miskin dan dunia datang kepadanya sebatas yang ditakdirkan untuknya.” (Riwayat Ibnu Majah)

 Alangkah indahnya hidup apabila akhirat menjadi tujuan kita. Lihatlah janji Allah kepada orang yang mencintai akhirat yakni orang yang mendambakan syurga Allah, Allah akan permudahkan segala urusannya.

Orang-orang yang hanya inginkan kecemerlangan dunia tidak mungkin memiliki kekayaan hati. Bukankah kekayaan hati adalah janji Allah yang kedua kepada orang yang mencintai akhirat? Orang yang memiliki kekayaan hati ini akan sentiasa rasa cukup dengan hidupnya dan redha dengan segala pemberian Allah kepadanya.

Kenapa hati kita resah, kecewa atau mudah putus asa? Kenapa? Kerana kita tidak punya kekayaan hati. Kita berbuat sesuatu atas tujuan kesenangan dunia atas pujian manusia saja. Tidak pula kita mengharapkan kebaikan akhirat dan syurga Allah SWT.
 
Bukanlah kita tidak dibenarkan mencari kesenangan dunia. Hendak hidup senang dan selesa itu sendiri adalah fitrah manusia. Tetapi janganlah kita mengabaikan akhirat. Jangan kita lalai daripada mengingati Allah. Cintailah akhirat, dengan izin Allah kesenangan dunia itu pasti akan kita miliki. Yakinlah. InsyaAllah.
 
 

 

 

26 comments:

  1. Rezeki yg Allah bg pun kdg2 Merupakan dugaan Allah. Kdg2 Allah bagi bukan sebab sayang tp sebab Allah benci...nauzubillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga tidaklah sampai Allah benci ye kak..Allah nak menguji umatNya :)

      Delete
  2. nASIHAT BERguna...jangan dunia semata2..
    akhirat jua yg kekal sejahtera..terimakasih atas ingatan

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah..bahagia dapat berkongsi..terimakasih k sal ^_^

      Delete
  3. Teringat kakcik pada kata-kata ini 'akhirat dijunjung, dunia dikelek'. Maknanya, kita tidak mengabaikan keperluan hidup di dunia dan tidak meninggalkan bekalan untuk akhirat nanti. Wallahuaklam. :)

    ReplyDelete
  4. assalam anie..selamba je dia jawab ye he he..

    ReplyDelete
  5. mesti seimbang dunia & akhirat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. KA..tidaklah kita hanya menadah tangan sahaja tanpa usaha dan tidaklah pula sebaliknya..^_^

      Delete
  6. First nak gelak dengan Nyssa jugak.. Sebab Kawan yang solat (sembahyang) itu herbangsa cina.. Hehe

    Dan terimakasih atas perkongsian untuk ingat mengingati sesame sahabat mulimin.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabar aje lah kan..^_^
      alhamdulillah terimakasih jua atas dpt sama2 berkongsi..

      Delete
  7. salam sejahtera,
    Terimakasih atas perkongsian ini.
    Moag kita saling ingat mengingat'
    Bebudak tu gambaar kat mana?
    Maaf mama ju tak dpt nak sign in skrglah..apa nt

    ReplyDelete
    Replies
    1. bebudak tu bergambar di Sabah..terimakasih pada mama ju kerana sudi datang sini..alhamdulillah dpt sama2 berkongsi ^_^

      Delete
  8. Jika orang bukan islam tak solat ok.
    tapi yang kasihan, ramai orang Islam yang tak solat. Tak takut kah dorg ni yea..

    ReplyDelete
    Replies
    1. PMDR..
      moga mereka diberi hidayah dari Allah SWT..Amin

      Delete
  9. Hihihi...nasib baik kawan Cina nya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hurm nasib baik kan kalu tidak mama dia dah hujah pjg lebar dah..hihi

      Delete
  10. as salam

    bagus entry ni..orang selalu mintak doa murah rezki tapi tak mintak murah rezki kat akhirat sama kan..thanks sharing :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummusalam Tihara,terimakasih alhamdulillah..sudah pasti kita selalu baca doa ini selepas solat kan..^_^


      رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

      Maksudnya : "Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka"

      (Al-Baqarah : 201)


      Delete
  11. Salam kenal Anita.

    Seronoknya, anak-anak bebas bertanya apa saja dan berkongsi pendapat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal AA,
      mmg seronok layan anak-anak tp kadang-kadang tu payah jugak nak jawap pertanyaan mereka nih..kena betul2 faham kalau tidak kita yg terkena balik.. ^_^

      Delete
  12. peringatan buat kita semua .....

    ReplyDelete