^^Diari Nad^^

^^Diari Nad^^

Monday, October 22, 2012

Senyuman.

Assalammualaikum sahabat.. Diharap sahabat sentiasa dalam keadaan bersabar.
 
Dari Abu Dzar ra., Rasulullah SAW bersabda : "Engkau tersenyum di depan saudaramu adalah sedekah" (Riwayat Bukhari dari Kitabul Adab)

Senyum itu sedekah? Begitu mudah untuk mendapat pahala sedekah tanpa mengeluarkan wang ringgit atau peluh ! Allah SWT telah menganugerahkan senyuman, maka lakarkanlah senyuman selalu sebagai tanda bersyukur di atas anugerah itu. Hidup ini menjadi lebih indah dan berseri sekiranya kita tidak kedekut dan sentiasa melakar senyuman terutamanya kepada orang-orang tersayang dan dekat dengan kita iaitu ibu bapa, suami, isteri, anak-anak, jiran tetangga dan kawan-kawan.
 
Susah sangat ke hendak senyum? Kalau tak reti hendak senyum baik jangan duduk di kaunter. Ada ke bila orang tanya dengan baik, di jawab dengan sombongnya. Bila orang berterimakasih pun tidak dibalas. Inikah rakyat yang dikatakan kaya dengan adab dan budi pekerti? Jangan sampai sebab nila setitik rosak susu sebelanga.
 
Sebenarnya saya dan en hubby baru saja balik dari PNB atas urusan perbankan. Agak mengecewakan atas layanan yang diberi. Tetapi tidak mengapa kerana kami memaafkan.
 
Senyum itu mudah? Senyuman yang tulus itu sukar. Senyuman yang dusta juga bukan suatu yang mudah. Oleh itu senyum yang menjadi sedekah juga bukan semudah yang kita bayangkan. Sesungguhnya, "Senyum itu akan terasa berat dilakukan bagi jiwa yang belum dibiasakan dengan kebaikan…." (Muhammad Qutb)
 


 





19 comments:

  1. baca N3 ni sambil senyum KA hehehe

    ReplyDelete
  2. senyuman ikhlas itu sedekah..
    kita pun rasa senang mendekati org yang pemurah dgn senyuman..perasannya dia adalah org yg baik dan penyabar..tu adalah pandangan pertama kita...wlupun kadng tk tepat..

    ReplyDelete
  3. saya pun pernah alami situasi mcm ni...dpt layanan tk mesra drp kakitangan sesuatu tempat yg sy pergi, mmg terasa,,,
    dia ingat kita ni myusahkan dia ke? pdahal klau tak ada kita, diorang tak keje..

    ReplyDelete
  4. Assalammualaikum, akak dtg dgn senyuman manis dibibir ni...follow sekali tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam kak,

      terimakasih kak sudi dtg dgn senyuman sekali tu..how sweet!

      Delete
  5. kadang tu saya jarang cakap.

    senyum je. :)

    *gambo anak anak akak kat ladang lembu kundasang kat atas tu sungguh superb. sebab nampak gunung. masa saya pegi gunung terlindung awan. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hanya dgn senyuman..cukup membahagiakan
      oh superb..takpe lainkali pegi makesure tak ada awan lagi..bole ke?hehe

      Delete
  6. Assalamualaikum... salam kenal n tq sudi singgah n follow blog ibuintan... senyumlah dgn penuh kemanisan.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam..terimakasih..senyum..senyum kepada semua..lalala :)

      Delete
  7. Salam kenal,

    terima kasih follow makcik ya

    ReplyDelete
  8. mmg sepatutnya yg bekerja di bahagian kaunter biarlah yg jenis murah senyuman.... dan ramah mesra.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah sepatutnya mesra pelanggan..100% setuju :)

      Delete