^^Diari Nad^^

^^Diari Nad^^

Saturday, November 8, 2014

Rantai Emas Dari Ibu Part 4

"Ibu kalau berleter memang lah boleh sakit hati ataupun berasa rimas, tapi kita kena ingat juga..bila ibu kita berleter, maknanya dia sayangkan kita. Dia nak kita berbuat perkara yang berfaedah" kata mak cik itu. Dia tahu perasaan gadis ini kerana dia sudah pernah alami keadaan yang seperti ini. Berasa rimas dengan leteran ibu.

Alin tergamam seketika. Hatinya benar-benar diselubungi dengan perasaan malu dan rasa bersalah. Dia tahu tindakannya amatlah salah apabila meninggalkan ibunya. Melangkah kaki keluar dari rumah sudah dikira dosa apatah lagi menengking dan membiarkan ibu pengsan dek kerana degil ingin mengikut lelaki ajnabi. Ya Allah! Banyak sungguh dosa yang aku pernah lakukan..Alin akui kesilapannya. Dengan balik ke kampung untuk menemui ibunya, Alin akan segera meminta maaf dan berjanji supaya tidak mengulangi perbuatannya yang sebelumnya.

"Bila mak cik boleh hantarkan saya?" soal Alin dengan penuh harapan. Sungguhnya dia mengharap sangat dengan mak cik yang ada di sisinya. Kalau boleh sekarang juga dia hendak balik ke kampungnya dan bertemu dengan mak.

Mak cik itu termenung seketika. Dia menjadi serba salah. Sebernanya dia bukan tidak mahu hantarkan tetapi dia ada hal yang perlu dia selesaikan dengan segera. Wajah Alin dipandang lembut lalu dia tersenyum.

"Maafkan mak cik, mak cik bukan tak mahu hantar kamu..tapi mak cik ada hal yang perlu mak cik selesaikan. Mak cik harap Alin faham" kata mak cik itu dengan nada suara yang perlahan. Alin yang sedari tadi gembira sewaktu mak cik itu tersenyum terus terbungkam. Dia menunduk. Mak cik itu hanya memandangnya.

"Apa kata Alin ambil bas? Stesen bas kat sini bukan jauh sangat dari surau ni" Alin terus mendongakkan wajahnya. Mungkin ini boleh membantu. Alin kemudian menghadiahkan segaris senyuman buat mak cik itu. Dia terhutang budi dengan mak cik yang sabar menasihatinya.

"Terima kasih mak cik...esok pagi saya akan ke stesen bas" kata Alin dengan gembira.

Keesokkan paginya...

"Terima kasih mak cik kerana mak cik lah saya dah sedar.."kata Alin sambil mengucup tangan milik mak cik Munah itu. Munah tersenyum. "Berterima kasih lah kepada Allah. Dia yang selayak-layaknya.Mak cik hanya membantu dan hidayah itu milik-Nya" kata-kata mak cik itu sungguh terkesan di hati. Dia terharu dengan mak cik Munah ini. Terima kasih ya Allah kerana telah menemukan aku dengan mak cik ini. Bisik hati Alin.

"Mak cik pergi dulu ea? Assalammualaikum" kata mak cik itu sambil tersenyum. "Waalaikummussalam" balas Alin sambil melambai-lambaikan tangannya. Di stesen bas, Alin hanya duduk sambil menunggu bas yang sejak tadi tidak muncul-muncul. Dia sudah tidak sabar-sabar untuk bertemu dengan ibunya. Bagaimanalah keadaan ibunya sekarang...sihat ke tidak? Rindu aku ke tidak? Alin tidak tahu.

Setelah lama menunggu, akhirnya bas yang dinanti-nanti oleh Alin tiba juga. Alin berdiri lalu memberi isyarat supaya bas itu berhenti. Apabila bas itu berhenti lalu membukakan pintu untuk Alin, Alin dengan segera masuk dan mengambil tempat duduk. Dia sudah memberitahu kepada pemandu itu hala tujunya.

Mak..andai Lin boleh memutarkan masa balik, tentu Lin berada dengan mak sekarang.Lin rindu sangat dekat mak..mak mesti rindukan Lin. Mak..Lin minta maaf atas segala dosa yang Lin lakukan. Mungkin iman Lin sudah tipis dan sanggup mengikut lelaki yang bukan mahram Lin. Moga mak dalam keadaan yang selamat dan tersenyum gembira bila Lin balik nanti.

Air matanya tumpah juga. Dia masih tidak mampu untuk memaafkan dirinya yang banyak dosa. "Ingat, Allah akan sentiasa mengampunkan dosa-dosa apabila kita tidak berputus asa untuk meminta ampun" pesan mak cik Munah segar diingatannya. Mak! Tunggu Alin pulang, mak. Dengan izin-Nya, kita bertemu, mak.

Sampai sahaja di perkarangan kawasa kampungnya, Alin segera ke rumahnya. Rumah usang yang hampir mahu ditinggalkan olehnya. Termengah-mengah Alin dibuatnya. Akhirnya sampai juga rumahnya. Mak..Lin datang..bisik hati Alin.

Dengan Bismillahhirrahmannirrahim, Alin mendahulukan kaki kanan sambil memberi salam. Kedengaran suara lunak sedang mengalunkan ayat suci al-Quran. "Mak..." sapa Alin dengan tersenyum. Namun senyumannya tidak ada dibibirnya. Air mata tiba-tiba melimpah. Seorang mak cik menghampirinya. "Lin.." panggilnya lembut. Semakin basah pipinya dek air matanya. "Sabar ye Lin.." kata mak cik itu.

"Ke...kenapa..mm..mak..." Mak cik itu hanya menggeleng lalu menunduk. Agak berat dia mahu menceritakan segalanya. Alin menutup mulutnya. Tanpa segan silu, Alin terus memeluk ibunya yang kini berbalut dengan kain kapan dan hanya wajah terpamer. "Mak!! Kenapa tinggalkan Lin??!!" Orang-orang yang berada di situ turut menyaksikan drama yang ada di depan mata mereka. Ada yang menggeleng dan ada yang mengalirkan air mata. "Mak...Lin dah balik..Lin kat sini mak...mak, bukalah mata mak.." rintih Alin. Mak cik tadi menghampirinya lalu menggosok belakang Alin.

"Mengucap Lin...semua ini takdir Lin..Allah lebih sayangkan arwah" pujuk mak cik itu. Alin menggeleng sambil megusap lembut pipi ibunya. "Mak tak boleh mati, makcik. Dia tengah tidur aje makcik" kata Alin sambil mengucup lembut dahi milik ibunya. Mak cik itu hanya menggeleng. Simpati dengan gadis yang terhinggut-hinggut menangis. "Mak..bangunlah mak..Lin kat sini. Lin janji takkan tinggalkan mak lagi. Lin...Lin takkan ikut Amir, mak..bangunlah mak.." pinta Alin.

"Lin..ingat Allah Lin..mengucap Lin!" kata mak cik itu. Alin terkedu. Dia sedar seketika. Tidak sepatutnya dia menangis apabila orang mati. Namun apakan daya, itu ibunya. Ibunya yang sayang kepadanya. Alin memegang rantai emas di lehernya. "Mak..maafkan segala kesalahan Lin kat mak..rantai ni Lin sentiasa simpan sebab ini hadiah yang paling bermakna buat Lin mak..ampunkan Lin.." walaupun esakannya kuat namun Alin tabah untuk memohon ampun kepada ibunya.

"Sabar Lin.." kata mak cik itu. Alin mengesat air matanya. Dia redha dengan ketentuan Ilahi. Mungkin ini adalah balasan buat dirinya. Ya Allah! bagaimana aku bias hidup tanpa ibuku? "Allah sentiasa dengan orang-orang yang beriman" kata-kata mak cik Munah singgah di ingatannya. Dia redha. Ya Allah, Kau tempatkanlah ibuku diantara orang-orang yang beriman..peliharalah ibuku. Begitulah doa Alin buat ibunya.

Kini, ibunya meninggalkannya buat selama-lamanya...

No comments:

Post a Comment