^^Diari Nad^^

^^Diari Nad^^

Monday, November 3, 2014

Rantai Emas Dari Ibu Part 3

Alin cuba menghampiri lagi. Kelihatan beberapa orang sedang menuju ke arah cahaya tadi. Alin mengerut dahinya. Masih tidak jelas sesuatu di sebalik cahaya itu. Aku di mana? soalnya lagi. Dia benar-benar tidak tahu.

"Assalammualaikum, dik" kedengaran seseorang menyapanya. Alin tersentap lalu menoleh. Terkejut dengan tindakan itu kerana takut kalau Amir yang ada di belakangnya.

"Maaf kalau mak cik terkejutkan adik ni.. adik ni siapa?" soal mak cik yang lengkap bertelekung. Alin memandang dengan penuh hairan. Risau kalau wanita yang digelar dirinya mak cik ini orang jahat. Alin hanya terdiam.

"Adik jangan takut dengan mak cik. Mak cik dalam perjalanan nak ke surau.." kata mak cik itu. Macam tahu-tahu je aku curiga dengan dia. Bisik hati Alin. Alin mengangguk.

"Sa..saya Alin..saya nak ke cahaya tu..mak cik tahu cahaya apa tu?" soal Alin dengan penuh tanda tanya. Mak cik itu ketawa. Alin mengerut dahinya. Pelik dengan mak cik yang sedang ketawa itu. Apa yang kelakar? soalnya dalam hati.

"Itu surau...mak cik ni nak ke surau lah..Alin nak ikut sekali?" kata mak cik. Aku terangguk-angguk. Surau rupanya..bisik hatinya. "Hah..jom lah..tapi kena pakai tudung..Alin ada tudung?" soal mak cik itu. Dia pelik juga dengan seorang gadis yang kelihatan berlegar-legar di kawasan sunyi ini. Hatinya tertanya-tanya siapakah gadis ini? Dari tadi juga dia perhatikan gadis molek ini. Dengan rambutnya yang serabai dan kelihatan seperi ada yang tidak kena kepada gadis ini.

"Mak cik ada bawak skaf..Alin pakai ea?" kata mak cik itu sambil mengeluarkan skaf dari begnya. Alin hanya mengangguk. Dia menyarungkan skaf di kepalanya. "Dah, jom kita ke surau" ajak mak cik itu sambil memegang tangan Alin.

Alin menurut. Dia akur sahaja dengan mak cik itu. Lagi selamat jika dia berada bersama mak cik itu. Lain lah kalau dengan Amir. Mesti dia sudah dirogol oleh Amir. Syukur Allah masih ingin melindungi dirinya. Walaupun dia sudah banyak berdosa kepada yang Esa, tapi Allah masih menyayangi dirinya. Terima kasih Ya Allah..bisik hati Alin.

Kedengaran orang sedang mengalunkan ayat-ayat suci. Jelas dan syahdu sekali bacaannya. "Jom kita masuk dalam..sambil tunggu azan subuh, kita mengaji dulu ya?" kata mak cik itu. Alin akur. Dia mengikut langkah mak cik itu. Dengan melangkah ke dalam surau dengan mendahului kaki kanan, Alin berasa pelik. Dia berasa yang dirinya penuh dengan dosa. Rasa dirinya tidak layak berada dalam surau itu. Alin terhenti.

"Kenapa nak?" soal mak cik itu yang hairan setelah melihat Alin yang tiba-tiba terhenti. Alin memandang ke arah mak cik itu. Dia hanya menggeleng. Dia tidak mahu orang tahu betapa dosanya diri dia yang meninggalkan ibunya yang pengsan dan mengikut lelaki yang bukan mahramnya. Ya Allah! Sungguh aku berdosa! jerit Alin dalam hati.

Setelah Alin mengambil air wudhuk, dia duduk menghadap mak cik itu. "Alin ada apa-apa nak cerita dekat mak cik?" soal mak cik itu. Alin hanya terdiam. Perlukah aku menceritakan apa yang berlaku? soalnya dalam hati. Pasti mak cik di hadapan ku akan berasa jijik denganku. Bisik hatinya lagi.

"Kalau Alin tak nak cerita tak apa..mak cik tak paksa..mak cik nak solat sunat kejap" kata mak cik itu. Benar dia tidak paksa. Dia tidak mahu gadis ini rasa seperti dipaksa olehnya. Biarlah gadis ini dengan rela hati untuk bercerita. Alin serba salah. Dia menarik tangan mak cik itu. Mak cik itu tersenyum. Alin rasa dia patut cerita. Dia perlu luahkan juga.

Alin menceritakan dari mula hingga dia bertemu dengan mak cik ini. Teresak-esak dia bercerita. Air mata membasahi pipinya. "Kalau saya tahu Amir tu memang jahat, saya takkan ikut, mak cik.." katanya sambil tersedu-sedu. Dia benar-benar kecewa dengan dirinya. Mak cik itu hanya menggelengkan kepala. Dia sudah agak pasti ada yang tidak kena.

"Setiap manusia memang tidak akan lepas melakukan kesilapan..mungkin waktu itu iman Alin benar-benar goyah..mak cik harap Alin dapat mengawal iman supaya tak terjebak dengan semua ni.." kata mak cik itu. Dia agak kecewa juga dengan sikap gadis ini. Kerana seorang lelaki dan ibunya suka membebel, dia meninggalkan ibunya yang pengsan. Astagfirrullahhalazim! mak cik itu istighfar. Tapi dia juga simpati dengan nasib gadis yang berada di hadapannya.

"Saya tahu saya salah..betapa dosanya saya mak cik.." kata Alin dengan penuh kekesalan. Mak cik itu hanya terdiam. "Kalau Alin rasa diri Alin ni berdosa, minta ampun pada Allah..lakukan solat sunat taubat..insyaAllah, Allah mengampunkan dosa Alin" kata mak cik itu. Dengan cara itu lah Allah dapat mngampunkan dosa umatnya.

"Baik mak cik..saya akan lakukan sekarang juga" kata Alin lalu dia bangun dan menghadap kiblat.

"Allahuakbar!" Alin mengangkat takbirnya. Dia menangis teresak-esak. Kalau lah aku dapat putarkan masa...bisik hatinya. Selesai sahaja solat. Alin meminta ampun kepada ya Rab.

"Ya Allah, Kau ampunilah dosaku..Ya Allah, betapa zalimnya diri ini yang tidak tahu kasih seorang ibu..ampunilah aku ya Rab...Kau kembalikan aku kepada ibuku..Aku bertaubat ya Allah..."

"Sekarang mak kamu mana?" soal mak cik itu setelah Alin menunaikan solat sunat taubat. Alin menunduk. Dia tahu mak cik ini sudah kecewa dengannya. Dia sendiri tidak tahu di mana ibunya, bagaimana keadaan ibunya. "Alin..tak tahu, mak cik" katanya dengan perlahan. Mak cik itu terkejut. Sungguh dia tak percaya dengan kata-kata Alin.

Dia menarik nafas sebelum dia meneruskan pertanyaannya. "Kamu tahu kampung kamu kan?" soalnya. Alin menggangguk. "Kamu balik lah nak..pergi lah jumpa ibumu..pasti dia menunggu kehadiran Alin" kata mak cik itu. Alin terdiam. Ya..dia harus meminta maaf kepada ibunya.

"Mak cik boleh hantarkan saya?" soal Alin dengan penuh harap.

No comments:

Post a Comment