^^Diari Nad^^

^^Diari Nad^^

Friday, April 19, 2013

Damaikan Sengketa

Alhamdulillah..syukur ke hadrat Ilahi..dengan limpah kurniaNYA..berkesempatan saya hari ini untuk menulis di blog ini..Moga sahabat dikurniakan kesihatan yang sihat..AMIN
 
Sekadar bercerita..
 
Tasha : Mama, pening kepala saya dengan kawan-kawan saya ni.
 
Mama : Kenapa dengan kawan-kawan Tasha?
 
Tasha : Hurm..entahlah bff saya ni nangis-nangis talipon saya..dia cakap kawan saya Lily (bukan nama sebenar) avoid dia..tak endah kan dia..seolah tak kasi masuk dalam group discussing kita.
 
Mama : Bff Tasha tak tanya ke kenapa Lily tu tak endahkan dia?
 
Tasha : Tasha dah suruh dia tanya tapi dia takut nanti tak diendahkan lagi dia rasa malu..dia suruh saya tanyakan bagi pihak dia.
 
Mama : Oklah tu..Tasha ada tanya tak?
 
Tasha : Saya tanya dengan Lily tu..Mama nak tahu apa dia jawab?
 
Mama : Apa dia jawab?
 
Tasha : Dia kata "she's annoying".
 
Mama : Apa maksud dia?
 
Tasha : Ye lah..my bff tu memang suka berdakwah sikit..so kadang-kadang Lily tu terasalah.
 
Mama : Oh ye ke..
 
Tasha : Yelah..Lily tu tak pakai tudung..my bff ni suka bagi nasihat..tapi saya rasa bff saya cakap yang benar.
 
Mama : Oh gitu..baguslah your bff tu bagi nasihat..susah nak dapat kawan yang suka bagi nasihat kat kita apatah lagi nasihat yang baik..hurm..mungkin Lily rasa nasihat tu terlebih sangat ke?
 
Tasha : Entahlah mama..Lily cakap suruh bff saya tu ubah sikap sikit..barulah dia boleh terima my bff tu dalam group kami. Apa pendapat mama?
 
Mama : Tasha rasa bff Tasha tu ada masalah dengan sikap dia?
 
Tasha : Saya rasa tidaklah..tapi betul juga mama cakap..mungkin dia terlebih-lebih bagi nasihat agaknya..tapi saya ok je dengan dia..saya boleh je terima.
 
Mama : Apa pulak pandangan Tasha tentang sikap Lily?
 
Tasha : Dia baik je cuma mungkin dia kekadang tu terasa yang my bff ni macam berlagak alim nak bagi nasihat kat dia kot..dia tak boleh terimalah tu.
 
Mama : Jadi agak-agak Tasha macam mana nak hilangkan pening kat kepala Tasha tu?
 
Tasha : Entahlah..saya ni dah macam jadi orang tengah pulak..saya rasa eloklah diaorang ni bersemuka kan mama..suruh berbaik-baik semula.
 
Mama : Eloklah tu..jangan berpihak pada salah seorang antara mereka sebaliknya damaikan dengan cara yang baik dan lemah lembut. Tak gitu.
 
Tasha : Ok Mama..thank you.
 
Mama : Alhamdulillah.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
Sekadar Renungan..
 
Apabila kita melihat ada sengketa atau perbalahan antara rakan-rakan kita, maka harus kita mendamaikan sengketa tersebut. Jangan sekali-kali jadi batu api antara rakan-rakan kita..ini akan menambahkan lagi persengketaan.
 
 Ingat! Allah SWT berfirman:
 
"Sesungguhnya orang-orang Mukmin adalah bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu."
(Al-Hujurat :10)
 
 
Nabi SAW bersabda : "Sedekah yang paling baik adalah mendamaikan orang yang berselisih"
(Riwayat Thabrani dan al-Baihaqi)
 

Tuesday, February 26, 2013

Anak perempuan

Assalammualaikum sahabat..moga tabah hadapi setiap ujian dari Allah.

Pernah saya ditanya bagaimana mendidik anak perempuan. Maklumlah keempat-empat anak saya adalah perempuan. Alhamdulillah.

Saya pernah terbaca satu artikel dan sedikit sebanyak saya ambil serta aplikasikan pada kehidupan dalam mendidik anak-anak perempuan saya. InsyaAllah..mungkin penambah pengetahuan pada yang bertanya dan bakal-bakal ayah dan ibu. Moga bermanfaat.
 
Didik anak perempuan..

Perlu banyak meraikan...raikan mereka dengan kata-kata, belaian dan pemberian. Hargai pandangan, kegembiraan, kesedihan, kejayaan dan kegagalannya. Selalu ucapkan tahniah, takziah, pujian dan pujukan. Berilah hadiah pada ketika yang sesuai.
Perempuan makhluk perasaan umumnya berbanding lelaki makhluk akal. Pendekatan  meraikan lebih berkesan bila berdepan dengan perasaan. Pendekatan ini lebih menyentuh dan berkesan.
 
Anak perempuan kita bakal seorang isteri. Jadi bayangkan bagaimana sifat seorang isteri sejati. Itulah "end in mind" yang perlu sewaktu mendidik anak perempuan. Pastinya isteri sejati memiliki ketaatan. Lalu didiklah anak perempuan kita dengan ketaatan. Latih agar dia patuh pada perintah yang baik. 
Apa lagi? Malu? Ya, didik supaya dia mengekalkan rasa malu pada tempat dan ketikanya. Latih dia sentiasa menjaga aurat, tidak meninggikan suara dan tidak lasak pada gerak fizikalnya. Ajar erti maruah dan harga diri.
 
Kecantikan? Pasti tak lupakan. Latih supaya dia menjaga kecantikan, tingkah laku, wajah, pakaian, tempat tinggal, bilik dan lain-lain. Biar dia pandai menjaga kekemasan, kecantikan dan keindahan. Biar dia peka dengan nilai -nilai estetika.
 
Anak perempuan mesti dibiasakan suka berada di rumah. Bukan bermakna dia tidak boleh keluar, tapi biasakan dia suka di rumah. Rumah adalah gelanggang wanita. Ruang itu kecil tapi besar peranannya. Ketika suami keluar, isterilah pemimpin anak-anak dan pelindung hartanya.
 
Tidak dinafikan sekarang ini perempuan dah luas gelanggangnya. Namun yang luas hanya gelanggangnya, tapi kecil peranannya. Sedangkan di rumah walaupun kecil gelanggangnya, tapi amat besar peranannya. Pernah dengar madah, tangan yang mengayun buaian boleh menggoncang dunia?
 
Bayangkan juga anak perempuan kita bakal ibu..Apa yang paling kita hargai daripada seorang ibu? Tentulah pengorbanan serta kasih sayangnya. Jadi didiklah agar anak perempuan kita bersifat pengasih. Pengasih dengan adiknya, abang, kakak, binatang peliharaan dan sebagainya. Sebab itu anak perempuan digalakkan bermain dengan anak patung. Ini menyuburkan rasa kasih sayang kepada bayi. 
 
Seorang ibu perlu sabar, sabar menanggung perit kehamilan, sakit melahirkan, menjaga sakit-demam, ragam dan karenah anak. Tanamkan sifat sabar anak perempuan dalam menanggung kesakitan, keletihan, kekecewaan dan sebagainya.
 
"Bila berdepan dengan anak perempuan, bayangkan kita berdepan dengan bakal isteri. Adakah menantu lelaki kita nanti akan mendapat isteri yang solehah? Bayangkan kita berdepan dengan bakal ibu, adakah cucu kita kelak bakal mendapat ibu yang mithali?"
 
 Anak-anak perempuan, makhluk perasaan yang sememangnya perlu dibelai dan dibaja sifat-sifat kewanitaan agar tidak tandus dimamah arus kemodenan.
 
Wallahua'lam.















 

Tuesday, February 5, 2013

Kek Kete?


Assalammualaikum sahabat..lama dah tak bercerita di sini..maaf agak sibuk sikit. Ini pun cerita lama yang baru nak dipaparkan..hehe..cerita lapuk. Tak apalah pada yang sudi nak baca silakan..pada yaang tidak sudi tak mengapa.

Birthday anak bongsu saya Neliez pada bulan December yang lalu  12/12/2012. Kek kereta yang direka khas dari kakaknya Natalie yang memang suka hias kek.

 
Agak-agak bolehlah kan ada lah rupa kereta sikit-sikit..


Kek ini kek red velvet..apa yang ada didapur itulah yang menjadi hiasan kek ini..biskut oreo jadi tayar kereta..



"Haa..kek kete?" tanya Neliez. "Bolehlah ye.." pujuk kakaknya. " Tak per lah baby suka tayar tu..baby nak..nak biskut oreo." kata Neliez



Inilah kakak Natalie yang bertungkus lumus menghasilkan kek untuk adik tercintanya. Alhamdulillah Neliez sudah pun masuk empat tahun..tapi masuk tahun ini 2013 Neliez sudah pun bersekolah tadika tahap satu berumur lima tahun..hehe rasa baru aje sambut birthday yang ke empat tahun.