^^Diari Nad^^

^^Diari Nad^^

Saturday, February 18, 2012

Jodoh urusan Allah

Assalammualaikum sahabat..ceria hujung mingggu..moga dirahmati Allah.

Setelah seminggu tak buka FB, maka ada banyaklah notification dari rakan-rakan serta lain-lain. Antara yang ingin saya kongsikan ialah jemputan perkahwinan dari bekas tunang adik ipar saya.

Bukan niat saya untuk menceritakan hal-hal peribadi tetapi saya cuma ingin lahirkan perasaan gembira,syukur saya ke hadrat Ilahi kerana saya percaya jodoh pertemuan semuanya urusan Allah.

Syukurlah akhirnya dia bertemu jodoh.

Jodoh seperti rezeki, ia telah ditentukan. Namun, kita tidak tahu apa yang telah ditentukan oleh Allah. Carilah jodoh yang baik, carilah rezeki yang baik dengan jalan yang baik juga.

Siapa jodoh kita? Berapa banyak rezeki kita? Dan bila? Itu bukan kerja kita. Itu ketentuan Allah. Milik kita hanya usaha.

Kekadang apa yang kita rancang dan usahakan tidak kesampaian kerana Allah uji kita. Itulah takdir! Jodoh itu urusan Allah. Sudah dicatat sejak azali lagi.

Kepada yang sahabat yang masih single-mingle saya pernah baca,

“Pilihlah jodoh dengan dua cara. Pertama, jadilah orang yang baik. Insya-Allah, kita akan mendapat jodoh yang baik. Kedua, ikutlah pilihan orang yang baik. Orang yang baik akan memilih yang baik untuk jadi pasangan hidup kita.”

Wallahualam.


p/s Moga kita semua menjadi dikalangan orang yang baik-baik..Amin


Monday, February 13, 2012

Kelam-kabut

Assalammualaikum sahabat, moga ceria kita pada hari Isnin ini.

Sekadar bercerita..

Pada tahun ini, rutin pada pagi Isnin agak berbeza dengan tahun lepas, tahun ini kami terpaksa keluar dari rumah sebelum waktu subuh iaitu lebih kurang pukul 5.50 pagi dari rumah kami di Batangkali ke rumah emak di Selayang Baru. Ini kerana tahun ini Nyssa anak ketiga saya sudah masuk darjah satu dan bersekolah pagi bersama dengan kakak-kakaknya yakni Tasha dan Teli. Kalau dulu hubby bermotosikal menghantar kakak-kakaknya, kini terpaksa naik keretalah. Untuk tidak terlewat kenalah keluar awal dari rumah.

Bila semua kena awal jadi adalah kelam-kabut sikit. Sampai sahaja di rumah emak, Tasha, Teli dan Nyssa terus sahaja ke bilik air untuk mengambil wuduk untuk solat subuh. Masing-masing berebut-rebut untuk menjadi orang yang pertama solat.

Tasha : " Adik, akak dulukan."
Teli : "Teli yang masuk dulu ye."
Nyssa : "Cepatlah, saya pulak."

Setelah selesai solat,

Tasha : "Mama, tadi Nyssa solat kelam-kabut cepat sangat habis."
Teli :" Entahlah, saya pun belum sudah lagi dia sudah habis padahal saya solat dulu."
Nyssa :" Ye lah, saya baca laju-laju sebab itulah saya habis dulu."

Mama : " Nyssa, kenapa baca laju-laju?"
Nyssa : " Ye lah nanti saya lambat."
Mama : " Tak boleh baca laju-laju sebab takut lambat, solat kena tenang dan tertib. Kalau kita tenang dan baca elok-elok insyaAllah perkara yang lambat Allah akan cepatkan."
Nyssa : " Maaflah mama, esok saya baca elok-elok ye."

Anak-anakku,

Solat tidak boleh dikerjakan dalam keadaan tergesa-gesa atau kelam-kabut. Paling penting tenang dan tertib, begitu juga bacaan-bacaanya. Lebih-lebih lagi bacaan yang menjadi rukun solat seperti al-Fatihah, tidak boleh dibaca sesuka hati.

Rasulullah SAW pernah menegur seorang sahabat yang datang solat secara tergesa-gesa: "Jangan kamu ulangi lagi (perbuatan seperti itu). Apabila kamu mendatangi solat maka datanglah dengan tenang dan penuh kedamaian."
Biasakanlah dengan mempersiapkan diri terlebih awal sebelum masuk waktu solat untuk menghindari perbuatan kelam-kabut semasa solat.

Wallahualam.






Wednesday, February 8, 2012

Terimakasih Allah


Sekadar renungan..


"Terimakasih Papa" kata anak-anak kerana bawa kami bercuti. "Sama-sama kita terimakasih pada Allah kerana Allah beri kita rezeki untuk sampai ke sini." jawab Papa.

Lalu kami semua sama-sama mengucapkan "Terimakasih Allah."

Kali terakhir kami ke sini pada tahun 2003. Pada masa itu hanya kami berempat, kini kami berenam. Syukur Ya Allah.

Thursday, February 2, 2012

Makan ubat?

Assalammualaikum sahabat.
Sekadar bercerita..

Baby : Mama, bi nak matan(makan) ubat.
Mama : Kenapa bi nak makan ubat?
Baby : Nak matan ubat.(sambil merengus)
Mama : Baby nak makan ubat apa?
Baby : Nak matan ubat tu..(ubat di atas meja)
Mama : Mama tengok baby sihat je..tak payahlah makan ubat ye.
Baby : Nak jujak (juga). Bi satit (sakit) beber (bibir).


Mama: Ok, sebelum makan ubat kena makan roti dulu ye.
Baby : Tak nak..tak nak (tutup mulut sebab tak mau makan roti)
Mama : Ok, kalau tak nak makan roti..minum milo dulu ye.
Baby : Tak nak..tak nak (menangis sudah)
Mama : Ok..ok (ambil syringe(pam ubat) yang diisi air milo lalu beri pada baby)



Baby : Hua..Hua (menangis)
Mama : Nape nangis nih?
Baby :Tu butan (bukan) ubat..tu melo (air milo).
Mama : Sedapkan melo.
Baby : Hem..dap (masih teresak-esak)
Mama : Nak lagi.
Baby : (angguk-angguk tanda nak lagi melo)

Sebenarnya, sejak baby Neliez baik dari tempohari..dia seolah ketagih makan ubat, mungkin kerana ubat demam tu sedap berperisa strawberry pula tu . Kadangkala bangun pagi saja Neliz merengek-rengek minta ubat sehingga ada ketika bila hendak diberi susu Neliez akan menjerit nak makan ubat juga. Tak sangka pula cara di atas menjadi salah satu cara bagi elakkan dia dari terus nak makan ubat.
Alhamdulillah, selepas itu Neliez tak nangis lagi malah minta tambah milo lagi (minuman kegemarannya). Walaupun minum milo guna syringe, saya kenalah bersabar.

Salah satu sifat yang kena ada dalam mendidik anak-anak ialah sifat sabar.

Sekadar berkongsi:-

Sifat sabar sangat penting ketika mendidik anak-anak. Mereka masih tidak mengerti, kadangkala sukar membuat mereka faham akan sesuatu. Jadi, bersabarlah ketika proses memberikan penerangan pada mereka.

Ketika sedang penat dan marah, cuba tenangkan diri dulu terlebih dahulu. Apabila sudah tenang dan rasional, terangkan dan fahamkan pada anak-anak tentang sebab dan akibat yang mereka lakukan.

Bersabarlah dalam mendidik anak-anak. Tidak semestinya hari ini diajar, mereka sudah boleh memahami. Proses pembelajaran serta mendidik anak-anak mengambil masa dan memerlukan kesabaran.

DOA MEMOHON KESABARAN