^^Diari Nad^^

^^Diari Nad^^

Friday, November 30, 2012

Inna Lillahi

Assalammualaikum sahabat..moga sentiasa dilindungi Allah dari segala mara bahaya..Amin
 
Sekadar bercerita..
 
"Mama..mama ustaz accident..accident!" jerit Tasha.
 
"Ya Allah..accident..accident..sape? sape? " tanya saya separuh sedar dalam tidur.
 
"Mama..bangunlah..ustaz ni..eh untie ni call." gesa Tasha.
 
Saya lalu bangun tapi talian talipon sudah putus "Eh! untie mana nih yang call nih? Tasha sape yang call nih? Apa cerita nih!?" tanya saya lagi.
 
"Mama..cuba bawa bertenang.." kata Tasha.
 
"Tadi untie Iza call bagitau yang ustaz Azri accident."sambung Tasha lagi
 
"Inna Lillahi wainna ilaihi rajiun..kat mana dia sekarang ni?" tanya saya.
 
"Mama..nape ni..tak tau lagi lah." tangis kecil Tasha.
 
"Ya Allah..nape apa pulak? tanya saya lagi dengan hairan.
 
"Ye lah..nape mama sebut Inna nillah.." kata tasha.
 
"Ok..ok sori..sori nanti mama terangkan..apapun kita kena call untie Iza nih." kata saya.
 
Kejadian accident semalam berlaku di Bangsar..abang ipar saya (ustaz Azri) telah dibawa dengan ambulance ke Hospital Unversiti.
 
Setelah diperiksa, alhamdulillah beliau kini sudah pulih..hanya luka-luka ringan di bahagian muka, kaki dan tangan. Moga cepat sembuh.
 
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sekadar berkongsi untuk diri sendiri, anak-anak dan sahabat
 
Inna Lillahi Wainna Ilaihi Raji’un bermaksud Dari Allah kita datang, dan kepadaNya jualah kita kembali.
Bukankah kita biasa sebut kalimah ini apabila kita mendengar berita tentang kematian seseorang? Jujur saya katakan, saya sendiri pun hanya menyebut kalimah ini apabila mendengar berita kematian.
 
Jarang sekali kita mendengar orang menyebut kalimah ini apabila ditimpa musibah, ataupun mendengar tentang sesuatu musibah.
 
Nah! hari ini dan generasi yang akan datang mungkin berubah jika diberi sedikit ilmu tentangnya. Malah dinegara jiran, mereka yang beragama Islam di sana sudah pun mengamalkannya..(sesiapa yang telah menonton cerita siri "Ketika cinta bertasbih")
 
Dalam Al-quran, Allah telah berfirman dalam surah Al-Baqarah yang bermaksud :
 
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." (155-156)
 
Daripada maksud ayat ini, Allah menegaskan bahawa apabila ditimpa kesusahan (musibah), hendaklah kita menyebut Inna Lillahi Wainna Ilaihi Raji’un.
 
Bermakna, bukan sahaja apabila mendengar berita kematian, malahan apabila mendengar berita tentang kesusahan seseorang ataupun apabila diri sendiri ditimpa musibah juga, kita digalakkan menyebut kalimah ini.
 
Wallahu’alam.
 
 


Wednesday, November 28, 2012

Garangnya!

Assalammualaikum sahabat..

Sekadar bercerita..sewaktu kami makan disalah sebuah restoran Thai..

"Ada berani?" tanya Teli

"Makan ajelah." jawab Tasha.

"Eeee! garangnya fish tu.." kata Nyssa.

"Hahaha." kami semua gelak.

"Ma, baby tak mau makan fish tu..eeee." kata Neliez.

"Kenapa pulak?" tanya saya.

"Tak mau..tak mau takut..muka dia darang." rengek Neliez.

"Hahaha."kakak-kakak dia gelakkan.

"Papa lainkali order fish yang muka baik ye..tak garang macam ni." kata Nyssa.

"Hehehe..mana ada garang tu kan fish tu tengah gelak tu" hubby ketawa.

 dari sudut tepi..okaylah lagi Neliez tak perasan lagi.
Dari sudut tengah..terus Neliez tak mau dekat..hehe
 

Monday, November 26, 2012

Anak dara masuk dapur

Assalammualaikum sahabat..rajin ke hari Isnin ini? Hurm, saya agak malas hari ini..tak sedap badan pulak. Namun tetap bersyukur kerana masih boleh buat kerja-kerja ringan lagi.

Sekadar bercerita,

"Mama tak sihat ye?" tanya Tasha anak sulung saya." Tak pe, hari ini mama rehat aje, biar saya dengan Teli masak." sambung Tasha.

"Ha! Teli masak ngan kakak?" tanya Teli. "Boleh ke kakak masak ni?" tanya Teli lagi sambil senyum sinis.

"Hey!mestilah bolehkan ma?" jawab Tasha. "Nape, adik ingat adik tu pandai sangat ke masak?" tanya Tasha.

"Hehe..mama dah ajar Teli masak sayurlah." jawab Teli

"Alahai, kalau setakat sayur je akak pun boleh." kata Tasha. "Cuba masak kari..hah menggelabah nanti." sambung Tasha.

"Kari mama belum ajar..hehe." kata Teli.

"Sudahlah tu, ni nak tolong mama ke nak peningkan kepala mama ni?" keluh saya.

"Ok, ok maaf ma."kata Tasha.

"Sorry ma." kata Teli.

Maka dengan ini, saya pun dapatlah rehat sebab anak dara saya berebut-rebut nak masak didapur..hai habislah berkecahlah dapur saya.

Memang menjadi kebiasaan kalau anak dara berdua saya ni masuk dapur akan berkumandanglah lagu-lagu yang dipasang diradio. Bila saya nak turun ke dapur, mereka ni cakap apa tau.

"Mama, pergi duduk kat atas, tak payah turun, jangan risau semuanya bisa diurus ye.." kata mereka.

Alhamdulillah, memang betullah mereka masak tapi nak tunggu makan punyalah lama. Mari kita lihat apa juadah yang mereka masak.

kari ayam
 
 
cendawan goreng ke fishball and fishcake goreng ini??
 
 sambal tumis ikan bilis

Ada lagi tambahan untuk minum petang katanya...wow tabik springlah kat mereka ni. "Ikut resepi mama tak sangka lak menjadi..hehe." kata Tasha.
 
 



kek marble pandan..baru keluar dari oven.
 
 
jom potong tengok..hebatlah untuk pertama kalinya buat kek..Mama kasi 95 peratus markah!
 
"Arghh..sakit lagilah badan mama, hurm esok boleh masak lagi tak?? tanya saya dengan pura-pura.
 
"Hah! apaaa?" terkejutlah pulak Tasha dan Teli
 
 "Hahahaha." 
 




Wednesday, November 21, 2012

Layan ajelah..

Assalammualaikum sahabat..moga ceria di pagi Rabu ini..

"Jom gi Segamat" kata hubby

"Ha buat apa??" tanya saya

"Gi makan durian." jawab hubby

Haha..so layan ajelah gambar-gambar ini sewaktu kami dirumah Mak Lang salah seorang makcik kepada jiran kami yang tinggal di Segamat yang mempunyai dusun durian.

 
Sampai saja dirumah Mak Lang kami dah dihidang dengan durian..apalagi..

 
Nyssa memang suka makan durian..dialah orang yang paling gembira hari itu sebab dapat makan durian.

 
Adik Neliez cakap aje banyak tapi tak makan pun..dok menyelit sebelah papa dia.

 
 
"Banyak lagi tu, makan puas-puas" kata Pak Lang
 
 
Mak Lang nak mengait (betul ke perkataan ni) rambutan pula.
 
 
 

Sempatlah berposing kat laman rumah Mak Lang yang luas tu. Ini saya dengan Tasha.

Yang ini pula dengan Teli dan Neliez. Nyssa tengah dok makan durian tak habis-habis lagi.
 Inilah rombongan jiran tetangga saya. Lima buah keluarga yang turut serta ke kampung ini.

 
Selepas hidangan durian, makan tengahari, minum petang..sebelum balik pun dihidang lagi durian..dah lah tu masing-masing disuruh ambil durian bawa balik rumah masing-masing. Ya Allah..terimakasihlah dengan Pak lang dan Mak Lang dan terimakasihlah pada jiran yang mengajak kami ke Segamat. 

 
 

Thursday, November 15, 2012

Jahil lawannya Belajar

Salam Maal Hijrah buat sahabat..moga bertambah iman kita..Amin

Sekadar Renungan..
 
Sewaktu dulu ketika jahil..bila kawan-kawan ajak mendengar ceramah di surau pejabat..saya ikut
Sewaktu dulu ketika jahil..bila kawan-kawan kata esok puasa sunat elok..saya ikut
Sewaktu dulu ketika jahil..bila kawan-kawan kata ada solat sunat Tasbih di surau pejabat..saya ikut
Sewaktu dulu ketika jahil..bila kawan-kawan print dan beri bacaan baca doa akhir tahun dan doa awal tahun..saya baca
 
Memang dulu ketika  jahil..semua pun ikut-ikutan dengan niat orang lain buat saya pun nak buat
Saya buat kerana manusia lain berebut-rebut nak buat..
 
Bila terkenang dulu sedih teramat saya..niat saya salah!
Saya lupa bahawa setiap perbuatan kita lakukan adalah kerana Allah..Ahhh..ruginya saya!
 
Saya dapat rasakan nilai ibadah saya ketika itu seolah hanya sebagai adat saja..Ya Allah ampunkan hambaMu ini..
 
Doa Memohon Keampunan Allah
 

“Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi”.(Surah Al- Araf [7] : 23 )
 
Kini saya benar-benar sedar kalau hendak berbuat sesuatu mesti ada Ilmu
saya tidak mahu ibadah yang saya lakukan adalah ibadah yang sia-sia..
saya belajar dan akan terus belajar agar amalan yang saya lakukan diterima Allah..InsyaAllah
 
Doa Memperolehi Ilmu yang bermanfaat
 
رَبِّ زِدْنِي عِلْماً
"Duhai Rabbku, tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan." (QS. Thaha : 114)
 
Ya Allah kiniku bersyukur kerana Kau beriku HidayahMu..
 
Doa Mendapat Hidayah Berkekalan daripada Allah SWT
 

Surah Ali Imran ayat 8
Maksudnya: "Ya Allah, janganlah Engkau pesongkan hati kami sesudah Engkau memberi kami petunjuk, berilah kami rahmat dari sisi-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia(banyak memberi rezeki)."


Amin






Saturday, November 10, 2012

Anugerah Cemerlang 2012

Assalammualaikum sahabat..moga ceria pagi Sabtu ini.

Alhamdulillah..walaupun hujan tak berhenti-henti malam tadi, berakhir sudah anugerah cemerlang pada anak-anak di Sekolah Agama Nurul Iman. Anugerah berlangsung pada malam semalam. Pada mulanya pelik juga kenapa buat malam namun bersyukur kerana seisi keluarga dapat datang menyaksikan kejayaan anak masing-masing. Ramai sungguh meriah!Tahniah!

 
Nyssa menunggu giliran untuk anugerah cemerlang murid darjah satu. Keciknya anak mama.



 
Tahniah! anak mama dapat nombor dua dalam kelas.
 



 
 Bersama sepupu yang juga cemerlang. Tahniah Arisya.
  
 
Adik Neliez pun nak join "baby pun nak amik hadiah jugak"
 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
“Semua anak dilahirkan pintar, tetapi yang memberi impak ialah cara kita merangsang mereka. Ibu bapa mesti mempunyai misi jelas iaitu menanam tekad membentuk masa depan anak”
Dato’ Dr Fadzilah Kamsah
Pakar Motivasi



Friday, November 9, 2012

Kerana Kita Leka


Assalammualaikum sahabat..semoga semua yang disayangi dalam keadaan sihat walafiat dengan rahmat dan limpahan kasih sayang dari Yang Maha Esa.

 
Jom kita muhasabah diri..

Mungkin kerana kita leka

Apabila pena terlepas dari genggaman

Ucapan "ooops mendahului "Allah"

Bila perut yang lapar diisi

"Ha..kenyang!" mengatasi Alhamdulillah"

 

Bila diri terpegun dengan keindahan dunia

"Subhanallah" tertutup oleh "cantiknya"

Ada masanya berita kematian datang mengunjung

"Kasihan ya.."terucap juga

Kerana kita lupa pada

"Inna Lillahi wa inna illahi roji'un"

 

Namun teman

Walau kita lupa, sengaja atau suka-suka

Berhati-hati agar..

Bilamana izrail tiba membawa berita

Ucapkanlah "Lailahaillallah"

Kau tetap menjadi juara

Mengatasi segala kata-kata

 

Monday, November 5, 2012

Apabila Musibah Melanda

Assalammualaikum sahabat..moga sentiasa terhindar dari segala macam musibah dan sentiasa dilindungi Allah daripada kejahatan dunia. Amin.

Sekadar berkongsi.

"Apa sangatlah ujian yang aku alami ini jika nak dibandingkan dengan orang lain yang lebih hebat dugaannya". Itulah realiti dan sebagai motivasi untuk kekuatan diri.

Memang hidup ini tidak akan pernah sunyi daripada setiap dugaan dan ujian. Pernah satu ketika disaat ditimpa musibah, hati sentiasa rasa resah gelisah, hidup menjadi tidak tenang tanpa panduan.

Kekadang membuat sesuatu pekerjaan tidak menjadi. Fikiran sasau tidak tentu arah seperti berada di lautan dalam tanpa pertolongan.

Lalu kita terduduk, mengeluh kepada Allah, memohon agar dihilangkan dugaan, barulah kita ingat di mana Allah pada masa itu.

Adakah ini satu penyeksaan atau ujian daripada Allah? Perkara sebegini pasti bermain di dalam fikiran termasuklah diri saya sendiri.

Sebenarnya kita tidak tahu bahawa Allah amat sayang kepada kita, sebab itu Allah datangkan kepada kita dengan pelbagai ujian dan musibah, kerana Allah tahu kita adalah hamba yang mampu mnghadapi ujianNya. Sebaliknya, Allah tidak akan menguji kita jika kita hamba yang tidak mampu.

Allah berfirman:
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya."
(Surah Al-Baqarah 2: Ayat 286)

Apabila kita ditimpa musibah, carilah Allah. Mengadu dan menangislah, kerana ia akan memberikan kelegaan pada jiwa.

 Allah berfirman,
"(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: ‘Sesungguhnya Kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah Kami kembali’."
(Surah Al Baqarah 2: Ayat 156)
 
Apa yang boleh saya katakan, sebagai umat Islam, seharusnya kita yakin sesungguhnya setiap cabaran dan ujian hidup itu adalah bukti kasih sayang Allah terhadap kita. Wallahuaalam.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
Di sini saya mengambil kesempatan, mengajak sahabat-sahabat yang mengenali rakan blogger kita yang agak lama tidak bersiaran ini untuk sama-sama mendoakan kesejahteraan  Ati dan hubbynya agar sentiasa tabah mengharungi ujian dan dugaan dari Allah SWT. 
 
Jom kita doakan kebaikan untuk sahabat kita..
 
Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Sembuhkanlah penyakit yang dihidapi oleh Suami kepada sahabat kami Ati  sekarang ini agar dapat beribadah kepadaMu.Amin.
 
Terimakasih. Moga Allah perkenankan doa kita. InsyaAllah.