Kadang-kadang saya terasa amat bersalah kerana penulisan saya diblog ini seperti hangat-hangat tahi ayam, kejap ada kejap tiada, apa ke halnya? Saya bertanya pada diri saya sendiri, dan mungkin sahabat ada bertanya.
Maafkan saya pada semua yang mungkin ada datang menjengah blog ini dan pada yang memberi komen tetapi saya tidak membalasnya..maafkan saya, memang saya rasa amat bersalah.
Catatan terakhir saya pada bulan Mac lalu..selepas itu saya sepi..memang benar saya sepi walau saya masih dikelilingi anak-anak dan suami tercinta. Jiwa saya sepi..saya rasa kosong sangat, pernah juga saya cuba untuk memulakan catatan diblog ini tapi saya buntu seperti tidak tahu menulis lagi.
Bukan sekali, dua kali tapi berkali-kali saya cuba..saya tak tahu apa yang hendak ditulis.Kecewa saya kerana blog saya seolah tidak berpenghuni.Saya mahu kembali berblog.
Sekadar perkongsian
