^^Diari Nad^^

^^Diari Nad^^

Tuesday, October 28, 2014

Ahli Neraka kah kita?

Hari itu kawanku tidak memakai tudung. Sewaktu kami beratur untuk pulang ke kelas, dia bersuara.. "Arhh..rasa bebas bila tak pakai tudung ni.." Aku agak terkejut dengan kata-katanya. Dia berkata lagi, "Tapi rasa malu pulak bila tak pakai" Aku hanya terdiam.

          Adakah kita ini ahli neraka?

          Masih ada peluang kah untuk kita ke syurga?


Ramai yang kata bahawa tidak ramai perempuan ke Syurga kerana AURAT dan MULUT yang mengumpat. Perempuan memang takkan miss kalau bergosip. Asal jumpa kawan mula lah mulut tu nak kutuk orang tu..kutuk orang ni. Memang tabiat perempuan yang suka bergosip.

Namun, kita sering melakukannya kerana kita tidak sedar. Tidak sedar yang kita sedang mengutuk seseorang di belakang. Mengutuk keburukan orang adalah seperti mendoakan mereka. Adakah kita mendoakan keburukan seseorang? Kita tidak sedar.

         "Kau tengok lah dia tu..eeii, gigi jongang, kulit hitam legam..kalah orang negro"

          "Aku benci lah budak tu..dia tu kerja sekolah pun tak buat..pemalas dia tu!"


Mengumpat seseorang bukanlah sesuatu yang baik. Ia boleh membawa kita ke neraka. Pasti diantara kita tidak mahu ke neraka kan..Mengumpat itu ada baiknya juga..kita mengumpat seseorang yang melakukan kebaikan. Mengumpat kebaikan seseorang adalah seperti mendoakan mereka. Jadi lebih baik kita mengumpat kebaikan seseorang daripada keburukannya.

          "Dia tu manis orangnya..rajin dan sopan santun"

          "Dia tu baik..suka tolong orang..aku nak jadi macam dia lah"


Kita mendoakan mereka tentang kebaikan. Kan bagus kalau begitu..Kita cakap dengan perkara yang baik-baik. Percakapan kan satu doa. Jangan lah kita mengumpat keburukan seolah-olah kita sedang mendoakan mereka. InsyaAllah..segalanya dipermudahkan oleh-Nya.

Kita perempuan tersilap tentang aurat yang harus ditutup. Ada yang pakai tudung tapi seluar ketat, Ada yang hanya memakai skaf di kepala. Aurat perempuan adalah maruah diri kita. Jika kita tidak menutupnya dengan betul maka,maruah diri kita akan tercemar. Ada yang kata.. "Eeeii benci lah..payah lah nak tutup banyak-banyak.."

Memang agak payah bagi perempuan untuk menutup auratnya berbanding lelaki. Walaupun susah dan payah tapi itu lah keistimewaannya seorang perempuan. Allah jadikan perempuan ini istimewa. Jika kita amalkan supaya menutup aurat dengan sempurna maka, tidak lah kita kata menyusahkan kerana kita sudah biasa dengan berpakaian begitu.

Aku harap kaum Hawa di luar sana termasuk aku..akan menutup aurat dengan lebih sempurna. Semoga ini menjadi peringatan buat kaum Hawa. insyaAllah Allah permudahkan segala urusan kita.

Allah beri peluang kita hidup di dunia ini untuk kita banyak melakukan amalan yang diperintahkn oleh-Nya. Semoga kita kembali menjadi ahli syurga iaitu bidadari syurga..InsyaAllah..Aamiin..Semoga kita menjadi hamba-Nya yang solehah dan soleh dan sentiasa beriman kepada-Nya.

Masih ada peluang kah kita untuk ke Syurga? InsyaAllah..doa lah yang baik-baik..Semoga di alam sana,lebih ramai kaum Hawa yang berjaya masuk ke Syurga..InsyaAllah..

Assalammualaikum..^^

No comments:

Post a Comment