^^Diari Nad^^

^^Diari Nad^^

Thursday, October 30, 2014

Rantai Emas Dari Ibu Part 2

"Amir! Mak mana?!" soal Alin dengan nada suara yang tinggi. Amir terdiam. Dia sebernanya tidak mahu Alin pergi dari dia. Habuan sudah ada depan mata, takkan nak lepaskan begitu sahaja? bisik hati Amir. Amir hanya diam. Sengaja dia tidak menjawab pertanyaan Alin tentang ibunya.

"Amir!"

"Hei! kau boleh diam tak? Mak kau tu nanti selamat lah..kau relaks boleh tak?!"

Alin terdiam. Tergamam apabila Amir menggunakan bahasa kau-aku. Rasa seram pun ada. Matanya merenung ke luar tingkap. Dia tidak sedap hati. Melihat sikap Amir yang sudah berkasar dengannya, dia berasa seperti ada sesuatu yang tidak kena. Dia memeluk tubuh. Sejuk.

Amir memberhentikan keretanya di tepi jalan. Nafsunya sudah tidak tahan lagi. Dia menoleh ke arah Alin yang sedang lena dibuai mimpi.

"Oii! Bangun.." Amir mengejutkan Alin. Dia menolak bahu gadis itu dengan kasar. Alin terbangun dari lenanya. Dia memegang kepalanya sambil menggosok matanya. Dia melihat kiri tingkapnya. Hanya hutan sahaja dan gelap gelita. Alin kemudian menoleh ke arah Amir. Amir tersenyum. Alin mula berasa tidak sedap hati. "A..Amir..Ke..kenapa kita..de..kat..si..sini?" soal Alin dengan tergagap.Dia mula rasa seram. Amir tersenyum. "Rileks okey? I cuma nakkan you jer.." kata Amir dengan aksi gediknya. Alin gabra. Dia menangis dalam hati. Alin menggelengkan kepalanya menandakan yang dia tidak mahu. Amir mendekati dirinya. "Jangan...jangan apa-apakan I, Mir" pinta Alin sambil menangis. Amir semakin menghampirinya. Dia membisik sesuatu di telinga Alin.

"Malam ni you.. I punya"

Alin memeluk tubuhnya. Hatinya benar-benar takut. Takut sekiranya apa yang dikatakan Amir itu benar. Apabila Amir ingin mengucup pipi Alin, Alin cepat-cepat menumbuk muka kekasihnya. Dia cuba membuka pintu kereta dan akhirnya pintu kereta itu terbuka. Dia cepat-cepat keluar untuk menyelamatkan diri. "Haish!! Aku tak kunci pintu pulakk" dengus Amir dengan kasar.

Alin cuba melarikan diri. Dia tidak tahu hendak ke mana. Air matanya tetap mengalir tidak henti-henti. "Nak ke mana hah?!" kedengaran suara Amir membuatkan Alin menjadi takut. "Mana kau nak lari?" kata Amir lalu merentap tangan Alin dengan kasar. Alin cuba meronta-ronta. Air matanya kian lebat. "Lepaskan aku!" jerit Alin namun tangannya gagal dilepaskan.

"Kau nak lari mana lagi hah? Kat sini hanya aku dan kau je..." kata Amir sambil tersenyum jahat. Alin meronta lagi. Tangannya berasa sakit dicengkam oleh Amir. "Tolong!!" jerit Alin cuba meminta tolong. Amir terhabur tawanya. Geli hatinya terhadap kekasihnya yang cuba menyelamatkan diri. "Jeritlah...kau ingat ada orang nak tolong kau hah? haha..." Amir melepaskan tawanya.

"Mak!!"

Amir tergelak. Bodoh! "Baru sekarang kau jerit nama mak kau?" soal Amir yang cuba menduganya. Alin terdiam dengan esakan tangisnya. Mak...hanya ibunya yang bermain di fikirannya. Mak...hanya pada waktu itu Alin teringat akan ibunya.

"Allah!!!"

Amir melepaskan tawanya lagi. Kali ini tawanya semakin kuat. Alin memejamkan matanya. Allah!! nama itu muncul di bibirnya. Allah!! sekali lagi nama itu muncul dalam fikirannya. "Apabila dilanda ketakutan..sebut nama-Nya. Allah!" kata-kata ibu Alin segar di ingatannya. "Allah akan membantumu..mintalah bantuan dari-Nya" satu lagi kata-kata dari ibunya.

"Allah!!!" jerit Alin sambil meronta minta dilepaskan. Penat meronta, dia menggigit tangan Amir dengan kuat. "Arghh!!!" tangannya dilepaskan. Alin menumbuk perut lelaki itu.

"Siapa yang tolong aku!! Allah!!" Sekali lagi penumbuk Alin singgah di perut lelaki itu. Amir menahan kesakitan.

"Yang lindungi aku! Allah!!" Kali ini Alin melepaskan tumbukan ke muka Amir. Amir mangaduh sakit. Amir terjatuh dengan memegang pipinya. "Allah!!!" jerit Alin sambil merenung tajam ke arah Amir. Alin mengesat air mata yang dari tadi asyik membasahi pipinya. Dia meninggalkan Amir yang masih mengaduh sakit ditumbuk olehnya.

Alin berlari sepantas yang mungkin. Tangannya sibuk menggenggam rantai emas yang elok terletak di lehernya. Mak...teringat ibunya. Air matanya kembali lebat. "Maafkan Lin, mak!" jerit Alin sambil menangis. Ya Allah..mana aku nak pergi ni? soal Alin dalam hati. Hari yang gelap itu membuatkan dirinya berasa sangat takut. Hatinya buntu tidak tahu hendak ke mana. Kampungnya sudah jauh beribu-ribu kilometer.

Tiba-tiba, satu cahaya dari jauh seolah-olah memanggil dirinya. Alin cuba berjalan menuju ke arah cahaya itu. Dengan rambutnya yang serabai itu dia kemaskan. Makin lama makin dekat Alin kepada cahaya itu, makin terang cahaya itu. Kedengaran orang yang sayup-sayup mengalunkan ayat-ayat suci. Makin lama makin kuat dan jelas bacaannya.

Aku di mana? soal Alin dalam hati.

No comments:

Post a Comment