^^Diari Nad^^

^^Diari Nad^^

Wednesday, October 22, 2014

Lelaki dan Perempuan Bersahabat?

          Arghh! Bencinya ! Kenapa mereka boleh berfikiran begitu? Mereka tak tahu ke aku tak suka digelar begitu? Sakit hati betul! Agak-agak lah nak cakap macam tu.. Aku tahu aku rapat dengan dia tapi kami bukan pasangan bercinta okey?!

          Sahabat aku lelaki. Aku paling rapat dengan dia. Tapi aku pantang kalau orang semua kata aku dengan dia 'kapel'. Maaf ye, 'kapel' adalah Haram disisi Islam. Itulah manusia. Pandai buat andaian sendiri tapi kenyataannya salah. Ramai yang selalu kata "Perempuan dengan lelaki tak boleh jadi kawan kerana lama-lama akan ada perasaan suka"

          Aku menyampah dengan ayat di atas ni. Siapa kata lelaki dan perempuan tak boleh jadi kawan baik? BFF? Aku boleh je..cuma ramai kawan aku dengan kawan dia salah sangka pulokk. Aku sekolah perempuan. Jadi,mungkin kawan aku pelik bila aku kata aku ada kawan lelaki iaitu BFF aku. Aku teringin sangat nak ubah ayat dekat atas tadi tu. Aku ada beberapa ayat yang boleh aku ubah. InsyaAllah..

          1. "Lelaki dan perempuan boleh jadi kawan jika ikhtilat dijaga dengan baik dan berlawan kerana Allah SWT"

          2. "Lelaki dan perempuan tak boleh jadi kawan jika berkawan berlandaskan nafsu dan berkawan semata-mata kerana suka"

          3. "Jika mereka kata mereka berkawan,tetapi ucap kata-kata sayang, itu bukan berkawan namanya"

          4. "Seseorang yang beriman tidak akan berasa 'dup dap dup dap' apabila seseorang dating hanya dengan niat hendak bertanyakan soalan peperiksaan atau ain-lain kerana dia tidak berangan-angan atau perasan"

          Jadi,berkawan dengan lelaki/ perempuan tidak menjadi salah cuma ada beberapa syarat dan adab berkawan. Senang je adab-adab berkawan dengan lelaki/ perempuan. Saya suka ayat dari Hilal Asyraf ni...

          "Sahabat yang baik adalah apabila kamu bersamanya, kamu mengingati Allah"

          Kita tidak perlu rasa marah sekiranya mereka bersalah sangka terhadap hubungan kita. Biarlah mereka kata bahawa kita dan sahabat kita bercinta tapi yang pasti hanya Allah sahaja yang tahu. Allah tahu kami bersahabat.Moga sahabat-sahabat di luar sana dapat menjaga ikhtilat dalam sebuah persahabatan. Apabila kamu bersamanya, cepat-cepat ingat Allah. Semoga persahabatan kamu diberkati oleh-Nya.

          Assalammualaikum..^^
         

4 comments:

  1. Betul sis...kawan baik akak lelaki..dr sekolah menengah 1993 sampai sekarang. kami masing2 sudah berkahwin dan ada anak. Jika persahabatan itu jelas mengikut batas2nya mmg tidak salah. Cuma tanggapan manusia mmg kita tak boleh nak elak.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. betul tu kak...kwn sye tu lelaki tp ramai yg slh anggap plk..betul..kita mmg x leh nk elak.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.

    Satu perkongsian yang menarik mengenai hubungan lelaki dan perempuan berkawan. Jemput ke blog saya Jalalboy untuk membaca mengenai Boleh berkawan tetapi jaga batas

    ReplyDelete