^^Diari Nad^^

^^Diari Nad^^

Saturday, October 18, 2014

Aku Mula Sedar Akan Itu..

     Sudah menjadi kebiasaan bagiku.Setiap malam sebaik sahaja solat Isyak,aku akan menunaikan solat sunat taubat.Entah sejak bila aku rajin menunaikannya..Mungkin sejak aku dah mula berfikiran matang dan asyik terfikir tentang alam di sana..

     Kadang2 aku menangis apabila menunaikan solat taubat ini.Hatiku begitu sebak,sedih,pilu mengenangkan diriku yang terlalu banyak dosa kepada-Nya.Aku cuba untuk bertahan namun air mataku berlumba-luba untuk keluar.Teresak-esak aku menangis tanpa menghiraukan keadaan sekeliling walaupun tiada orang pada waktu itu...

     Aku terduduk di atas tikar sejadah sambil terfikir akan dosa yang pernah aku lakukan.Ya Allah! Zalimnya diriku ini! Aku beristighfar sambil menyebut Astagfirrullahhalazim..Astagfirrullahhalazim. Aku memeluk tubuhku.Merasa kehangatan di dahiku,leherku,badanku..Aku seperti orang yang tidak tahu jalan tuju..Aku seolah-olah memikirkan jalan untuk aku kembali kepada-Nya.

     Satu hari yang lalu,aku mangambil wudhuk untuk menunaikan solat Isyak.Aku perhatikan setiap kulitku wajib ada air yang membasahi.Selesai,aku segera membentangkan sejadah..memakai telekungku dengan kemas.Aku mengangkat takbir dan mula menunaikan solat.Selesai mengaminkan doa,aku duduk termenung di atas tikar sejadah.Wajah mama dan papa di fikiranku.Tersenyum memandangku.Aku menjadi sebak dan tanpa sedar,aku menitiskan air mata.

     Aku membangkitkan semangat.Aku nekad untuk menunaikan solat sunat taubat.Menggigil tubuhku apabila melafazkan niat untuk solat.Aku cuba untuk khusyuk sambil menutup mata.Cuba menghayati setiap ayat al-Fatihah yang aku baca.Pada rakaat terakhir,aku sujud lama..Air mataku menitis perlahan-lahan.Aku istighfar banyak2.Mama pernah pesan "Apabila kamu rasa tidak tenang dan gelisah,istighfar lah..ia akan menyejukkan hati yang tidak tenteram" Aku menyebut sebanyak 3 kali lalu aku memohon keampunan dan bertaubat kepada-Nya.

     Selesai sahaja,aku kembali merenung tikar sejadah.Aku terfikir adakah Allah menerima taubatku?Tapi sekurang-kurangnya aku sudah bertaubat kepada-Nya.Aku cuba melembutkan hatiku.Aku terdengar ada seseorang di belakangku.Mataku ligat memerhati dan aku tidak mahu menoleh.Rupa-rupanya,mama dibelakangku.Mama ingin menunaikan solat Isyak juga.Aku tidak menghiraukan lalu kembali merenung tikar sejadah.

     Semasa mama menunaikan solat,aku menangis dalam diam.Aku tidak mahu mama terdengar esakan aku,tangisan aku.Apabila air mataku keluar,aku cepat2 mengelapkan sampai tiada kesan air mata.Aku menangis lagi.Memikirkan tentang dosaku yang terlalu banyak.Betapa zalimnya diriku ketika itu.Air mataku turun dengan lebat.Membasahi pipiku.Mama berzikir sambil memejamkan mata.Apabila mama memohon doa.Hatiku sedih sekali.Mendengar suaranya yang perlahan.Aku menangis lagi.Aku sedaya upaya mengelap air mataku namun aku tak berjaya.Mama menoleh ke arah ku.Aku hanya menunduk.Mama mendekati aku lantas memelukku erat.Aku menangis dengan lebat.Seolah-olah aku meminta simpati kepada mama.Mama mengosok belakangku.Mungkin dia memahami perasaanku.Setelah itu,mama meleraikan pelukan..dia kembali duduk menghadap kiblat.Aku sibuk mengelap air mata.
  
     Sekarang,aku kerap melakukan solat sunat taubat sebaik sahaja solat Isyak.Aku pernah dengar seseorang pernah berkata tapi aku lupa siapa namun aku ingat nasihatnya.Dia berkata "Lakukanlah solat sunat taubat sebelum kamu dibuai mimpi,minta ampun lah kepada Allah agar dosa kamu diampunkan..moga Allah mengampunkan kamu.Apabila kamu masuk tidur,hati kamu akan tenang seolah-olah kamu manusia yang suci dari segala dosa.Apabila Allah menyabut nyawamu,InsyaAllah..Allah mengurniakan Syurga buatmu"

     Aku sering teringat-ingat tentang nasihat itu dan sudah menjadi kebiasaanku menunaikan solat sunat taubat.InsyaAllah,segalanya dipermudahkan oleh-Nya.Moga kita sama2 dan sentiasa bertaubat kepada-Nya.

     Assalammualaikum... :')

No comments:

Post a Comment