Assalammualaikum..
Sekadar berkongsi cerita..
Kejadian pagi semalam..membuatkan saya, anak-anak dan hubby bersyukur sangat-sangat! Syukur padaMu Ilahi, sesungguhnya padaMu tempat kami bergantung..Ya Allah berikanlah kami keinsafan..Ya Allah..sesungguhnya terkadang umatMu ini lalai serta leka..ampuni kami Ya Allah.
Pagi itu hujan lebat diiringi ribut petir..teringat apa yang mak cakap kelmarin "Tak payah baliklah, tidur aje kat sini, sekarang ni cuaca tak menentu, balik aje hujung minggu"kata mak supaya saya sekeluarga tak payah balik.
"Tapi kena balik jugak mak, sebab ada dokumen penting yang tertinggal, lagipun dari hari Jumaat lepas tak balik".jawab hubby pada mak menyebabkan mak jadi serba salah.
"Tak usah risaulah mak..insyaAllah tak ada apa-apa, lagipun esok datang balik." tambah saya supaya mak tak risau.
Jadi pagi itu bila hujan saya kena redha..dan bila hujan juga maka hubby akan bawa kereta dengan perlahan..dan bila perlahan..maka saya dan anak-anak pun kena bersiap awal.
Dari rumah kami di BatangKali mengambil masa kira-kira setengah jam untuk sampai ke Selayang rumah mak saya.
Kebiasaan selepas solat subuh kami akan bertolak tapi dek kerana takut lewat sampai rumah mak kerana anak-anak sekolah di sana, saya memutuskan kami semua solat di rumah mak saja."Kita solat di rumah uwan aje ye."saya beritahu anak-anak.
Hubby tak suka bertangguh, dia teruskan solat bersendirian.
Sebaik hubby selesai solat, kami pun bertolak dalam keadaan tergesa-gesa kerana mahu mengelak dari hujan yang mungkin akan turun dengan lebat lagi.
Tapi alhamdulillah, hujan sudah reda..setelah naik kereta, anak ketiga saya Nur Nyssa tidak akan lupa untuk membaca doa naik kenderaan walau dalam keadaan mengantuk.
Hutan rimba Ulu Yam sememangnya gelap-gelita ..ye lah dikepungi oleh bukit-bukit serta pokok-pokok hutan yang tebal..adapun sekali-sekala terang dek kerana lampu kereta yang lalu silih berganti..jalannya pun berliku-liku..bagi yang tak biasa lalu di situ pasti pening.
Jika hujan lebat..berkemungkinan terjadinya tanah runtuh..pernah terjadi dulu sehingga meragut nyawa seorang penduduk yang tinggal di sebuah bukit di situ.
Hampir enam tahun kami berulang-alik melalui jalan di situ..alhamdulillah tiada apa yang membimbangkan kecuali ketika hujan lebat.
Sambung cerita kejadian pagi semalam..sedang elok kereta kami hendak menaiki satu jalan yang agak membukit..tiba-tiba hubby brek dengan mengejut! lalu mengelak sebatang pokok yang rebah di atas jalan!
Tidak habis di situ..hubby terpaksa juga mengelak sebuah kereta yang berada di kanan arah bertentangan..dan dengan pantas dapat mengawal dari melanggar sebuah lagi kereta yang berada dekat dengan bahu kiri jalan!
Saya dan anak-anak tergamam seketika..sehinggalah saya menjerit "Allahu Akbar, Allahu Akbar..Ya Allah" takutnya saya ketika itu.
Anak-anak saya dan hubby begitu tenang sekali saat itu..saya pun tak pasti kerana mereka tak berkata apa-apa tapi wajah masing-masing huh hanya Allah yang tahu.
Selepas seketika barulah masing-masing bersuara.."Mama, pokok tu jatuh ye mama?"tanya Nyssa.
"Huh, nasiblah kita tak apa-apakan mama."Teli menyampuk.
"Ye lah kan saya dah baca doa tadi, mestilah kita tak apa-apa."jawab Nyssa dengan ikhlas telah membaca doa naik kenderaan tadi.
"Mujur tidak ada sesiapa yang tercedera..alhamdulillah, syukur pada Allah."itu sajalah yang dapat saya katakan.
Walaupun begitu, hubby menggigil jugalah selepas itu sehingga terpaksa ambil cuti hari.
***********************************************************************
ku bersyukur kepadaMu
hanya diKau Yang Satu
memberiku Cahaya Hidup
Ya Allah,
gelap tanpa KasihMu
perjalananku buntu
ampunilah segala dosa-dosaku
aku terpaku melihat kebesaranMU
dan bila Kau dalam fikiranku
aku tunduk membisu terus sujud padaMU
aku renungi apa yang terjadi
mana perginya cinta
mana hilangnya setia
aku akan terus cekalkan hati ini
dari terbit sehingga benamnya mentari
dunia sementara
kan dihitung juga
sebelum terlambat tunaikan kewajipan kita
tak guna airmata menitik bila tiba masa
syurga atau neraka
itulah jawapannya
Alhamdulillah semua selamat...meremang bulu roma akak bila mbaca n3 ini.
ReplyDeleteAkak percaya akan doa...Allah maha mendengar.
Kena buat sujud syukur. Kakak pun rasa sesungguhnya doa Nyssa memang sedikit-sebanyak membantu. Insya-Allah praktikkan selalu doa-doa ini....
ReplyDeletealhamdulillah..
ReplyDeletesib baik takde ape2..syukur..
mmg menggigil kalau berlaku camtu..ketar2 kaki..
doa tu mmg penting kan kak..tak kira walau dimana kita berada jgn lupa berdoa..
mama! ='(
ReplyDeletetakut baca tadi..Alhamdulillah, xdk apa2
sungguh doa penuh hikmah
selain doa, pengalaman sebegini buat kita lebih menghargai sisa hidup kita kan kak, bila2 sahaja nyawa boleh ditarik. tak diduga. insaf..='(
p/s: kak Ita keje apa ye ^_^
pnah gak lalui insiden pokok tumbang alhamdulillah terperasan dari jauh masa dia nak tumbang lagi ketika lalu jalan berhutan jadik slow le keta tu nunggu dia jatuh...
ReplyDeletekak kaseh,
ReplyDeletesyukur kak..mujur tak ada apa2..mmg seram sy dibuatnya..
kak zakie,
ReplyDeletebetul tu kak zakie..mmg kena buat sujud syukur..alhamdulillah kak kerana doa
nurkass,
ReplyDeletesyukur dik..akak bukan setakat menggigil malah terasa kecut perut..
ye dik..
ReplyDeleteentah esok..entah lusa kan kita pun tak tahu bila sampainya masa kita..alhamdulillah masih lg berkesempatan untuk sujud padaNYA..
cemomoi..
ReplyDeletenasiblah bole lak tunggu pokok tu tumbang ye..masih ada byk kesempatan tu..alhamdulillah
alhamdulillah..semuanya selamat
ReplyDeletemmg bahaya drive waktu hujan ni
apa yang dah terjadi ni kita jadikan
pengajaran
syukur alhamdulillah....
ReplyDeleteSeb baik takde apa2... hehe
ReplyDeleteAti,
ReplyDeletekalu tengah drive tetiba hujan..terpaksa redah jugak..tawakal aje lah..
pengajaran perbanyakkan amalan yg baik..insyaAllah
Max,
ReplyDeletetimakasih sudi jengok blog kita..alhamdulillah
hubby in the house..
ReplyDeletesyukur dear, kita masih diberi kesempatan untuk beribadah padaNYA
subhanallah akak,
ReplyDeletemoga Allah memberi perlindungan,
bersyukur kpdnya krn menyelamatkn akak sekeluarga,
memberi pengajarn,
naik kereta perlu didahulukn dgn doa,
Allahuakhbar.
Alhamdulllah akak sekeluarga selamat..
ReplyDeletekalau saya pun gigil kak, minta dijauhkan segala bencana.
alhamdulillah..semuanya selamat...Allah melindungi diri kita drp musibah berkat membaca doa..syukran
ReplyDeletemQ,
ReplyDeletetkasih atas doa adik..Allah tempat kita berlindung..syukur dan yakin akan doa
qema,
ReplyDeletetkasih qema dtg komen jugak walau bz..alhamdulillah tak ada ape2 dik..gigil..menggigil aku (lagu)
k sal,
ReplyDeletesetuju dgn keberkatan doa..syukur t/kasih
syukur Alhamdulilah... aku baca cerita ni pun macam aku juga ikut dalam perjalanan... bergegar juga la.... apa-apa pun syukur kepada Allah kerana melindungi kamu sekeluarga...
ReplyDeleteuikkk... alhamdulillah akak dan family okey :) tapi scary juga sampai suami akak kena bercuti sama
ReplyDeleteuikkk... alhamdulillah akak dan family okey :) tapi scary juga sampai suami akak kena bercuti sama
ReplyDelete