Assalammualaikum..syukur kerana hari ini kita masih bernafas dengan redhaNYA.
Terasa pantas masa berlalu, hari ini Tasha sudah semakin meningkat remaja..Selamat menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-13, Nur Natasha.
Teringat kembali semasa Tasha kecil, penuh keceriaan dan senyuman. Mata yang cantik , senyuman yang manis dan suara yang lunak itulah penyejuk hati Mama dan Papa dikala kita menempuh detik-detik sukar kehidupan.
Semasa kita masih tak punya rumah sendiri, semasa Mama dan Papa bertungkus-lumus mencari rezeki meninggalkan Tasha seketika supaya kita boleh mengecapi hidup di rumah sendiri.
Teringat juga Mama dikala Tasha kena tarik disebabkan demam panas yang terlampau..semasa itu Mama di tempat kerja menerima panggilan..hati ibu mana yang tidak kesal kerana tiada disisi anaknya diketika itu.
Maafkan Mama.
Ah! tidak dapat Mama lupakan detik itu..sayu sungguh. Namun Mama redha kerana itu semua ujian dan dugaan dari Allah SWT buat Mama dan Papa.
Alhamdulillah, Mama sentiasa bersyukur, bangga dan menikmati setiap detik menjadi ibu kepada seorang anak sepertimu.
Kini anak Mama sudah besar sebagai johan. Mama mahu anak mama yang cantik, ceria dan bijaksana ini terus meniti usia dewasa, membesar sebagai anak solehah yang bermotivasi tinggi dalam kehidupan.
Jangan lupa solat.
"Biarlah ibumu menangis kerana gembira dengan kejayaanmu dan bukannya menangis kerana sedih dengan kegagalan atau kelakuan negatifmu."
Happy birthday, sayang anak mama.
TQ so much ma..<3<3..i'll never forget you forever!!!!!!!!never forget the memories that we been through together..i would always remember you anytime..any places..everywhere..i would NEVER SAY NEVER to fill up my dream..tq you again ma..may ALLAH bless you n family
ReplyDeletefrom Tasha..
ReplyDeleteWahhhh...
ReplyDeleteSweetnya...
Happy Birthday Tasha
terharu membacanya
ReplyDeletehappy birthday tasha :)
semoga menjadi anak yg sollehah
epi befday dan semoga sokmo selamat dalam menongkah arus remaja...
ReplyDeleteDengarlah sayang besar sungguh pengorbanan mama. Jadi yg terbaik utk diri sendiri juga utk keluarga. Happy belated birthday dari auntie:)
ReplyDeleteso sweet...
ReplyDeleteselamat hari lahir tasha
happy birthday tasha!
ReplyDeleteSelamat hari lahir Tasha....
ReplyDeletehai dik.. hepi besday .. :) nice entry.. susunan ayat yg sgt indah~
ReplyDeletehepi belated beday tasha...
ReplyDeletebe a gud girl k...
dah 13 dah die..dah jd anak dara:) happy bday dear..ingat pengorbanan ibu tau...
ReplyDeleteHappy birthday Nur Natasha. Semoga menjadi anak yang solehah kebanggaan mama dan papa.
ReplyDeleteSayu pulak hati kak ani baca N3 Ita ni.
Happy Birthday Tasha..moga jadi anak yang solehah.
ReplyDeletehappy birthday tasya..moga jd anak yg solehah yer..amin
ReplyDeleteAssalama anita..
ReplyDeletehappy belated birthday buat tasya..
semoga semua doa2 ibu buat tasya dimakbulkan yang esa.
sekali lagi terbaca entri ni.. best.. :)
ReplyDelete