^^Diari Nad^^

^^Diari Nad^^

Thursday, February 2, 2012

Makan ubat?

Assalammualaikum sahabat.
Sekadar bercerita..

Baby : Mama, bi nak matan(makan) ubat.
Mama : Kenapa bi nak makan ubat?
Baby : Nak matan ubat.(sambil merengus)
Mama : Baby nak makan ubat apa?
Baby : Nak matan ubat tu..(ubat di atas meja)
Mama : Mama tengok baby sihat je..tak payahlah makan ubat ye.
Baby : Nak jujak (juga). Bi satit (sakit) beber (bibir).


Mama: Ok, sebelum makan ubat kena makan roti dulu ye.
Baby : Tak nak..tak nak (tutup mulut sebab tak mau makan roti)
Mama : Ok, kalau tak nak makan roti..minum milo dulu ye.
Baby : Tak nak..tak nak (menangis sudah)
Mama : Ok..ok (ambil syringe(pam ubat) yang diisi air milo lalu beri pada baby)



Baby : Hua..Hua (menangis)
Mama : Nape nangis nih?
Baby :Tu butan (bukan) ubat..tu melo (air milo).
Mama : Sedapkan melo.
Baby : Hem..dap (masih teresak-esak)
Mama : Nak lagi.
Baby : (angguk-angguk tanda nak lagi melo)

Sebenarnya, sejak baby Neliez baik dari tempohari..dia seolah ketagih makan ubat, mungkin kerana ubat demam tu sedap berperisa strawberry pula tu . Kadangkala bangun pagi saja Neliz merengek-rengek minta ubat sehingga ada ketika bila hendak diberi susu Neliez akan menjerit nak makan ubat juga. Tak sangka pula cara di atas menjadi salah satu cara bagi elakkan dia dari terus nak makan ubat.
Alhamdulillah, selepas itu Neliez tak nangis lagi malah minta tambah milo lagi (minuman kegemarannya). Walaupun minum milo guna syringe, saya kenalah bersabar.

Salah satu sifat yang kena ada dalam mendidik anak-anak ialah sifat sabar.

Sekadar berkongsi:-

Sifat sabar sangat penting ketika mendidik anak-anak. Mereka masih tidak mengerti, kadangkala sukar membuat mereka faham akan sesuatu. Jadi, bersabarlah ketika proses memberikan penerangan pada mereka.

Ketika sedang penat dan marah, cuba tenangkan diri dulu terlebih dahulu. Apabila sudah tenang dan rasional, terangkan dan fahamkan pada anak-anak tentang sebab dan akibat yang mereka lakukan.

Bersabarlah dalam mendidik anak-anak. Tidak semestinya hari ini diajar, mereka sudah boleh memahami. Proses pembelajaran serta mendidik anak-anak mengambil masa dan memerlukan kesabaran.

DOA MEMOHON KESABARAN


20 comments:

  1. hihihii...budak2 lain susah nak makan ubat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hurm.. tu lah kakak2 dia dulu tak suka mkn ubat..dia ni lain sikit..hihi

      Delete
  2. assalam ani..ada masanya memang budak2 suka makan ubat,,pantang nampak..terpaksa disorok..duu masa acik mula bagi vit.C.tak sorok lagi..kejap je abis sebotol..lepas tu baru tau..dimakan macam makan gula2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikummusalam, haha sy bagi vit c yg cecair punya itulah dia ingt ubat tu vit dia..sabar jelah kan

      Delete
  3. YEE..memang betul, berhadapan dgn kerenah budak, kena sabar..sesekali layan..sesekali pujuk..ada masa juga kena tegas...

    ReplyDelete
  4. hahaha
    bebudak yang cheqna kenal setakat ni susah nak makan ubat..
    baby pulak suka makan ubat =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah senang nk kasi baby makan ubat..tp terlebih sudah..hehe

      Delete
  5. ammar pun panggil vitamin ataupun gula2 bentuk tablet tu ubat, hari-hari minta ubat hehe tapi kalau guna syringe (cecair) mmg dia taknak.Memang kena banyak sabar dalam mendidik anak-anak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. baby neliez ni dua2 pun dia suka..hai mmg kena byk sabar

      Delete
  6. salam ita,

    baru nak online lepas hamir sebulan
    takde mood nk masuk..

    tunggu2 juga awak call tau ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ati sahabatku..

      alhamdulillah masih dpt sokongan dr hubby berblog..sori x dpt call talipon umah mak rosaklah pulok..

      Delete
  7. ada budak2 - tak suka makan ubat...

    macam2 kan kerenah anak2....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai miloais, timakasih sudi dtg lagi..hehe mmg karenah anak2 mcm2..itulah kena ada kesabaran kan..

      Delete
  8. Kena jauhkan ubat tu anita. Kakak bimbang dia ambil dan makan sendiri.
    Ada budak jenis susah makan ubat, bila senang pun kena pantau juga macam Neliz...

    Betullah sabar dlm mendidik anak sebab dia tak tahu apa pun kalau tak ada bimbingan kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kakzakie,

      mmg betul tu..kena simpan ubat bagi tak npk kat Neliez..budak2 skrg ni pandai sgt takut dia amik sdiri

      Delete
  9. hmm..betul jugak kata kak zakie. takut nanti dia ambik makan sendiri. benda sedap kan.

    kalau mcm dulu saya ketagihan pil vit c rasa oren yg sedap tu. takpun minyak ikan haliborange tu. sedapppp!

    ReplyDelete