^^Diari Nad^^

^^Diari Nad^^

Thursday, May 5, 2011

Kejadian pagi semalam

Assalammualaikum..

Sekadar berkongsi cerita..

Kejadian pagi semalam..membuatkan saya, anak-anak dan hubby bersyukur sangat-sangat! Syukur padaMu Ilahi, sesungguhnya padaMu tempat kami bergantung..Ya Allah berikanlah kami keinsafan..Ya Allah..sesungguhnya terkadang umatMu ini lalai serta leka..ampuni kami Ya Allah.

Pagi itu hujan lebat diiringi ribut petir..teringat apa yang mak cakap kelmarin "Tak payah baliklah, tidur aje kat sini, sekarang ni cuaca tak menentu, balik aje hujung minggu"kata mak supaya saya sekeluarga tak payah balik.

"Tapi kena balik jugak mak, sebab ada dokumen penting yang tertinggal, lagipun dari hari Jumaat lepas tak balik".jawab hubby pada mak menyebabkan mak jadi serba salah.

"Tak usah risaulah mak..insyaAllah tak ada apa-apa, lagipun esok datang balik." tambah saya supaya mak tak risau.

Jadi pagi itu bila hujan saya kena redha..dan bila hujan juga maka hubby akan bawa kereta dengan perlahan..dan bila perlahan..maka saya dan anak-anak pun kena bersiap awal.

Dari rumah kami di BatangKali mengambil masa kira-kira setengah jam untuk sampai ke Selayang rumah mak saya.

Kebiasaan selepas solat subuh kami akan bertolak  tapi dek kerana takut lewat sampai rumah mak kerana anak-anak sekolah di sana, saya memutuskan kami semua solat di rumah mak saja."Kita solat di rumah uwan aje ye."saya beritahu anak-anak. 

Hubby tak suka bertangguh, dia teruskan solat bersendirian.

Sebaik hubby selesai solat, kami pun bertolak dalam keadaan tergesa-gesa kerana mahu mengelak dari hujan yang mungkin akan turun dengan lebat lagi.

Tapi alhamdulillah, hujan sudah reda..setelah naik kereta, anak ketiga saya Nur Nyssa tidak akan lupa untuk membaca doa naik kenderaan walau dalam keadaan mengantuk.


Hutan rimba Ulu Yam sememangnya gelap-gelita ..ye lah dikepungi oleh bukit-bukit serta pokok-pokok hutan yang tebal..adapun sekali-sekala terang dek kerana lampu kereta yang lalu silih berganti..jalannya pun berliku-liku..bagi yang tak biasa lalu di situ pasti pening.

Jika hujan lebat..berkemungkinan terjadinya tanah runtuh..pernah terjadi dulu sehingga meragut nyawa seorang penduduk yang tinggal di sebuah bukit di situ.

Hampir enam tahun kami berulang-alik melalui jalan di situ..alhamdulillah tiada apa yang membimbangkan kecuali ketika hujan lebat.

Sambung cerita kejadian pagi semalam..sedang elok kereta kami hendak menaiki satu jalan yang agak membukit..tiba-tiba hubby brek dengan mengejut! lalu mengelak sebatang pokok yang rebah di atas jalan!

Tidak habis di situ..hubby terpaksa juga mengelak sebuah kereta yang berada di kanan arah bertentangan..dan dengan pantas dapat mengawal dari melanggar sebuah lagi kereta yang berada dekat dengan bahu kiri jalan!

Saya dan anak-anak tergamam seketika..sehinggalah saya menjerit "Allahu Akbar, Allahu Akbar..Ya Allah" takutnya saya ketika itu.

Anak-anak saya dan hubby begitu tenang sekali saat itu..saya pun tak pasti kerana mereka tak berkata apa-apa tapi wajah masing-masing huh hanya Allah yang tahu.

Selepas seketika barulah masing-masing bersuara.."Mama, pokok tu jatuh ye mama?"tanya Nyssa.

"Huh, nasiblah kita tak apa-apakan mama."Teli menyampuk.

 "Ye lah kan saya dah baca doa tadi, mestilah kita tak apa-apa."jawab Nyssa dengan ikhlas telah membaca doa naik kenderaan tadi.

"Mujur tidak ada sesiapa yang tercedera..alhamdulillah, syukur pada Allah."itu sajalah yang dapat saya katakan.

Walaupun begitu, hubby menggigil jugalah selepas itu sehingga terpaksa ambil cuti hari.

***********************************************************************
ku bersyukur kepadaMu
hanya diKau Yang Satu
memberiku Cahaya Hidup
Ya Allah,
gelap tanpa KasihMu
perjalananku buntu
ampunilah segala dosa-dosaku

aku terpaku melihat kebesaranMU
dan bila Kau dalam fikiranku
aku tunduk membisu terus sujud padaMU
aku renungi apa yang terjadi
mana perginya cinta
mana hilangnya setia
aku akan terus cekalkan hati ini
dari terbit sehingga benamnya mentari

dunia sementara
kan dihitung juga
sebelum terlambat tunaikan kewajipan kita
tak guna airmata menitik bila tiba masa
syurga atau neraka
itulah jawapannya