^^Diari Nad^^

^^Diari Nad^^

Wednesday, October 29, 2014

Rantai Emas Dari Ibu Part 1

Alin sedang mengemas baju-bajunya untuk dibawa pergi bersama. Hatinya geram dengan sikap ibunya yang tidak sudah-sudah berleter. 'Sebentar lagi aku akan dibawa pergi  dari rumah ini bersama Amir.' Bisik hati Alin dengan gembira. Dia keluar dari bilik lalu membawa beg pakaiannya. 'Biar aku hidup bebas dari rumah ini!' kata Alin dalam hati.

"Alin?" Kamsiah, ibu kepada Alin menegur anaknya. Hatinya berasa hairan tatkala melihat beg pakaian dijinjing oleh anaknya itu. Alin memandang wajah ibunya. Dia menjeling ke arah ibunya. 'Menyibuk betul lah orang tua ni.' rungut Alin dalam hati.

"Lin nak keluar kejap, mak" balas Alin tanpa menoleh ke arah ibunya.

"Alin nak ke mana malam-malam ni? Dengan beg tu?" soal ibunya yang semakin menghampirinya. Alin menggaru tengkuknya yang tidak gatal. 'Kacau lah orang tua ni.' Bisik hatinya.

"Lin nak keluar kejap je lah mak..mak yang risau sangat ni kenapa?" bohong Alin. Dia berasa rimas apabila ibunya suka menyibuk halnya. Kamsiah mendekati anaknya.

"Mak mana yang tak risau nak? Alin tu perempuan..satu-satunya anak mak. Alin nak keluar pergi mana?" kata ibunya sambil memegang bahu anaknya. Alin menepis.

"Lin nak keluar lah dari rumah ni! Lin dah bosan duduk sini..dengan mak lagi! Lin tak suka duduk sini lagi!" balas Alin sambil memandang tajam ke arah ibunya. Akhirnya,Alin meluahkan hasratnya yang ingin keluar dari rumahnya itu. Kamsiah tergamam. Dia terkejut dengan kata-kata anaknya itu. Apakah benar anakku ingin keluar dari rumah ini dan meninggalkanku? soal Kamsiah dalam hati.

"Alin..kenapa Alin cakap macam tu nak? Alin dah tak sayangkan mak lagi?" soal Kamsiah dengan nada suara yang perlahan dan sebak. Alin menjeling. Dia melepaskan satu keluhan.

"Eeeii..rimaslah Lin dengan mak! Mak tu tak habis-habis berleter dekat Lin..Lin menyampah lah dekat mak!" kata Alin dengan meninggikan suaranya. Kamsiah terkedu dengan anaknya. Air matanya bertakung cuma tinggal masa untuk gugur saja. Alin melangkah keluar dengan beg pakaiannya. Dia sudah tidak tahan dengan ibunya.

"Alin! Jangan lah pergi nak..mak keseorangan! Alin jangan pergi!" kedengaran suara Kamsiah memanggil anaknya. Dia cuba mengejar anaknya itu yang tidak berapa jauh darinya. Alin hanya membiarkan ibunya memanggil. "Alin!!" Kamsiah menjerit memanggil anaknya. Air matanya sudah membasahi pipinya.

Amir yang sudah lama menunggu memandang ke arah Alin yang menghampirinya. Dia tersenyum. "Jom lah kita pergi" ajak Alin tanpa senyuman di bibir. Dia masih sakit hati dengan ibunya. Kamsiah masih lagi mengejar anaknya itu. Dia tidak mahu anaknya itu pergi dan meninggalkannya. "Mak you macam mana?" soal Amir sambil memandang ke arah Alin.

"Yang you sibuk tanya mak I ni kenapa?" marah Alin. Amir tersengih.

Sewaktu Alin sedang meletak begnya ke dalam bonet kereta milik Amir, kedengaran suara ibunya yang memanggil namanya. Alin menoleh ke arah ibunya.

"Mak boleh balik tak?" soal Alin dengan marah. Kamsiah tersedu-sedu menangis melihat anaknya itu. "Alin...kenapa kau buat mak begini? Apa salah mak, Lin?" soal Kamsiah sambil menahan kesedihan. Alin menjeling ke arah Amir. Amir membuat isyarat untuk pergi. Alin hanya mengangguk. "Dah lah mak..mak balik lah rumah usang tu..mak duduk lah sorang-sorang. Alin nak pergi KL dengan Amir..ye mak??" kata Alin dengan nada suara yang penuh kelembutan. Cuba hendak menenangkan ibunya yang makin lama makin teruk menangis. Kamsiah menggeleng-gelengkan kepala. Mana mungkin dia akan membiarkan anak gadisnya itu dengan lelaki yang dikatakan kekasih hati anaknya itu.

Amir menarik tangan Alin supaya masuk ke dalam kereta. Kamsiah kelam-kabut mengejar anaknya."Alin!! Alin!!" Kamsiah berlari ke arah anaknya dan tiba-tiba kakinya tersadung pada batu.

"Ya Allah!!"

Ali menoleh sebaik sahaja mendengar ibunya terhempas ke bumi. "Mak!" jerit Alin lalu ingin cuba mendapatkan ibunya yang tidak bergerak. Tidak sempat untuk mendapatkan ibunya, Amir menahannya. Alin menoleh ke arah Amir dengan hairan. Amir menggelengkan kepalanya. "Kita dah lambat" kata Amir sambil memegang tangan Alin.

"Tapi mak....."

"Biarkan dia..jom kita pergi"

Amir menarik Alin lalu memaksa Alin masuk ke dalam kereta. Alin hanya menurut. Dia hanya terdiam sahaja di dalam kereta. Amir memulakan pemanduannya. Sesekali dia mengerling ke arah Alin yang dari tadi diam membisu.

"Dah lah tu..mak you tu akan okey..dia tak ada apa-apa lah.." kata Amir yang cuba menenangkan hati Alin. Alin hanya terdiam. Dia hanya mahu bersendirian.

Ketika dulu...

     "Alin!" kedengaran suara seseorang memanggil namanya. Alin menoleh lalu menghampiri ibunya. Alin yang berusia 8 tahun tersenyum tatkala ibunya menghadiahkan dia seutas rantai emas yang cantik.

"Ini untuk anak kesayangan mak.." kata Kamsiah sambil tersenyum. Alin tersenyum gembira. Dia membelek rantai yang dihadiahi oleh ibunya. 'Cantik' bisik hatinya. "Meh, mak pakaikan untuk Alin..Alin pakai mesti cantik kan?" kata Kamsiah lalu menyarung rantai emas tersebut ke leher Alin. Alin hanya tersenyum dengan gembira.

"Alin jaga rantai ni ye..anggap ni hadiah istimewa dari mak untuk Alin" ucap Kamsiah kepada anaknya itu. Alin mengganguk sambil tersenyum. "Terima kasih, mak" kata Alin lalu memeluk ibunya erat.

"Sayang mak?"

"Sayang mak..."

     Alin terimbas kembali sewaktu dia masih kecil lagi. Rantai emas yang masih elok terletak pada lehernya dibelek lama. Ini lah rantai yang paling berharga pernah dia miliki. Rantai emas yang dihadiahi oleh ibu sangat mendalam maknanya. Dia sungguh gembira bila dia membelek rantai emas itu. Tiba-tiba, tiada senyuman di bibir Alin. Dia menoleh kiri dan kanan. Hujan lebat di luar sana. Dia memandang ke arah seorang lelaki yang sedang memandu kereta. Alin mengerut dahi.

"Mak..."

"Apa dia?"

Alin menoleh ke arah Amir. "Mir...m..mak ma..mana?" soal Alin dengan tergagap-gagap. Amir mengerut dahi. Pelik dengan kelakuan Alin yang tiba-tiba bertanya tentang ibunya. Tadi bukan main menengking ibunya. "Amir! Mak mana?!" soal Alin dengan nada suara yang tinggi. Amir terdiam.

2 comments: