Assalammualaikum sahabat..moga ceria hari ini.
Sekadar bercerita..
Saya kalau cerita bab-bab makan pada anak-anak mereka memang suka terutama anak kedua saya Teli. Semasa di Sabah selama empat hari di sana, Teli akan selalu tanya dimana tempat makan yang akan kami singgah.
"Mama, lepas ni kita nak makan kat mana?" Itulah pertanyaan yang keluar dari mulut Teli sebaik sampai di Sabah.
Walaupun sudah makan di dalam kapal terbang papa dia order tapi itulah Teli memang suka makan.
"Mana nak cukup makan kat atas tu..nasi lemak dia kecik je."kata Teli
Memang betul pun kecil saja nasi lemak dalam kapal terbang, mahalnya bukan main lagi.
Jadi untuk itu, hubby bawa kami semua makan di Restoran Seri Melaka. Di restoran ini hubby kata dia pernah makan asam pedas ikan tenggiri sedap sangat. Inilah antara hidangan yang kami pesan.
Oleh kerana makanan di sini memenuhi citarasa kami semua, maka waktu hendak balik pun kami singgah di restoran ini juga.
Pada hari kedua hubby bawa kami makan malam di Restoran Kampung Nelayan. Di sini agak mahal jugalah tapi hubby kata tak apalah sekali-sekala dan hubby suruh kita semua cuba makan yang dibawah ini.
Malam terakhir pula kami makan di Restoran Bundusan Place. Di sini tak ramai orang, apa yang istimewanya di sini ialah chefnya sangat pemurah hati. Hubby pernah makan di sini dulu, katanya ketam masak kari di sini sedap. Kami semua pun nak cubalah, tapi malang nasib kami malam itu ketam sudah habis. Untuk tidak menghampakan kami, chef di sini menghidangkan kami sup sharkfin dengan percuma.
Terkejut! kami order sikit aje..dibawanya dengan mangkuk besar..pelayan tu kata..hari ini chef senang hati. Terimakasihlah.. |
Disebabkan ketam habis, jadi chef dengan senang hati ganti dengan dried curry prawn..hem sedap jugak |
Di sini pun ada pertunjukan juga tapi sekejap saja..penari-penari yang hendak bergambar dengan Neliez sebab dia asyik sibuk menari kat depan tu.. |
Alhamdulillah, syukur rasanya dah habis cerita saya di Sabah yang dapat saya kongsikan pada sahabat.
p/s: Sentiasa ingat pada diri dan anak-anak bila makan jangan tamak dan jangan membazir..ingatlah pada orang yang susah nak dapat makan.
Assalamu'alaikum kak :-)
ReplyDeleteSeronoknye bercuti bersama family tersayang, kan kak? Dapat bersama menikmati keindahan alam ciptaan ALLAh, Allahu Akbar!
Semoga akk sekeluarga sentiasa dilimpahi rahmat kasih syg dari-Nya, ameen..
Ahlia Iman,
ReplyDeleteWaalaikummussalam Ahlia,
Alhamdulillah dik, msh diberi peluang oleh Allah utk merasakan keindahan alam ciptaanNYA..Allah Maha Besar
Terimaksih atas doa adik..akak juga doa akan kesejahteraan adik ye..Ameen ^_^
Sedap nampaknya prawn with egg and cheese tu. :)
ReplyDeletekakcik,
ReplyDeletesedap gaklah rasanya kak..^_^
tengok asam pedas mcm sedap lah pulak..huhu
ReplyDeleteadoii..lapar pulak tgk makan-makan nih :D
ReplyDeletehuiyai...
ReplyDeletebesor betul lobster tu kak..
* Entah bila lah saya nak sampai Sabah ni
wahhhhhhhhhhh.....
ReplyDeletemenggiurkan lah..adehhh..
sedapnye lobster tu..asam pedas tu..yg lain2 tu..haihhhh..batal pose..huhu
terliur tgk menu2 tu semua.. tentu lagi sedap makan bila ada hiburan sampingan.. Salam kenal yer.. Thanks sudi singgah ke blog saya..
ReplyDeletesedapnya seafood!!
ReplyDeletelobster tu yg menggoda habis
wah...baiknye chef tu... bertuah badan! :D
ReplyDeletemakanan yg diorder sedap-sedap belaka..
ReplyDeleteteringin juga nak ke sana,bilalah dapt..
happy holiday..